Jika kita melihat kenderaan sebelum abad milennium, kebanyakannya akan mempunyai sebuah struktur yang dipanggil ‘bumper’ yang terletak di depan dan belakang kenderaan. Bumper pada praktikalnya adalah bagi mengelakkan impak pada pemandu ketika perlanggaran halaju rendah dan bertujuan melindungi pejalan kaki daripada kecederaan teruk jika berlaku perlanggaran.

Bumper kenderaan pada asalnya adalah sebuah besi kukuh yang diperkenalkan oleh Nesselsdorfer Wagenbau-Fabriksgesellschaft dari Czech pada tahun 1897. Namun, besi ini tidak lebih hanya sekadar kosmetik pada kenderaan kerana sifatnya yang sering tertanggal dan tidak mempunyai fungsi.

Bumper yang benar-benar berfungsi bagi menyerap tekanan ketika perlanggaran muncul pada tahun 1901 yang diperkenalkan di Britain oleh Frederick Simms, seorang jurutera mekanikal dari Jerman yang pernah bekerja bersama Daimler Motor. Penciptaan bumper beliau kemudiannya telah dipatenkan pada tahun 1905.

Bermula sejak itu, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan telah memasang bumper pada kereta keluaran masing-masing antaranya Ford (1927), GM (1968), Plymouth Barracuda (1970) daripada bahan elastomer dan Renault (1971) yang memperkenalkan bumper daripada plastik. Evolusi bumper terus berkembang dengan penggunaan material daripada kombinasi polikarbonat dan acrylonitrile butadiene styrene (ABS).

US National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) kemudiannya telah menggubal peraturan bahawa setiap pengeluar kenderaan diwajibkan memasang bumper yang mampu menyerap hentakan pada kadar 5 batu per sejam (8 km/h) untuk bahagian hadapan dan 2.5 batu per sejam (4 km/h) pada bahagian belakang. Kenderaan domestik perlu mematuhi peraturan ini termasuk kenderaan import menjadikan hampir kebanyakan pengeluar ‘terpaksa’ mematuhi peraturan negara Amerika Syarikat.

Penggunaan bumper kemudiannya menimbulkan teori dan kajian berterusan antara pemain automotif samada perlunya perlindungan kepada komponen kenderaan tetapi membahayakan penumpang kenderaan. Ini kerana sifat bumper yang lebih kukuh (rigid) telah tidak menyerap tekanan sekaligus memindahkan daya impakan kepada pemandu apabila berlakunya perlanggaran. Analisis dikemukakan membawa kepada penemuan zon renyuk (crumple zone) pada kenderaan supaya direkacipta dengan bahan kenderaan yang bersifat lebih lembut untuk menyerap tekanan ketika perlanggaran.

Dengan pembentangan hujah ‘Cost Benefit Analysis’ dan beberapa siri ujian perlanggaran menggunakan bumper penyerap tekanan rendah serta peningkatan kos baikpulih jika struktur bumper ini rosak telah menyebabkan peraturan NHTSA dilonggarkan pada tahun 1990.

Kini, bumper kenderaan tidak lagi muncul dengan jelas pada bahagian kenderaan sebaliknya telah ‘disorok’ di dalam badan kenderaan sekaligus memberikan konsep estetik pada kenderaan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.