Akar permulaan kepada perkhidmatan perisikan moden di Turki bermula dari penghujung era Empayar Uthmaniyyah, terutamanya pada abad ke-19.

Konsep dan sistemnya adalah mengikut dasar pemerintahan zaman sultan-sultan yang berbeza, struktur perkhidmatan perisikan sering berubah-ubah. Bilangan perisik yang tidak terkira dan tidak dijangka jumlahnya itu boleh muncul dalam pelbagai bentuk samaran identiti, golongan pengemis atau darwisy sufi adalah antara rangkaian perisik Sultan Abdülhamid II yang terbaik.

Pada tahun 1876, takhta pemerintah Uthmaniyyah dimanipulasi secara politik melalui plot terancang yang dilaksanakan oleh Midhat Pasha, Wazir Agung dan Menteri P3rang. Rancangan mereka adalah untuk menggulingkan Sultan Abdülaziz dari takhta dalam satu peristiwa rampasan kuasa yang membawa kepada kem4tian Sultan Abdülaziz, namun difitnah sebagai membvnuh diri.

Anak saudara Abdülaziz, Sultan Murad V dipilih oleh pihak ‘negara dalam negara’ (negara/daulah terpendam) British di Uthmaniyyah untuk menaiki takhta, Murad V berpotensi besar menjadi Sultan boneka berikutan pandangannya yang cenderung ke arah barat dan dia juga merupakan seorang anggota Freemason.

Malangnya, setelah melalui beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan, dia mula mengalami masalah mental yang teruk lalu terpaksa diturunkan takhta, dan dibiarkan menetap di Istana Çırağan kerana telah hilang kelayakan sah sebagai pemerintah.

Sultan Abdülhamid II yang berjanji akan meluluskan sistem perlembagaan berjaya menaiki takhta bagi menggantikan abangnya, Murad V. Pihak British menyangkakan Abdülhamid juga seorang yang boleh dikawal sebagai boneka, tetapi sebaliknya Abdülhamid berjaya mengembalikan kuasa mutlak Sultan sekaligus memperbodohkan British.

Dua tahun kemudian, Abdülhamid berjaya mengatasi dua cubaan rampasan kuasa yang gagal diatur oleh Freemason dan disokong oleh British, yang ingin menaikkan kembali Murad V ke takhta sultan.

Sultan Abdülhamid sendiri juga pernah menjadi sasaran beberapa cubaan pembvnuhan yang gagal. Semua kejadian ini mendorong sultan untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan menubuhkan perkhidmatan risikan sulit.

Mereka juga telah memaksa sultan untuk menjadi seorang ‘maharaja introvert’. Semasa Abdülhamid masih seorang Shahzade, dia merupakan seorang pemuda yang sangat ramah dan gemar bersosial. Dia sering berkata:

“Berwaspada adalah kunci keamanan. Pertama sekali anda harus berwaspada, kemudian barulah anda menjaga keselamatan diri.” 

Abdülhamid tidak pernah meletakkan kepercayaan terhadap apa-apa atau sesiapa pun sebelum mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

Yıldız Istihbarat Teşkilatı, atau Agensi Perisikan Yıldız yang terkenal dengan kerja-kerja risikan dan sabotaj, telah dilahirkan hasil dari persekitaran mencabar ini. Sultan Abdülhamid adalah pemerintah Uthmaniyyah pertama yang memulakan perkhidmatan perisikan moden, beliau menubuhkan institusi tersebut pada tahun 1880.

STRUKTUR RAHSIA PERISIKAN

Semasa era klasik Empayar Uthmaniyyah, maklumat risikan asing dikumpul oleh unit Akinji, sebuah unit berkuda ringan pada waktu pep3rangan, manakala para pengembara dan pedagang mengumpul maklumat pada masa yang aman damai. Sebagai contoh, kota perdagangan bebas Dubrovnik juga merupakan pusat perisikan.

Asesbaşı, adalah panggilan untuk seorang pegawai Janisari yang menguruskan hal ehwal keselamatan dalaman yang juga merupakan seorang ketua polis tempatan. Böcekbaşı juga berperanan seperti pegawai polis tempatan, tugasannya merangkumi tindakan lanjut yang melibatkan kes pembvnuhan yang tiada petunjuk dan menangkap suspek kes pembvnuhan. Böcekbaşı juga turut dianggotai pegawai wanita untuk kes pembvnuhan.

Terdapat juga cabang yang lain dikenali sebagai Çuhadar dalam pasukan Böcekbaşı yang menguruskan hal ehwal perisikan domestik. Ases, yang merupakan pengawas kawasan kejiranan, juga membantu dalam kerja-kerja risikan domestik. Semua penduduk di kawasan kejiranan adalah penjamin kepada jiran tetangga mereka dan mereka wajib melaporkan apa-apa perkara yang di luar kelaziman.

Sepanjang pemerintahan Sultan Mahmud II (1834), Zaptiye Müşirliği, sebuah badan organisasi yang setara dengan ibu pejabat polis moden dan menguruskan sistem risikan untuk dinasti Uthmaniyyah telah ditubuhkan. Pemberi maklumat yang bertanggungjawab melaporkan apa yang sedang berlaku di negara ini ke markas dilantik untuk tugasan sulit.

Perkhidmatan polis rahsia, yang dimodelkan setaraf dengan sayap polis rahsia Perancis (Gandermar), diasaskan oleh Wazir Agung Reşid Pasha dan seorang warganegara Uthmaniyyah berbangsa Yunani bernama Civinis yang dilantik sebagai pengarah.

Ketika Sultan Abdülhamid II menaiki takhta pemerintah Uthmaniyyah, dia merasa adanya keperluan untuk membentuk rangkaian perisik yang mengelilingi seluruh negara bermula dari istana. Wazir Agung Said Pasha mengusulkan Sultan Abdülhamid II menghubungkan organisasi ini dengan istana dan menulis sendiri peraturan berkaitan. Said Pasha juga berkhidmat untuk pemerintahan secara proksi yang dikawal kerajaan CUP (Turki Muda).

Sultan menganggap pegawai perisik di pihaknya sebagai satu keperluan, dan dia menarik sokongan mereka dengan memberikan pelbagai jenis hadiah kepada mereka. Untuk seorang Sultan, Abdülhamid boleh dikatakan telah menganalisis zaman yang dia lalui dengan sempurna dan dia sedar bahawa etika rakyat sedang lemah. Dia percaya cara terbaik untuk meraih kesetiaan seseorang adalah melalui wang, pingat dan pangkat. “Cash is king”.

Oleh itu, pernah dikhabarkan bahawa Abdülhamid berjaya mengumpulkan 30,000 pegawai risikan di bawah satu perkhidmatan perisikan, namun perkara ini tidak ada bukti dalam bentuk dokumen.

Selain dari para pegawai risikan, terdapat komuniti dari pelbagai latarbelakang, kerjaya dan kewarganegaraan seperti golongan Sufi Darwisy dari Kaşgarlı, para mullah dari Daghestan, pengemis dari India, pengembara dari Sudan, syeikh dari Libya serta orang Kurdi dan Afghanistan, khodja dari Tatarstan, pelakon, ahli silap mata dan ilusi adalah antara rangkaian besar ejen perisikan yang ditubuhkan oleh Sultan Abdülhamid II.

Pegawai wilayah dan bahkan pegawai di pejabat kedutaan juga antara rangkaian perisik yang ditempatkan oleh Abdülhamid. Malah pegawai kanan negara, gundik-gundik dan sida-sida yang ditawarkan sebagai hadiah dari istana pernah terlibat dalam kerja risikan dan laporan akan dihantar terus ke Istana Uthmaniyyah.

KEGAGALAN AGENSI KETIKA KEJATUHAN ABDÜLHAMID

Perisik menyampaikan laporan risikan yang mereka kumpulkan ke istana dalam bentuk laporan bertulis yang tertutup. Sultan membaca setiap laporan secara peribadi dan menyampaikan arahan dan laporan yang memerlukan siasatan lebih lanjut kepada setiausaha peribadinya setelah dia memotong bahagian di mana tandatangan perisik itu boleh dilihat. Dia akan menyimpan semua laporan itu.

Ketika dia digulingkan, sejumlah laporan yang tidak pernah dibuka telah ditemui semasa pengikutnya cuba menyelamatkan dan menghapuskan segala dokumen-dokumen sulit supaya tidak ditemui oleh musuh.

Ramai yang terkejut apabila menemui sejumlah laporan yang ditulis oleh beberapa anggota Turki Muda sendiri, jumlahnya yang banyak menyebabkan beberapa hari diperlukan untuk membakar kesemua laporan itu berikutan penggulingan Sultan dari takhta.

Ini turut menjelaskan kegagalan saluran maklumat perisikan walaupun Abdülhamid telah ‘menanam’ begitu ramai perisik-perisik di dalam kumpulan Turki Muda, ini kerana pihak Turki Muda juga turut melakukan perkara yang sama dengan menghantar ejen-ejen sulit mereka yang kebanyakannya merupakan pegawai istana.

Laporan risikan sentiasa disediakan sekiranya berlaku kecemasan walaupun Sultan tidak hadir ke pejabatnya, atau ketika dia sedang mandi. Dengan cara ini sultan kekal menyedari apa yang sedang berlaku walaupun di sudut yang paling jauh dari pusat pemerintahan.

Walaupun begitu, siasatan yang dilakukan untuk sebilangan laporan yang diterima hanyalah sia-sia. Telah tiba waktunya dimana kepentingan setiap laporan ini semakin merosot. Semua orang mula melapor antara satu sama lain. Khabar angin yang tidak benar dan bahkan fitnah mula tersebar.

Walaupun Sultan amat menyedari akan hal ini, dia hanya menutup mata demi usaha menjaga rangkaian perisikannya tetap berjalan lancar. Pada masa itu, para menteri dan pegawai-pegawai negeri saling berpecah belah, api permusuhan sedang dibakar dan semua orang saling mencurigai antara satu sama lain.

Kadang-kala, ada rakyat yang tidak bersalah dengan tidak semena-mena turut dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Perisik yang mudah dikenali dengan memakai Fez khas berwarna merah menjadi orang yang paling dibenci dan ditakuti semua rakyat.

Mengambil kesempatan terhadap kacau bilau ini, kumpulan Turki Muda berjaya memanfaatkan situasi ini dan menyebarkan propaganda terhadap sultan atas dasar ini. Rangkaian perisikan yang sulit ini gagal menyelamatkan takhta Sultan Abdülhamid II yang sudah kepenatan memikul beban negara selama 33 tahun baginda berada di atas takhta.

Golongan rakyat yang sangat menyayangi Sultan Abdülhamid tetapi diserang oleh perisik mula berpaling dari sultan. Lebih-lebih lagi, antara faktor terpenting yang membawa kepada jatuhnya Abdülhamid II adalah kerana orang Turki Muda berjaya menyusup masuk ke dalam Istana sebagai pegawai, bahkan anak saudara Sultan sendiri bertindak sebagai penyampai maklumat musuh. Ini salah satu fakta yang masih tidak ramai orang tahu.

PENJENAMAAN SEMULA

Ketika Turki Muda berkuasa pada tahun 1908 setelah menjatuhkan sultan Uthmaniyyah terakhir yang berkuasa mutlak itu, Agensi Perisikan Yıldız dimansuhkan dan “Teşkilât-I Mahsusa” atau Organisasi Khusus menjadi penggantinya di bawah perintah Enver Pasha. Beberapa perisik era Abdülhamid diasingkan, sementara yang lain pula ada yang diberi tugasan baru dalam rejim baru.

Perisik Organisasi Khusus sangat aktif mengekori dan melaporkan gerak geri individu-individu yang diintai oleh Agensi Perisikan Yıldız. Selain perkhidmatan perisikan di ibu kota dan dalam negeri, mereka turut aktif beroperasi di luar negara.

Pada tahun 1927, satu lagi perkhidmatan perisikan iaitu Perkhidmatan Keselamatan Negara atau Milli Emniyet Hizmeti, MEH, tetapi dikenali sebagai MAH kerana nama asalnya adalah Milli Amele Hizmeti dan ditubuhkan sebagai menggantikan Teşkilat-I Mahsusa dengan sokongan pihak Jerman. Ketika Turki berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat, ia pernah berfungsi sebagai salah satu cabang risikan CIA untuk kawasan tempatan, terutamanya selepas tahun 1953.

Dengan erti kata lain, maklumat risikan antarabangsa disediakan oleh CIA, sementara MAH pula berperanan sebagai cabang operasi tempatan. Berdasarkan beberapa catatan yang timbul dari tempoh tersebut, CIA lazimnya membayar MAH sekitar 100,000 lira Turki sementara British membayar 30,000, Perancis 8,000 dan Itali 4,000.

Behçet Türkmen yang ketika itu merupakan ketua MAH, adalah rakan kongsi produk jenama Coca Cola di Turki dan merupakan bapa kepada İlter Türkmen, duta besar dan menteri Luar. Walaupun Perdana Menteri ketika itu Adnan Menderes mengetahui dan cuba membatalkan hubungan ini, ia hanya mengundang lebih banyak masalah terhadap dirinya sendiri.

Selepas peristiwa rampasan kuasa pada 27 Mei tahun 1960, MAH dijenamakan semula sebagai Millî İstihbarat Teşkilatı atau Badan Perisikan Negara (MİT), yang beroperasi di bawah Kementerian Perdana Menteri. Semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri dan Presiden Turgut Özal yang kemudiannya, ia telah dijadikan badan yang bebas tentera (demilitarized). Badan Perisikan Negara itu terus kekal beroperasi hingga ke hari ini.

RUJUKAN:

Ottoman History Podcast: Spies Of The Sultan

Landau, J. (1987). An insider’s View of Istanbul: Ibrāhīm al-Muwayliḥī’s Mā Hunālika. Die Welt Des Islams


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.