Sejarah Penciptaan Sabun Dari Zaman Purba

428

Walau dimana anda berada, pastikan anda mencuci tangan dengan sabun.

Sedangkan yang ada alahan pun mempunyai sabun-sabun tertentu untuk melengkapkan penyucian. Senang kata setiap hari sabun digunakan.

Mandi kena sabun atau syampu. Selesai berjuang dalam pelaburan pun boleh jadi masalah dunia kalau sabun habis, lagi sakit hati kalau sabun jatuh lubang jamban.

Selain dari kegunaan diri kita, untuk basuh baju, cuci pinggan, mop lantai dan basuh kereta pun ada sabun-sabun khas.

Sabun sebenarnya telah digunakan dalam hidup manusia sejak 4800 tahun lepas. Tamadun Babylonia dirakamkan menggunakan sejenis bahan yang sangat sama dengan sabun moden.

Babylonia menggunakan campuran air, bahan alkali dan minyak kayu manis Cina sebagai sabun, seperti dirakamkan dalam suatu batu bersurat berasal dari 2200 SM.

Semasa pemerintahan Raja Nabonidus (556-539 SM), Babylonia menggunakan abu, minyak cypress dan minyak bijan untuk mop lantai.

Mesir Purba pun begitu. Mereka kerap mandi dengan campuran minyak lemak haiwan atau sayur dan garam alkali. Kadang-kala mereka menggunakan kapas. Manakala Israel Kuno pula menggunakan abu daripada tumbuh-tumbuhan untuk buat sabun yang harini dipanggil “potash”.

Kalau nak tahu pasal potash, bahan ini sebenarnya ialah campuran kayu dibakar atau abu sayur campur dengan minyak zaitun atau minyak lemak babi. Potash ialah bahan alkali.

Namun bukan semua puak Bani Israil menggunakan lemak babi atas pengharaman dalam kitab Talmud dan Tanakh. Mereka sebaliknya menggunakan minyak zaitun yang didihkan dalam periuk tembaga selama berhari-hari, sebelum dicampurkan dengan potash dan limau.

Jadi dari dulu sampai sekarang, sabun mandian dikekalkan sifat mesra alam kerana bahan-bahannya semulajadi.

Semasa abad ke-19, tiga bangsa sentiasa bersaing untuk menguasai pasaran sabun atau kejiranan di Eropah Barat – Itali, Perancis dan Sepanyol.

Kedatangan sabun di Amerika Syarikat pula bermula pada 1837, apabila seorang pembuat lilin berganding dengan pengeluar sabun. William Procter dan James Gamble terus buat syarikat sabun sendiri iaitu P&G.

Hampir 30 tahun kemudian, William Sheppard pula membuat paten untuk mengeluarkan sabun cecair pertama dalam dunia. Zaman itu sabun cecair sangat lain berbanding kita, kerana agak likat dan bagaikan bersirap maple.

Keluaran Sheppard digunakan secara pesat di hospital dan dapur restoran, belum tmebus masuk ke perumahan lagi.

Persaingan kental mendesak syarikat-syarikat sabun meluaskan jaringan. P&G pada tahun 1927 merupakan antara syarikat pertama yang bayar iklan melalui radio agar kesedaran kebersihan dalam kalangan surirumah dipertingkatkan.

P&G pada tahun 1966 mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$161 juta untuk melancarkan iklan sabun melalui televisyen pula. Dan pada zaman itu, Robert Ridgely Taylor berjaya menciptakan beratus-ratus jenis sabun bentuk pepejal di rumahnya.

Taylor kemudian mengilhamkan jasanya yang popular sampai masih digunakan sekarang. Beliau membuat sabun cecair yang diletakkan dalam botol tekan.

Dinamakan Cream Soap on Tap, sabun ini dituju kepada golongan atasan kerana mempunyai botol tekan berhias dalam seramik. Menyedari bahawa golongan bawahan tidak mampu membeli sabunnya, beliau membuat tindakan yang amat drastik.

Syarikatnya hanya bernilai AS$12 juta pada tahun 1980. Dan sebanyak itulah beliau belanjakan bagi tujuan kajian dengan pesanan 100 juta botol bentuk plastik. Ilhamnya tersangatlah masyhur sampai tujuh tahun kemudian, Taylor jual syarikatnya dengan nilai AS$61 juta.

Teknologinya diperbaiki lagi dengan sumbangan seorang warga Taiwan yang membuatkan botol sabun automatik. Teknologinya yang menggunakan “motion sensor” akan keluarkan sabun apabila dapat mengimbas tangan.

Pemodenan ini sangatlah penting, kerana botol yang ditekan beribu tangan semestinya tidak bersih. Sudah tentunya dengan jaminan kebersihan.

Akhir kalam, kalau sabun jatuh, tolong jangan kutip kalau ada orang di keliling.

RUJUKAN:

The Short History Of Soap – From Ancient Mesopotamia To Proctor & Gamble
https://www.realmofhistory.com/2016/08/10/origin-soap-ancient-mesopotamia-2800-bc/

Ruangan komen telah ditutup.