Bagi yang biasa menonton filem berlatar masa Zaman Pertengahan, pasti masak dengan perihal istana-istana dikepung pasukan peny3rang. Walaupun sudah dikepung, agak sukar bagi pasukan peny3rang menyerbu masuk ke istana lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai bekalan makanan dan air mencukupi serta pertahanan yang kental. Justeru bagi memecah kebuntuan, mereka berpaling kepada manjanik.

Manjanik sudah digunakan sejak zaman-berzaman lagi. Bagi yang biasa bermain Total War: Rom, pasti masak dengan pilihan manjanik Rom yang dipanggil onager. Onager digambarkan sebagai pembaling batu satu tangan dan digunakan sebagai alat pemecah kepungan Rom terhadap pihak musuh.

Menariknya, onager sebenarnya bermaksud punggung liar dalam Bahasa Latin. Sesetengah berpendapat nama tersebut timbul bila orang Rom menyamakan batu yang dilepaskan dari onager sama seperti batu yang ditendang oleh kuda-kuda yang berlari pantas. Ada pula melihat ia sebagai gambaran onager yang melompat setiap kali mereka melepaskan batu-batu ke udara.

Rajah 1: Contoh onager dengan lastik (Kala Jengking).

Selain onager, satu lagi manjanik yang menjadi pilihan mereka ialah onager yang dipasang dengan lastik. Onager ini digelar Kala Jengking. Gelaran tersebut diberi apabila lastik onager dilepaskan, ia menyerupai pergerakan ekor kala jengking semasa meny3ngat mangsanya.

Namun begitu, orang Rom bukan satu-satunya tamadun yang menggunakan manjanik. Tamadun China turut menggunakan manjanik sejak abad kelapan SM. Contohnya, raja Dinasti Zhou melancarkan kempen pep3rangan terhadap Duke Zhuang yang merupakan pemerintah ketiga negeri Zheng.

Kempen pada tahun 707 SM itu menyaksikan penggunaan manjanik hui oleh Dinasti Zhou. Tetapi memandangkan perkataan hui tidak lagi wujud, maksud sebenar perkataan berkenaan masih menjadi tanda tanya. Bagi cendekiawan-cendekiawan Dinasti Han, mereka menterjemah hui sebagai manjanik.

Rajah 2: Contoh manjanik Tamadun China

Manjanik disebut dengan lebih jelas dalam teks-teks Mohisme sekitar tempoh Konflik Negara-Negara (abad kelima hingga ketiga SM). Dalam teks tersebut, manjanik digerakkan menggunakan prinsip tuas dan dikenali sebagai manjanik tarikan. Manjanik ini boleh digunakan bukan saja oleh pasukan peny3rang tetapi ketumbukan t3ntera yang bertahan dalam kawasan kepungan.

Jika manjanik ini digunakan oleh individu yang terkepung, ia boleh saja digunakan dengan efektif terhadap menara-menara kepungan musuh. Malah, ia boleh digunakan bukan saja untuk membvnvh t3ntera tetapi mengganggu formasi pasukan mereka.

Di sebelah atas angin pula, manjanik mereka menggunakan prinsip berbeza iaitu prinsip kilasan. Prinsip ini dapat dilihat pada manjanik versi Yunani sebelum ia diteruskan dalam manjanik versi Rom. Menjelang Zaman Pertengahan, variasi onager diperkenalkan iaitu mangonel yang bermaksud enjin pep3rangan.

Rajah 3: Mangonel

Mangonel berbeza dengan onager kerana ia menggunakan mangkuk khas untuk batu berbanding lastik untuk onager. Dengan pertukaran tempat muatan tersebut, mangonel boleh digunakan bukan saja sebagai pelancar batu-batu besar tetapi objek-objek lebih kecil sebagai bahan pelancar.

Jadi, bila manjanik tarikan mula tersebar di Eropah? Wujud spekulasi ia dibawa oleh t3ntera Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad semasa kempen mereka di Iberia. Tetapi menurut keterangan Archbishop Thessaloniki, semasa bandar tersebut dikepung puak nomad Avar pada tahun 597 Masihi, mereka merupakan pasukan pertama yang menggunakan manjanik sebegitu rupa.

Wujud spekulasi puak Avar telah berhubung dengan Negara Wei Utara (China) menerusi Laluan Sutera dan mempelajari teknologi manjanik daripada mereka. Kerajaan-kerajaan Eropah kemudiannya mula berdepan manjanik yang dibawa t3ntera Bani Umayyah semasa kempen mereka di Andalusia. Tetapi ramai pakar berpandangan manjanik hanya digunakan secara meluas di Eropah selepas kempen P3rang Salib.

Manjanik terus berevolusi menerusi satu lagi manjanik yang lebih canggih dikenali sebagai trebuchet. Trebuchet menjadi pilihan kerana jarak lontaran yang lebih jauh dan lebih menepati sasaran. Tatkala manjanik sebegini mendominasi medan pert3mpuran Eropah untuk beberapa abad berikutnya, ia dianggap lapuk di China berikutan pengenalan s3njata berasaskan bahan l3tupan.

Dengan bahan l3tupan dibawa ke Eropah, ia turut menandakan pengakhiran era manjanik. Kali terakhir ia digunakan di medan p3rang ialah semasa P3rang Dunia Pertama sebagai alat melancarkan beberapa butir b0m tangan ke dalam parit-parit yang dihuni t3ntera Jerman.

RUJUKAN:

DHWTY. (2015). Catapult: The Long-Reaching History of a Prominent Medieval Siege Engine. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-technology/catapult-long-reaching-history-prominent-medieval-siege-engine-004418


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.