Kekuatan itu boleh diumpamakan dengan bidikan busur silang; sementara tegas pendirian itu pula diumpamakan dengan melepaskan picu busur silang.” – Sun Tzu, The Art of W4r, abad ke-5 SM.

Penciptaan busur silang telah membawa pembaharuan dalam pep3r4ngan. Teknologi dari Asia itu kemudiannya tersebar ke Timur Tengah dan seterusnya memasuki Eropah menjelang zaman pertengahan.

Jika dipandang dari suatu sudut, kewujudan busur silang ini telah membuka peluang yang lebih luas untuk sesiapa sahaja terlibat dalam pep3r4ngan – pemanah tidak perlu lagi memiliki kekuatan atau kemahiran bagi membuat bidikan maut sebagaimana sebelum ini ia diperlukan untuk mengendalikan busur panah tradisional.

SIAPAKAH YANG MENCIPTA BUSUR SILANG?

Busur silang yang pertama dipercayai telah dicipta sama ada di salah sebuah kerajaan Cina purba ataupun di kawasan Asia Tengah pada tempoh masa sekitar 400SM. Tidak dapat dipastikan secara jelas pada tahun bilakah senjata baru lagi berkuasa ini dicipta, atau siapakah yang pertama sekali diilhami dengan idea penciptaannya.

Sumber-sumber linguisik mengisyaratkan bahawa asal-usulnya adalah dari Asia Tengah di mana teknologi itu kemudiannya tersebar ke Cina. Namun, catatan-catatan daripada zaman tersebut sangat kurang dan tidak mencukupi untuk meraihkan kepastian tentang asal-usul busur silang ini.

Apa yang pasti, strategis ketenteraan masyhur yang bernama Sun Tzu mengetahui perihal kewujudan busur silang. Beliau mengaitkan penciptaan busur silang ini dengan seorang ahli cipta bernama Q’in dengan meletakkan tarikh abad ke-7SM sebagai tarikh penciptaan teknologi tersebut.

Namun, tarikh hayat Sun Tzu dan penerbitan pertama kitab Art of War juga masih lagi menjadi kontroversi justeru ia tidak boleh digunakan sebagai sandaran bagi memerihalkan kewujudan awal busur silang.

Ahli-ahli arkeologi Cina seperti Yang Hong dan Zhu Fenghan meyakini bahawa busur silang telah dicipta seawal tahun 2000SM lagi. Keyakinannya itu didasarkan pada penemuan artifak tulang-belulang, batu-batuan, dan cengkerang yang dipercayai merupakan bahagian picu pada busur silang.

Busur silang berpemegang paling awal yang lengkap dengan picu yang diperbuat daripada gangsa  ditemui di sebuah makam di Qufu, Cina dengan ujian pentarikhan karbon menyebutkan tahun 600SM. Pemakaman tersebut merupakan relik dari Kerajaan Lu, iaitu sebuah kerajaan yang terletak di wilayah Shandong moden pada era Musim Bunga dan Musim Luruh (771-476SM).

BUKTI ARKEOLOGI

Bukti arkeologi tambahan menunjukkan bahawa teknologi busur silang telah tersebar secara meluas di Cina pada hujung era Musim Bunga dan Musim Luruh. Sebagai contoh, sebuah makam dari pertengahan abad ke-5SM milik Kerajaan Chu (wilayah Hubei) mengandungi peluru busur silang.

Sambil sebuah makam di Saobatang, Wilayah Hunan berusia dari pertengahan abad ke-4SM turut menyaksikan penemuan busur silang yang diperbuat daripada gangsa. Sebahagian Tentera Terracotta yang dikebumikan bersama Qin Shi Huangdi (260-210SM) juga didapati memegang busur silang. Busur silang berganda yang terawal ditemui di sebuah lagi makam abad ke-4SM yang terletak di Qinjiazui, Wilayah Hubei.

KEPENTINGAN BUSUR SILANG DALAM SEJARAH

Busur silang berganda dipanggil sebagai zhuge nu dalam bahasa Cina. Ia berupaya membidik peluru secara berganda sebelum perlu dimuat semula. Sumber-sumber lama mengaitkan ciptaan ini kepada seorang ahli taktikal era Tiga Kerajaan yang bernama Zhuge Liang (181-234M).

Namun, penemuan busur silang berganda di Qinjiazui yang berusia 500 tahun lebih awal dari hayat Zhuge Liang membuktikan bahawa beliau bukanlah pencipta asal teknologi itu. Namun, beliau sememangnya dipercayai telah melakukan beberapa perubahan besar pada rekaan tersebut. Pada tahun-tahun terkemudian, busur silang berganda mampu membidik sebanyak 10 buah peluru dalam masa 15 saat sebelum perlu dimuat semula.

Busur silang berbentuk asas menjadi senjata pilihan secara meluas di seluruh Cina menjelang abad ke-2M. Ramai sejarahwan kontemporari menyebutkan bahawa busur silang berganda ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Han-China ke atas Xiongnu.

Xiongnu dan kebanyakan komuniti nomad dari padang rumput Asia Tengah masih lagi menggunakan busur panah tradisional. Walaupun penggunanya memiliki kemahiran memanah yang tinggi, namun mereka ditewaskan oleh pasukan tentera yang menggunakan busur silang, terutama dalam menghadapi pengepungan dan pertempuran misil (berbalas bidikan panah).

Raja Sejong (1418-1450M) dari Dinasti Joseon di Korea memperkenalkan busur silang berganda kepada pasukan tenteranya setelah melihat sendiri penggunaan senjata ini semasa lawatannya ke Cina. Senjata ini terus digunakan oleh tentera Cina sehingga hujung era Dinasti Qing, termasuklah semasa P3rang Cina-Jepun 1894-1895M.

Malangnya, busur silang bukanlah tandingan bagi persenjataan moden Jepun dan Qing-China pun pada akhirnya mengalami kekalahan dalam pep3rangan tersebut. P3rang Cina-Jepun itu merupakan konflik besar peringkat dunia terakhir yang memperlihatkan penggunaan busur silang.

TERJEMAHAN:

Kallie Szczepanski. (15 Februari 2019). The Invention of the Crossbow. ThoughtCo.https://www.thoughtco.com/the-invention-of-the-crossbow-195263


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.