Setelah perjanjian Hudaibiyah dimetrai diantara pihak Muslimin dan pihak Quraish Mekah pada tahun ke-enam hijrah, Kaum Muslimin berasa tenang sejenak setelah berkali-kali diancam oleh pihak Quraish Mekah.Keadaan ini berjalan sehingga tahun ke-lapan hijrah.

Bani Bakar yang bersetuju untuk bersama dengan pihak Quraish Mekah pada perjanjian Hudaibiyah merencanakan sesuatu yang bakal membinasakan mereka sendiri.

Mereka bercadang untuk melakukan pe.nyeranga.n ke atas Bani Khuzaah yang pada ketika itu telah mengikat perjanjian untuk bersama Rasulullah SAW didalam perjanjian Hudaibiyah. Penye.rangan ke atas Bani Khuzaah ini turut dibantu oleh pihak Quraish di Mekah dengan membekalkan senjata dan kelengkapan untuk melakukan pe.nyerang.an.

Ketika Bani Khuzaah sedang berada di dalam keadaan tidak bersedia, pasukan dari Bani Bakar dan pihak Quraish menyerbu Bani Khuzaah dan memb.un.uh mereka semua. Jumlah Bani Khuzaah yang terb.unu.h ialah seramai 20 orang.

Jelaslah ini pelanggaran yang nyata ke atas perjanjian yang dimetrai diantara pihak Muslimin dan pihak Quraish. Setelah Rasulullah SAW menerima berita ini, Rasulullah SAW menyiapkan bala t.ente.ra seramai 10 000 untuk membebaskan Kota Mekah.

Tindakan pihak Quraish ini mendatangkan penyesalan pada diri mereka sendiri. Lantas, mereka mengirim Abu Sufyan bin Harb untuk menemui Rasulullah SAW untuk berunding semula.Tetapi, kedatangan Abu Sufyan ke Madinah bahkan tidak dilayan langsung oleh Rasulullah SAW. Abu Sufyan mencuba untuk memujuk Sayyidina Abu Bakar RAH.Namun, Sayyidina Abu Bakar RAH berpendirian sama seperti Rasulullah SAW.

Maka, kembalilah Abu Sufyan ke Madinah dalam keadaan yang hampa. Manakala,di kota Madinah, beberapa suku telah datang untuk bergabung bersama Rasulullah SAW untuk membebaskan Kota Mekah.

Bergeraklah pasukan Muslimin yang dipimpin Rasulullah SAW ini menuju ke Kota Mekah. Setibanya di Marru Dzahran, Rasululah SAW mengarahkan agar dinyalakan unggun api yang banyak. Tujuan Rasulullah SAW melakukan ini adalah untuk menakutkan pihak Quraish untuk menyerah diri. Abu Sufyan yang ketika itu sedang mengintip kedudukan pasukan Muslimin berasa gerun dengan jumlah pasukan Muslimin yang begitu ramai ini.

Lantas, Abu Sufyan telah memutuskan untuk menghadap Rasulullah SAW. Di dalam pertemuan kali ini,Abu Sufyan akhirnya memeluk Islam dan menyatakan syahadahnya dihadapan Rasulullah SAW. Sayyidina Abbas bin Abdul Mutalib RAH berkata kepada Rasulullah SAW bahawa Sayyidina Abu Sufyan ini seorang yang suka dibangga-banggakan.

Maka, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Abu Sufyan bahawa sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan akan selamat. Berbanggalah Sayyidina Abu Sufyan apabila namanya disebut oleh Rasulullah SAW. Seterusnya, Rasulullah SAW memberi jaminan sesiapa yang memasuki Masjidil Haram dia akan selamat dan begitu juga sesiapa yang memasuki rumah mereka sendiri dan menutup pintunya dia juga akan selamat. Sayyidina Abu Sufyan menerima perintah itu lantas pulang ke Kota Mekah untuk menyampaikan berita ini.

Sayyidina Abu Sufyan tiba di Kota Mekah dan menyampaikan berita ini kepada penduduk Kota Mekah. Maka bertempiaranlah penduduk Mekah ke tempat yang dijamin keamanannya oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW memasuki Kota Mekah dari segenap penjuru Kota Mekah. Pada hari itu, Rasulullah SAW tidak hentinya menyebut “Inilah kemenangan yang nyata” (Surah Al-Fath:1). Pada hari itu, kesemua penduduk Mekah dijamin nyawanya oleh Rasulullah SAW. Pada hari itu, menanglah Al-Haq ke atas yang Bathil. Sesungguhnya tiada sekelumit dendam di hati Rasulullah SAW terhadap perbuatan pihak Quraish ke atas Rasulullah SAW. Di kota inilah menyaksikan dakwah baginda dihina, dicerca bahkan Rasulullah dan para Sahabat RAH dicederakan oleh pihak Quraish.

Kini, Rasulullah SAW kembali sebagai seorang yang menang dan baginda SAW tetap dengan sifat Tawadhuk di atas kemenangan ini. Ketika mana Rasulullah SAW memasuki Kota Mekah, menunduknya Rasulullah SAW ketika menunggang unta, janggut baginda SAW mencecah belakang unta baginda SAW.

Pada hari itu, syariat Islam tertegak semula di Kota Mekah setelah sekian lama dicemari dengan amalan yang menyimpang dari ajaran Nabi Ibrahim AS. Semoga kita mendapat ibrah daripada peristiwa yang agung ini dan dapat mencontohi sifat baginda SAW yang memaafkan kaum yang pernah menyakiti baginda SAW.

Wallahu A’lam

RUJUKAN:

Fiqh Sirah (Terbitan Pustaka Fajar) – Syeikh Said Ramadhan Al-Buti

Sang Yatim Janji dan Kemenangan yang Dijanjikan – Prof Dr Muhammad Sameh Said


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.