Asal mu-asal pedang Samurai yang kita kenal dengan panggilan Katana ni. Pada awal nya, pedang Samurai ni tidak lah melengkung sebalik nya lurus seperti kebanyakkan pedang lain di dunia. Dan ia dipanggil Chokuto, yang mempunyai pengaruh dari China & Korea.
Kemudian datang satu tukang besi, bernama, Amakuri yang mencipta pedang baru, yang dikenali sebagai Tachi.

Disini lah mulanya pedang Samurai mula melengkung. Dan seterusnya, pedang Samurai semakin berevolusi sehingga lah pencerobohan Kublai Khan ke atas Jepun, dan menjadi inspirasi untuk pembuatan pedang yang sesuai digunakan diruang sempit seperti di dalam istana, memandangkan ketika pencerobohan Mongol ketika itu banyak Istana di serbu dan Tachi terlalu panjang (atau besar?) untuk diguna ketika perlawanan.

Pada era Muromachi, barulah Katana, Wakizashi (katana kontot), Uchigatana (susur galur Tachi yang ditambah baik) muncul.\

PERBEZAAN TACHI & KATANA?

Macam mana nak beza dua jenis pedang ni?

Pertama dari segi pemakaian, Tachi di bawa dengan di-ikat di pinggang dan arah bilah nya ke bawah. Beza dengan Katana, ianya hanya diselit saja di pinggang, dan arah bilah nya ke atas, tujuan nya adalah senang dan pantas untuk di keluarkan.

Kedua adalah cara pembuatnya meletakkan ‘signature’ mereka di besi pemegang pedang. Dan kedudukan ‘signature’ tu bergantung kepada jenis pedang dan bagaimana pedang tu digunakan.

PEDANG SAMURAI BUKAN SENJATA UTAMA

Ya, Chokuto, Tachi, Katana ni semua bukan lah senjata utama Samurai ketika bertempur, sebaliknya busur adalah senjata utama mereka sambil menunggang kuda. Dan mereka menggunakan pedang ketika terjatuh dari kuda atau berlawan secara 1 lawan 1. Kiranya, cara Samurai ni sama dengan cara tentera Mongol dulu, yang lebih kepada memanah.

STATUS

Pada era Tokugawa Shogunate, ianya adalah mandat atau arahan kepada semua Samurai untuk memaparkan status kelas Samurai mereka dengan memperagakan Daisho, yakni berpasangkan pedang panjang (Katana, Uchigatana) dan pedang pendek (Wakizashi).
Keduanya sangat praktikal untuk dibawa ke mana dan apa juga situasi, bahkan dianggap sebati dengan jiwa untuk setiap Samurai.

#AlifAfiqMohdKamal


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.