Reformasi 1998 merupakan batu asas bagi kejayaan Pakatan Harapan pada PRU 2018 yang lalu. Reformasi 1998 bermula apabila Perdana Menteri ke-4 Datuk Seri Mahathir Mohamad telah memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat. Gelombang Reformasi telah menyebabkan imej Perdana Menteri itu tercalar, Beliau dicop sebagai Mahazalim, Mahafiraun, Korup, diktator dan pelbagai lagi. Gelombang Reformasi juga telah menyebabkan lahirnya parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat

Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka. Pada PRU 1999, mereka bersama-sama DAP dan PAS telah menubuhkan Barisan Alternatif.

Namun, mereka gagal untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Pada Pilihan Raya Umum 2004, Barisan Alternatif telah dikalahkan dengan teruk oleh Barisan Nasional di bawah pentadbiran baru oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa imej Islam Hadhari. Di dalam PRU tersebut, PKR hanya memenangi 1 kerusi, iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Pauh yang diwakili oleh Dr Wan Azizah dengan majoriti tipis.

Pada 2006, PKR berjaya menembusi politik Sarawak apabila parti itu berjaya mendapat satu kerusi, iaitu kerusi DUN  Padungan yang diwakili oleh Dominique Ng. Mereka juga berjaya memujuk tokoh korporat terkenal, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyertai parti itu.

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004, PKR telah muncul dengan wajah baharu. Hasilnya, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP telah menawan 5 negeri dan buat kali pertama dalam sejarah BN kehilangan majoriti. PKR telah berjaya menawan negeri Selangor buat pertama kali. Pada 2013, mereka berjaya mengekalkan negeri Selangor di bawah penguasaan PKR.

Pada tahun 2014, Pengarah Strategi Parti kemudian Naib Presiden, merangkap Setiausaha Agung, Rafizi Ramli memulakan Pemindahan Kajang dalam usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor ke-14, Abdul Khalid Ibrahim, dan mencadangkan Presiden  parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.

Manuver politik mengakibatkan krisis politik sembilan bulan dalam negeri Selangor dan gabungan Pakatan Rakyat, yang turut melibatkan istana Selangor, sebuah pilihan raya kecil yang menelan belanja RM1.6 juta dalam wang rakyat, parti itu kehilangan satu kerusi DUN Selangor dan Parlimen Malaysia. Krisis ini diselesaikan dengan pelantikan Timbalan Presiden PKR,Datuk Seri  Azmin Ali, sebagai Menteri Besar ke-15 Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim kemudiannya dikeluarkan dan dipecat daripada PKR.

Pada 2017, terjadinya sejarah baharu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berbaik-baik semula bersama Tun Dr Mahathir setelah bermusuhan lebih 20 tahun. Tun Dr Mahathir turut menyokong usaha pembebasan DSAI sejak beliau dipenjarakan akibat liwat sejak 2013. Pada  2015, PKR bersama-sama PPBM , AMANAH dan DAP telah menubuhkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Pada PRU 2018, Pakatan Harapan yang menggunakan simbol PKR telah menewaskan Barisan Nasional dan PKR telah mendapat kemenangan terbesar di dalam kem Pakatan Harapan.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mencatatkan sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama. Di Peringkat Negeri, Pakatan Harapan turut menawan hampir kesemua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Menangnya PKR pada PRU 2018 dan bebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan matlamat perjuangan PKR kini tercapai. Jadi, apa seterusnya matlamat PKR


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.