Sejarah Papua New Guinea

2,047

Pulau New Guinea adalah pulau besar yang terpisah dari benua Australia oleh Selat Torres. Pulau ini adalah pulau kedua terbesar dunia selepas Greenland dengan keluasan sebanyak 785, 753 km persegi serta pulau terbesar dalam gugusan kepulauan Oceania.

Bahagian timur pulau adalah negara Papua New Guinea yang bebas merdeka manakala bahagian barat pulau yang dirujuk sebagai Western New Guinea atau Barat Papua/Irian Jaya adalah negeri milik negara Indonesia sejak 1963.

Manusia tiba di New Guinea kira-kira 45,000 tahun lalu, walaupun masih ada perdebatan antara arkeologis. Mereka tiba dari Asia Tenggara sejak Zaman Ais di mana paras laut sangat rendah dan jarak antara pulau sangat pendek. Manusia awal ini juga pandai mengurus sumber hutan walaupun mereka meneruskan hidup berburu dan mengutip buah-buahan.

Pertanian wujud di New Guinea pada 7,000 SM, lebih tepat diperkenalkan di kawasan Kuk, seiring dengan perkembangan pertanian di Mesir Purba dan Mesopotamia. Kira tua jugalah orang New Guinea dengan orang tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba ni. Dengan penanaman ubi keledek dan penternakan khinzir, manusia New Guinea beralih menjadi petani dan mereka hidup di kawasan tinggi dengan altitude lebih 2,000 meter. Tanaman pertama mereka adalah tebu.

Penduduk New Guinea menggunakan tulang, kayu, dan batu sebagai alat pertanian. Mereka juga mengamalkan sistem dagang dengan penukaran barangan pinggir pantai seperti tembikar, kerang, dan hasil laut dengan barangan hutan sejak berlaku migrasi kedua manusia yang berbahasa Austronesia pada 500 SM.

Pulau Papua tidak dikenali oleh dunia Eropah sehingga pada abad ke-16 Masihi, di mana pengembara Portugis dan Sepanyol bernama Dom Jorge de Menezes dan Yñigo Ortiz de Retez adalah pengembara pertama memijak pulau tersebut.

Pada 1526, Jorge de Menezes secara tak sengaja tiba di New Guinea dan menamakannya sebagai ‘Papua’ yang diambil dari kosa kata Bahasa Melayu bagi menggambarkan orang Melanesia New Guinea yang berambut kerinting. Tahun 1545, Yñigo Ortiz de Retez menamakan pulau besar itu sebagai New Guinea kerana ada persamaan terhadap orang asalnya dengan orang Africa di negara Guinea.

Masuk tahun 1870-an, ahli antropologi Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai menjelajah ke pendalaman New Guinea berbanding penjelajah lain yang hanya menjelajah di pinggir pantai, menghabiskan masa bersama orang asal beberapa tahun dan merekodkan kehidupan mereka dalam makalahnya.

Masuk abad ke-19 Masihi, bermula 1884, koloni Jerman menguasai bahagian utara Papua selama beberapa abad, menamakannya sebagai German New Guinea. Selepas meletusnya Perang Dunia Pertama, tentera kerajaan Australia mendarat di Papua dan menguasai German New Papua pada 1914. Atas kekalahan Jerman dan Kuasa Tengah dalam perang tersebut, Liga Bangsa memberikan Australia mandat terhadap utara Papua atau New Guinea.

Manakala bahagian selatan Papua pula telah dikuasai oleh koloni British pada 1884 dan menamakannya sebagai British New Guinea. Sebelum ini, pada 1883 Koloni Queensland milik British di Australia mahu claim bahagian selatan dan timur New Guinea. Tapi British tidak mahu, macam buang masa.

Tapi apabila Jerman mula membina koloni di utara New Guinea, British mula claim bahagian yang Koloni Queensland yang mahu demand. Takut kali ini Jerman mahu ugut British Australia. Jadi British New Guinea ditubuhkan pada 4 September 1888. Tahun 1906, British New Guinea upgrade menjadi Territory of Papua yang ditadbir oleh Australia mengikut Akta Papua 1905 walaupun ia masih di bawah pengaruh British.

Dalam Perang Dunia Kedua, kempen perang New Guinea (1942 – 1945) adalah peristiwa perang terbesar di Papua yang melibatkan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Allies). Kempen ini meragut nyawa seramai 216,000 orang tentera Jepun, Australia, dan USA. Selepas perang ini, kedua-dua tanah Papua naungan Australia bersatu dan dinamakan sebagai ‘Territory of Papua and New Guinea’. Dari nama inilah ia dipendekkan sebagai ‘Papua New Guinea’ yang kita kenal sekarang.

Orang Asal Papua ingin memperoleh kemerdekaan kepada United Nations (UN) dari genggaman Australia. Maka, Papua memperoleh kemerdekaannya pada 16 September 1975, sama tarikh (kecuali tahun) dengan Hari Malaysia.

Papua kemudian menjadi negara Komanwel di mana Ratu Elizabeth II menjadi penaung negara-negara bekas milik British. Walaupun status Papua bertukar kepada negara, namun masih ada konflik terbaru dan pertama Papua sebagai negara, iaitu pemberontakan Pulau Bougainville.

Pada 11 September 1975, Pulau Bougainville mengisytiharkannya sebagai Republic of the North Solomons. Pengiktirafan ini mengejutkan Papua kerana pulau yang memberikan 40% pendapatan negara hasil dari aktiviti perlombongan emas akan keluar status kepada berkerajaan sendiri. Maka pemberontakan Bougainville berlaku pada 1975 – 1976. Hasil pemberontakan ini Papua merubah status Bougainville sebagai wilayah melalui pemindaaan Undang-Undang Papua New Guinea.

Tahun 1988, berlaku lagi pemberontakan baru yang dikenali sebagai Perang Sivil Bougainville. Perang ini meragut 20,000 nyawa dan akibat peristiwa ini Papua dan pemberontak Bougainville mementerai perjanjian damai yang berlangsung di New Zealand pada 1997.

Dari perjanjian itu, Bougainville diiktiraf sebagai wilayah autonomi. Akan datang, pada 23 November 2019, sebuah referendum kemerdekaan Bougainville bakal berlangsung. Maka, kita boleh lihat masa depan Bougainville sebagai negara baru melalui undian rakyat majoriti.

RUJUKAN:

“Papua New Guinea”. The World Factbook. Langley, Virginia: Central Intelligence Agency. 2012. Retrieved 21 November 2019.

Biskup, Peter, B. Jinks and H. Nelson. A Short History of New Guinea (1970)

Kenneth, Gorethy (5 August 2019). “B’ville Referendum Dates Changed”. Papua New Guinea Post-Courier. Retrieved 24 August 2019.

Knauft, Bruce M. (1999) From Primitive to Postcolonial in Melanesia and Anthropology. University of Michigan Press. p. 103.

Gillespie, Waratah Rosemarie (2009). Running with Rebels: Behind the Lies in Bougainville’s hidden war. Australia: Ginibi Productions.

O’Connell, J. F., and J. Allen. “Pre-LGM Sahul (Australia-New Guinea) and the archaeology of early modern humans,” Rethinking the human revolution: new behavioural and biological perspectives on the origin and dispersal of modern humans (2007): 395–410.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.