Sejarah Miya Dan Nana Dalam Mobile Legend

688

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mobile Legends antara permainan yang sangat popular pada ketika ini. Bahkan permainan ini setanding dengan PUBG dan juga Call of Duty. Untuk artikel kali ini, jom kita mengenali asal-usul ‘marksman’ yang digeruni iaitu Miya dan juga ‘support’ yang menjengkelkan – Nana. e

Miya dilahirkan di Kuil Bulan dan dia belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti dia dapat mengambil tempat sebagai Tuhan Bulan (Moon God).

Apabila pep3rangan tercetus antara Manusia dan Orc melibatkan Moon Elf, Miya memimpin kesemua Moon Elf untuk menentang pencerobohan tersebut. Meskipun mereka telah melakukan yang terbaik, Miya dan rakan-rakannya terpaksa bertahan di dalam kuil menentang musuh. Dalam keadaan terdesak, dia berjanji untuk mempertahankan tanah airnya – Enchanted Forest.

Miya melutut di tengah-tengah kuil dan berdoa untuk kali terakhir setelah segala harapan pudar. Kemudian, perkara ajaib telah berlaku. Tuhan Bulan menjawab doa Miya dan mengurniakannya sebuah busur bersama kuasa ajaib. Miya menggunakan kuasa barunya untuk menembak beberapa anak panah, dan dengan kuasa bintang-bintang yang menukarkan anak panah tersebut menjadi seperti helang membuatkan musuh-musuh mereka porak-peranda.

Dengan harapan yang kembali bersinar, Miya memimpin kaumnya keluar dari kuil tersebut bersama anak panah bintang setiap kali dia memanah, Akhirnya, Manusia dan Orc berundur. Enchanted Forest Berjaya diselamatkan dan Tuhan Bulan mengenali Miya sebagai kelahiran semula Tuhan Bulan.

Miya yang masih muda ketika itu tahu bahawa jika masalah ini tidak diselesaikan pada akarnya, p3rang tidak akan pernah tamat. Tuhan Bulan merestui perjalanannya dan Miya mengharapkan seorang raja baru yang dapat memberikan keamanan dan kedamaian pada dunia.

Sementara itu, ada juga makhluk berupa kucing bunian yang digelar sebagai Leonin yang turut menjadikan Enchanted Forest sebagai tempat tinggal selain Moon Elf. Mereka adalah bangsa kuno yang telah sekian lama menetap di hutan tersebut. Mereka comel, peramah dan tidak pernah terlibat dengan konflik dunia. Mereka juga mempunyai sifat semulajadi dengan menjadikan magis sebagai perkara biasa.

Nana antara seorang yang istimewa dalam kalangan Leonin. Dengan personalitinya yang sukakan cabaran, dia mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi terhadap perkara baharu dan dia berharap dapat melihat dunia yang luas dengan matanya sendiri.

Nana juga mempunyai sisi nakal yang seringkali membuatkan orang sekelilingnya terjebak dengan masalah. Dia dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai magis yang kuat, tetapi dia tidak pandai mengawalnya. Pernah satu ketika dia tidak dapat mengawal kuasa magisnya menyebabkan separuh hutan hancur. Nana mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tinggalnya untuk melindungi Leonin dari kuasa makan diri.

Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Miya yang ‘menutup’ kuasa magis Nana. Miya mengajar Nana rahsia Moon Elf mengawal kuasa magis. Nana yang cepat belajar dapat menguasai teknik tersebut dan dia menjadi salah seorang ahli sihir yang hebat dalam kalangan Leonin. Dia memilih untuk mengikuti Miya dalam perjalanan untuk mencari raja baru.

Nana juga bertemu dengan salah seorang rakannya, Harith. Di mana Harith tidak dapat mengawal perbualannya dengan Nana meskipun Nana menunjukkan tanda-tanda berminat terhadapnya. Harith tidak dapat mengawal perasaannya kerana dengan berdiam diri, itu adalah cara terbaik untuk Harith melindungi Nana.

Maka dengan sedikit pencerahan artikel ini, diharapkan pemain Mobile Legends dapatlah mengetahui sedikit sebanyak tentang karakter yang anda mainkan!a

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.