Mesin basuh elektronik adalah satu keperluan setiap rumah pada masa sekarang. Ianya memudahkan kerja manusia dalam proses mencuci pakaian. Hanya perlu masukkan sabun pencuci, tekan butang dan baju siap untuk disidai, lebih canggih lagi baju sudah dikeringkan.

Zaman dulu, sungai dan perigi adalah tempat untuk mencuci pakaian. Pakaian akan direndam dalam sungai dan arus sungai akan menghilangkan kotoran. Batu yang terdapat disitu akan dijadikan tempat untuk memberus pakaian.

Penduduk Rom purba mempunyai tempat khas untuk mencuci pakai, Fullonica. Pakai akan dimasukkan kedalam bekas yang diisi air dan dipijak-pijak. Air kencing adalah salah satu bahan yang terdapat dalam air rendaman untuk mencuci pakaian. Sejenis tanah liat bernama cimolian akan disadurkan pada pakaian untuk membuatkan pakaian lebih putih. Tempat dan laluan disekitar Fullonica akan dijadikan ampaian.

Fullonica of Stephanus

*Sumber gambar : Ancient Rome Building

Orang Eropah akan mencuci pakaian di sungai. Mereka rendam pakaian dalam sungai untuk seketika supaya kotoran dihilangkan oleh arus sungai. Papan cucian untuk mencuci direka untuk memudahkan kerja. Papan itu akan dijadikan tempat untuk memberus pakaian, berbanding memberus pakaian diatas batu atau tebing sungai yang telah ditambah dengan lantai konkrit.

Orang yang berada diatas kapal akan memasukkan pakaian didalam sebuah guni dan diikatkan dengan tali. Beg itu akan dibiarkan terendam dalam laut sambil kapal itu terus belayar. Arus air laut akan menghilangkan kotoran yang terdapat pada pakaian.

Inovasi Reka Bentuk

Pada tahun 1851, James King mengeluarkan paten untuk mesin basuh yang mempunyai drum untuk mengisi pakaian cucian. Walaupun peranti itu separuh mekanikal, tenaga fizikal telah berkurangan. Mesin ciptaan James King mempunyai enjin yang menggunakan engkol yang perlu diputarkan secara manual untuk memutarkan drum cucian.

Mesin Basuh Rekaan James King

Henry  Sidgier, seorang British telah mereka bentuk sebuah mesin basuh manual kepada isterinya sebagai hadiah. Mesin ini menggunakan tangan untuk memutarkan pakaian yang diletakkan didalam tangki cucian secara manual. Paten pertama untuk mesin basuh mesin berputar telah dikeluarkan oleh Henry pada tahun 1782.

Terdapat beberapa reka bentuk bahasa Inggeris yang dipatenkan sebelum 1800. Mesin Rogerson (1780) dan Sidgier (1782) adalah dua yang paling awal.

Di US, Nathaniel Brigg menerima paten mesin basuh pertama pada tahun 1797. Akan tetapi, akibat kebakaran yang berlaku di Pejabat Rekod Paten pada tahun 1836, tiada maklumat yang tinggal untuk rekod ini.

Pada tahun 1767, saintis Jerman Jacob Christian Schaffer telah mereka bentuk mesin basuh pertama. Schaffer adalah sarjana dalam bidang teologi dan falsafah.  Lukisan mesin basuh awal muncul dalam majalah The Gentlemen’s Magazine, edisi 1752, sebuah penerbitan British. Reka bentuk mesin basuh Jacob Christian Schäffer telah diterbitkan 1767 di Jerman.

Pada tahun 1766, beliau mengumumkan versi terbaru mesin basuh dalam sebuah buku yang menerangkan kelebihan, dan penerangan berkenaan eksperimen membasuh pelbagai jenis pakaian.

*sumber : old and interesting website, History of washing machines up to 1800

Edward Beetham berjaya memasarkan dan menjual pelbagai ‘ paten kilang mencuci ‘ di seluruh England pada tahun-tahun awal tahun 1790-an .

Mesin Basuh Berkuasa Elektrik

Mesin basuh bertenaga elektrik datang ke pasaran pada awal abad ke-18. Mesin pertama digelar The Thor. Alva J. Fisher menciptanya pada tahun 1901. Ia menampilkan ruang tub galvani yang dikuasakan menggunakan motor elektrik.

Pada tahun yang sama, drum logam menggantikan drum kayu. Hurley Machine Company mengeluarkan mesin basuh elektrik terawal menggunakan prototaip Fisher pada tahun 1908. Paten untuk peranti ini dikeluarkan pada 9 Ogos 1910.

Joe Barlow dan John Seeling mengasaskan Barlow & Seeling Manufacturing, kemudian ditukar Speed ​​Queen. Barlow & Seeling menambahbaik rekaan  mesin basuh elektrik, menjadikannya lebih selamat dan lebih cekap, dan kemudian mula menjual modelnya sendiri pada ttahun 1911.

Speed Queen Model 1939

Bendix Corporation telah mematen mesin basuh automatik domestik pertama pada tahun 1937. Mesin ini mempunyai kaki yang dipasak ke lantai untuk mengelakkan mesin tersasar dari kedudukan semasa drum mesin basuh berputar. Ia mempunyai pintu kaca untuk memudahkan pengguna melihat bahagian dalam, drum yang berputar dan pemasa mekanikal yang berkuasa elektrik. Mesin itu boleh isian air semula secara automatik, basuh, bilas dan pengeringan.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama mesin basuh yang terdapat di pasaran pada hhari ini. Walaupun setiap mesin moden mempunyai ciri-ciri unik yang dipatenkan, mereka semua meminjam beberapa aspek mesin basuh awal.

Prestasi tidak lagi menjadi masalah dalam mesin basuh seperti mesin basuh dahulu. Reka bentuk mesin basuh hari ini tertumpu terutamanya pada kecekapan dan mengurangkan penggunaan tenaga dan air.

RUJUKAN:

  1. History of washing machines up to 1800 ,Early washing machines, inventors, advertising, washerwomen, Old and Interesting Website. http://www.oldandinteresting.com/history-washing-machines.aspx
  2. Speed Queen Website. https://speedqueeninvestor.com/speed-queen-110-years-in-the-business

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.