1. Masjid Nabawi yang berada di Madinah al Munawarah adalah salah satu dari tiga tempat suci dalam agama Islam. Dua tempat suci lagi adalah Masjid Al Aqsa di Palestin dan Masjid Al Haram di Makkah.

2. Orang pertama yang menjadi Imam solat Masjid Nabawi adalah Rasulullah saw sendiri.

3. Masjid Nabawi adalah bangunan pertama di Jazirah Arab yang mendapat sambungan tenaga elektrik pada tahun 1909M seperti yang tercatat di dalam kitab al Mudun al Muqaddasah Wa al Haj Wa al Alam al Islamiy.

4. Nabi saw mengasaskan pembinaan masjid ini pada tahun pertama Hijrah.

5. Menurut Syaikh Saiful Rahman Al Mubarakfuri di dalam kitab sirah beliau ‘Ar Rahiq Al Makhtum’, Masjid Nabawi sebenarnya adalah masjid kedua yang dibina di Madinah (nama sebelum adalah Yathrib) oleh Rasulullah saw kerana Rasulullah saw terlebih dahulu membina Masjid Quba’.

6. Ketika awal dibina, keluasan masjid Nabawi hanya 98 kaki dengan 115 kaki. Ini seperti yang dinyatakan oleh Zafar Bangash dalam artikelnya, “Sejarah Masjid Nabi dan Kubah Hijau”, diterbitkan oleh Jurnal Institut Pemikiran Islam Kontemporari (ICIT).

7. Paling istimewa, Masjid Nabawi memelihara satu taman dari taman-taman syurga sepertimana disebut dalam banyak kitab karangan para ulama’.

8. Menunaikan solat di Masjid Nabawi lebih baik dari seribu solat yang ditunaikan di masjid biasa (selain masjid al Haram) seperti sabda Rasulullah saw, “solat di masjidku ini lebih utama (afdhal) 1000 kali dari solat di tempat lain kecuali di Masjid al Haram” (HR Bukhari).

9. Telah datang Hadis di dalam Sahih Bukhari dari Abu Hurairah berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad saw pernah bersabda, “antara rumahku dan mimbarku ada satu taman dari taman-taman syurga”.

10. Di mihrab Nabi saw adanya tiang Mukhallaqah iaitu tepatnya di bekas batang korma yang sering digunakan Nabi ketika khutbah ataupun solat.

11. Sebuah riwayat menyebutkan bahwa Rasulullah saw solat dekat batang kurma sebab dahulunya masjid dibuat dari pelepah kurma, baginda juga berkhutbah pada batang kurma itu, sampai seorang sahabat berkata: Wahai Rasulullah, apakah engkau izinkan jika kami buatkan sesuatu untuk berdiri di hari Jumaat, agar orang boleh melihat dan mendengar suara mu? Baginda berkata : ‘ya’. Maka dibuat lah tiga tingkat.

12. Setelah dibuat, (mimbar) itu diletakkan di tempat berdiri Rasulullah saw, dan ketika Rasulullah saw akan menuju mimbar, baginda melalui batang kurma yang dulu digunakannya berkhutbah.

13. Apabila Rasulullah melalui batang kurma tersebut, batang kurma itu menjerit dan saat jeritan itu terdengar, Rasulullah saw turun dan mengusap batang kurma itu dengan tangan hingga tenang, kemudian baginda kembali ke mimbar. Apabila solat, baginda juga solat di tempat itu.

14. Imam Bukhari meriwayatkan bahwa suara jeritan itu seperti suara rintihan unta yang sedang hamil 10 bulan.

15. Masjid Nabawi dibangunkan pada tahun 632 Masihi bersebelahan tempat kediaman Rasulullah saw dan telah berlaku banyak pembangunan sejak zaman dahulu dan pembinaan paling pesat berlaku di zaman pemerintahan Almarhum Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud (1924-2015M).

16. Tujuan pembangunan tidak lain adalah untuk menampung bilangan para jemaah yang hadir dari pelosok dunia terutama di musim haji.

17. Berdasarkan keluasan sekarang, Masjid Nabawi boleh menampung 1.8 Juta jemaah dalam suatu masa.

18. Menurut Prof Spahesh Omar bahawa keluasan masjid Nabawi pada hari ini 100 kali ganda lebih besar dari masjid nabawi yang asal dan pembinaan sekarang meliputi semua kota lama yang berada di zaman Rasulullah.

19. Dinding Masjid Nabawi kini berada bersebelahan Lembah Baqi’ yang dahulunya terletak di luar kota pada zaman Rasulullah.

20. Sebagai umat Islam, kita mesti menyimpan hasrat untuk menjejak kaki menziarah Masjid Nabawi kerana yang paling terindah di sini ialah adanya Makam Rasulullah saw. Selain itu, terdapat juga dua makam dua sahabat Nabi iaitu Sayyiduna Abu Bakar As Sidq dan Sayyiduna Umar Al Khatab.

21. Sesuatu itu menjadi mulia berdasarkan apa yang disandarkan, kertas putih tiada kemuliaan, tapi jika di tulis ayat-ayat Allah padanya, kertas putih terus menjadi mulia kerana kemuliaan ayat-ayat Allah malah haram dilangkahi dan diletak di tempat rendah. Demikian juga Masjid Nabawi, kelebihannya kerana disebut dalam hadis dan kemuliaanya kerana menyandar akan kemuliaan Rasulullah saw.

Anda rindu dan jatuh hati kepada Masjid Nabawi? Sila SHARE supaya kawan-kawan FB mendapat manfaat juga.

Baca lanjut –

1. BBC Arabic / Maza Ta’rifu An Al Masjid An Nabawi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.