“I am the monster parents tell their children about at night.”

Bagi yang membaca kata-kata ini, sudah pasti anda mengenali individu yang dimaksudkan. Loki versi Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dilakonkan oleh pelakon British, Tom Hiddleston sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dunia komik. Tetapi ramai sudah lupa Loki versi mitos Norse jauh berbeza berbanding watak yang diperkenalkan oleh Stan Lee, Larry Lieber dan Jack Kirby pada tahun 1962.

Maklumat paling banyak tentang Loki boleh dilihat dalam Prose Edda yang dikarang oleh Snorri Sturluson sekitar 1220 Masihi. Buku ini merupakan salah satu sumber utama mitologi Norse di Iceland pada abad ke-13. Nama Loki juga turut disebut dalam sajak-sajak skaldic (sajak-sajak pra-Kristian dan era Viking yang dibaca sebagai hiburan kepada para raja dan bangsawan) dan Lokasenna and the Þrymskviða dari Poetic Edda yang dikarang sekitar 1270 Masihi.

Tetapi ramai merasakan sumber dari Poetic Edda ini sebenarnya menunjukkan cerita-cerita ini sudah wujud sejak abad ke-10 lagi. Begitupun, nama Loki tidak disebut dalam mana-mana karya sastera yang lebih tua seperti Vafþrúðnismál, Grímnismál dan Gesta Danorum. Ini menunjukkan kisah Loki hanya berlegar sekitar wilayah utara Germania dan tiada watak sama dengannya dalam mitos Germania seperti dewa-dewi Norse yang lain.

Tambahan pula, Loki juga tidak mempunyai mana-mana kultus yang dikaitkan dengannya sekaligus menyaksikan tiada sebarang rekod arkeologi yang menampilkan Dewa Penipuan itu. Apa yang ada ialah tekaan berkenaan identiti figura pada batu atau artifak seperti imej pada batu Snaptun yang diukir sekitar 1000 Masihi.

Ukiran ini dikatakan mengandungi imej Loki kerana mengikut Prose Edda, dalam satu cerita, Loki terpaksa membayar harga mahal dengan mulutnya dijahit. Imej seorang lelaki yang dijahit mulutnya menyerupai penerangan yang dikatakan dalam buku berkenaan. Walaupun batu ini dijumpai dan dipamerkan di Denmark, batu tersebut sebenarnya berasal dari Norway atau barat Sweden.

Mengikut mitologi Norse, Loki ialah anak kepada Farbauti si gergasi/jotun dan isterinya dewi Laufey atau NAL (dalam versi komik Marvel dan MCU, Laufey ditonjolkan sebagai lelaki dan raja Jotunheim). Dengan latar belakang kacukan ini, ia dapat menjelaskan kerumitan perwatakannya memandangkan dewa-dewi Norse dan golongan gergasi saling bermusuhan antara satu sama lain.

Loki berkahwin dengan seorang dewi lain bernama Sigyn dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Nari/Narfi (ia bermaksud m4y4t dalam Bahasa Norse). Namun begitu, Loki tidak pernah puas dan mempunyai hubungan sulit dengan seorang gergasi bernama Angrboda yang menghasilkan tiga cahaya mata.

Mereka ialah Hel dewi alam barzakh, Fenrir si serigala yang akan memakan Odin semasa Ragnarok (hari kiamat versi Norse) dan Jormungadr si ular tedung dari Midgard. Dalam satu cerita lain, Loki juga boleh bertukar jantina dan melahirkan seekor kuda berkaki lapan bernama Sleipnir, ironinya kuda milik Odin. Ini berlaku selepas dia menyamar sebagai kuda betina dan mengawan dengan seekor kuda jantan.

Keupayaannya mengubah bentuk atau menyamar merupakan antara motif yang kerap disebut dalam kisah-kisah Loki. Dalam kebanyakan kisah, dia boleh menyamar sebagai burung helang, lalat dan kutu (serangga dan organisma), ikan dan anjing laut (hidupan akuatik) atau bertukar jantina seperti anak dara atau wanita tua.

Dalam kebanyakan kisah AEsir (keluarga dewa-dewi Norse), Loki banyak mencetuskan keributan yang memeningkan kepala dewa-dewi Norse termasuk Thor dan Odin. Salah satu daripadanya menjadi pencetus insiden Ragnarok iaitu pembvnvhan Dewa Baldr. Mengikut riwayat Prose Edda, Baldr dikurniakan kelebihan kebal daripada semua perkara yang boleh menyakitinya hasil permintaan ibunya, Frigg kecuali daun mistletoe.

Melihat situasi tersebut, maka dewa-dewi Norse mula bergurau dengan mem4n4hnya dan seperti dijangka, semua p4n4han mereka tak lut. Tetapi semua itu berubah apabila Loki memberi sebatang p4n4h yang diperbuat daripada daun mistletoe kepada abang Baldr yang buta, Hodr. P4n4han Hodr menyaksikan Baldr terbvnvh dan ia mengundang keributan dalam kalangan mereka.

Rajah 1: Baldr’s D34th oleh Christoffer Wilhelm Eckersberg.

Cubaan mereka mendapatkan kembali Baldr dari alam barzakh juga tidak berhasil gara-gara campur tangan Loki. Berang dengan gangguan Dewa Penipu itu, mereka merantainya pada seketul batu dengan seekor ular tedung diletakkan di atas sebatang dahan pokok sebagai pengawasnya. Dengan tindakan itu, Loki tidak akan terlepas sehingga Ragnarok dan sesiapa yang cuba melepaskannya akan dipatuk.

Rajah 2: The Punishment of Loki oleh J.D. Penrose

Peristiwa inilah yang membawa kepada Ragnarok dengan dewa-dewi Norse berlawan dengan angkatan alam barzakh dengan dunia kemudiannya mvsn4h dijilat api. Loki juga menjadi antagonis utama dalam peristiwa ini dengan mengetuai jotun di medan pep3r4ngan.

Dalam kisah lain, Loki juga terkenal dengan kelancangan mulutnya tetapi tidak mempunyai niat jahat. Misalnya dalam sajak Lokasenna (fitnah Loki) dari Poetic Edda menceritakan pada satu ketika, dewa-dewi Norse sedang enak menikmati hidangan dan minuman yang disediakan dalam sebuah dewan. Apabila mereka melihat Loki, mereka mahukan Dewa Penipu itu tidak dibenarkan masuk selepas membvnvh seorang khadam.

Rajah 3: Lakaran Loki bertelagah dengan AEsir selepas melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mereka dalam Lokasenna.

Akhirnya, dia dibenarkan masuk atas sebab Loki merupakan saudara kandung Odin (dalam komik dan MCU, Odin ialah bapa angkatnya). Malangnya, sebaik saja masuk ke dalam, Loki secara tiba-tiba menghina dan memfitnah semua hadirin dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal.

Ada ketikanya, perlakuannya bersifat gurauan semata-mata lebih-lebih lagi sekiranya dia boleh memberi solusi kepada masalah yang dicetuskannya. Contohnya, pada satu ketika, Loki mem0t0ng semua rambut isteri Thor, Sif kerana mempunyai niat busuk hati. Dia kemudiannya meminta orang-orang kerdil Svartalfheim menghasilkan rambut palsu yang diperbuat daripada emas untuk Sif selepas diugut dib3l4s4h Thor.

Dan ada ketikanya, Loki menjadi watak pembantu atau hero dalam kisahnya. Misalnya dalam Þrymskviða, Thor meminta bantuannya mencari tukul Mjolnir selepas tukul tersebut hilang. Loki mencari tukul tersebut hingga ke negeri gergasi Jotunheim dan bertanya kepada seorang gergasi bernama Þrymr sama ada pernah melihat tukul tersebut atau tidak.

Siasatan Loki mendedahkan pencuri tukul Thor itu sememangnya Þrymr dan dia bersedia memulangkannya sekiranya Freyja, salah seorang dewi Norse dikahwinkan dengannya. Tidak bersetuju dengan usul tersebut, kedua-dua dewa Norse itu berpakat menerusi tipu helah licik (Loki menyamar sebagai Freyja untuk mendapatkan Mjolnir). Tipu helah tersebut berhasil dan Þrymr kemudiannya dihukum atas tindakan bodohnya itu.

Dalam variasi kisah yang lain, seorang gergasi diminta oleh AEsir untuk melakukan pengubahsuaian istana di Asgard. Si gergasi bersedia berbuat demikian dengan syarat Freyja ditukarkan sebagai bayaran. Tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut, Loki membuat helah yang mengakibatkannya terlepas tarikh akhir pengubahsuaian.

Berang dengan tipu helah yang dimainkan Dewa Penipuan itu, si gergasi meng4nc4m mahu membvnvh mereka semua. Tetapi 4nc4mannya dihentikan oleh Thor dengan sang gergasi tumbang di tangannya sekaligus membolehkan Freyja merdeka. Kisah ini diceritakan secara panjang lebar dalam Gylfaginning.

Dalam kebanyakan sajak yang menampilkan Loki seperti Ynglingatal, Haustlǫng, Húsdrápa dan Þórsdrápa dari abad kesembilan hingga abad ke-11, sajak-sajak ini menonjolkannya sebagai wira yang menyelesaikan masalah sebelum ia perlahan-lahan beralih kepada sisi gelapnya yang ditampilkan oleh Sturluson.

Jadi, kenapa wujud kontra dua personaliti Loki ini? Menurut Dr William Sayers, wujud kemungkinan pandangan sinis orang terhadap latar belakangnya yang berdarah gergasi yang sama sekali berbeza dengan AEsir lain termasuk Odin. Justeru, dengan menonjolkan sisinya sebagai penyelesai masalah, ia dilihat sebagai satu cubaan meraih perhatian dan kasih sayang dewa-dewi Norse yang lain.

Yang pasti, penjelasan sebegini memperlihatkan Loki bukan watak bersifat satu dimensi semata-mata. Terdapat pelbagai jenis lapisan personalitinya, sesetengah daripadanya diterjemahkan ke layar perak menerusi versi MCU yang dibawa Hiddleston. Dan itu menjadikan figura Norse sepertinya terus hidup dalam imaginasi orang ramai hari ini.

RUJUKAN:

Groeneveld, Emma. (2017). Loki. Ancient.eu. https://www.ancient.eu/Loki/

Winters, Riley. The Enigmatic Loki, A Trickster Among Gods in Norse Mythology. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-europe/enigmatic-loki-trickster-among-gods-norse-mythology-002484


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.