Sejarah Logo Paling Ikonik Di Dunia – Tayar Michelin

755

Pemilihan tayar menjadi aspek penting dalam pengendalian kenderaan, pembeli yang mempunyai bajet lebih akan mencari jenis tayar yang berkualiti dan tahan lasak di atas jalan raya.

Jenama-jenama tayar di pasaran memiliki gred dan kelas tersendiri bermula dari kelas premium seperti Dunlop dan Michelin, Firestone dan Hankook berada dalam kelas pertengahan, sementara Maxxis dan Apollo merupakankelas ekonomi tayar sederhana terbaik sehingga peringkat tayar jenis bajet dan berharga murah.

Jadi anda guna tayar jenama apa untuk kegunaan kenderaan harian? Dunlop, Hankook atau Maxxis? Tetapi bagaimana pula dengan jenama Michelin?

Walaupun tayar Michelin menjadi pengeluar tayar terbesar dan dikenali dunia, namun kisah menarik disebalik penciptaan karakter Michelin Man (atau dikenali sebagai Bibendum) pada syarikat Michelin jarang diketahui.

Penciptaan karakter Michelin Man

Syarikat pengeluar tayar tersebut diasaskan oleh dua orang adik-beradik iaitu Édouard Michelin dan André Michelin pada 28 May 1889, kira-kira 131 tahun lalu di sebuah kota Clermont-Ferrand, Perancis.

Umumnya, setiap syarikat mempunyai logo atau trademark tersendiri bagi membina jenama perniagaan mereka. Bagi Michelin, karakter Michelin Man menjadi tanda simbol ikonik dalam penjenamaan syarikat mereka.

Ada sesuatu yang unik dalam menghasilkan karakter Michelin Man. idea awal penciptaan karakter itu bermula apabila André dan Édouard berada dalam sebuah pameran Lyon Universal Exhibition pada tahun 1894 apabila mereka berdua melihat timbunan tayar di hadapan akan membentuk ‘fizikal manusia’ jika ditambah tangan.

Empat tahun kemudian, Setelah André melihat sebuah iklan dalam bentuk sketching itu menunjukkan sebuah restoran Perancis berkonsepkan Brasserie yang dilukis oleh O’ Galop. Dari sini tercetus ilham beliau untuk melakukan modifikasi pada idea awal yang didapati beberapa tahun lepas.

Kenapa tidak jika mereka menggantikan timbunan tayar berupa ‘lelaki’ dengan memegang segelas bir berisi paku?

Petikan daripada seorang pemuisi Roman bernama Horace ‘Nunc esl Bibendum’ yang membawa maksud ‘Masa untuk minum’ yang kemudian digunakan Michelin.

Slogan tersebut merupakan trademark terawal dan yang pernah digunakan Michelin dalam penjenamaan tayar mereka.

Tak lama kemudian, Michelin Man ‘dilahirkan’ dan mainkan peranan utama dalam syarikat sebagai ‘duta besar’ diseluruh dunia bagi syarikat pengeluar tayar terbesar.

Sekilas fakta tentang Michelin Man:

  • Watak dan sikap Michelin Man berbeza mengikut tempat dipasarkan.
  • Michelin Man pernah digambarkan sebagai watak Gladiator, Penari, malah menjadi Ahli Diplomat di dalam pasaran Itali.
Michelin Man digambarkan sebagai Ahli Diplomat yang disanjung wanita Itali
Michelin di Afrika Utara 1914 – René Vincent
  • Maskot Michelin di Afrika Utara mengadaptasi budaya masyarakat setempat dengan mengenakan pakaian suku Badwi.

Sehingga 1930an, imej Michelin Man diseragamkan dan diubah suai berikutan karakter itu mengadaptasi evolusi tayar, ia nampak lebih realistik dan bersifat sportif sebagai simbolik sikap berlumba Michelin Man.

Pada tahun 1998, Michelin sekali lagi membuat penampilan baharu pada watak ikonik mereka dengan mengubah suai supaya ia kelihatan lebih dinamik dan moden.

Selain penjualan tayar, Michelin Stars atau Red Michelin Guide dijadikan rating system dan panduan rujukan hotel dan restoran Eropah yang memberikan penghargaan hingga tiga bintang Michelin untuk sesebuah syarikat terpilih.

Michelin menggunakan sebilangan besar seniman yang masing-masing membawa tafsiran mereka sendiri terhadap watak itu.

Untuk pemahaman lebih jelas, karakter fiksyen ini direka bagi tujuan komersial. Maka ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bentuk untuk mempromosi penjenamaan syarikat tayar. maka tak hairan jika maskot Michelin boleh berubah pelbagai sikap dan watak mengikut negara.

Setelah lebih 100 tahun, maskot Bibendum masih kelihatan di seluruh dunia.

RUJUKAN:

The birth of the Michelin Man

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.