Sejarah Kung Fu M4buk

1,043

Bagi peminat filem kung fu, sudah pasti mengenali nama-nama seperti Jackie Chan, Jet Li, Sammo Hung dan Donnie Yen. Filem-filem sebegini yang mengangkat mereka sebagai bintang filem aksi Hong Kong terkenal. Dan bagi Jackie Chan, filem kung fu yang mengangkat namanya ialah filem Drunken Master yang ditayangkan pada tahun 1978 yang menyaksikan Jackie memegang peranan sebagai versi muda Wong Fei-hung yang mempraktikkan kung fu m4buk. Tetapi apa itu kung fu m4buk?

Disebabkan rekod sejarah yang sedikit berkenaan seni mempertahankan diri ini, tidak diketahui bagaimana kung fu m4buk ini bermula termasuk siapa pengamal kung fu sebegini dan susur-galur guru kung fu m4buk. Rekod bertulis pertama yang merujuk kepada kung fu m4buk novel klasik Water Margin.

Novel yang dikatakan ditulis pada abad ke-14 ini menceritakan pemberontak Dinasti Song dan protagonis Wu Song sebagai pakar kung fu mabuk. Sementara manual kung fu dari abad ke-18 menceritakan ia merupakan gaya 8 jenis kung fu mabuk yang diamalkan sami-sami Shaolin. Manakala kung fu Hung Ga pula melihat asal-usul kung fu ini diajar oleh So Chan/Beggar So, sama seperti yang diceritakan dalam Drunken Master.

Versi Buddha pula menceritakan gaya kung fu m4buk ini bermula dari Liu Qizan, seorang pakar seni mempertahankan diri semasa Dinasti Song. Selepas terlibat dalam satu insiden yang mengakibatnya terbunuh seseorang secara tidak sengaja, beliau merasa menyesal lalu menjadi sami untuk mengelak dibicarakan.

Bagaimanapun, itu tidak menghilangkan rasa sukanya kepada minuman keras dan pada satu ketika, Liu minum wain beras terlalu banyak sehingga m4buk. Bila perkara tersebut diketahui oleh sami-sami lain, beliau dihalau keluar dari kuil tetapi tidak sebelum Liu menewaskan 30 sami lain secara berseorangan dalam keadaan m4buk. Selepas kembali segar keesokan harinya, Liu mengkaji semula pertarungannya dan menambahbaik gaya pertarungan sekaligus menjadi asas kepada kung fu m4buk.

Sementara versi Taoist pula menceritakan kisah lapan orang individu bertaraf dewa (berdasarkan kepada kisah Lapan Cendekiawan Abadi Han). Dalam satu perjalanan, mereka berhenti seketika untuk berehat dan minum sehingga m4buk. Bila sudah m4buk, seperti biasa mereka berkelakuan kasar dan bising sehingga menimbulkan kemarahan dewa laut. Akibatnya, dewa itu menghantar lawan kepada lapan individu tersebut sebagai pengajaran. Tetapi entah bagaimana, kesemua lapan individu itu berjaya mengalahkan lawan masing-masing dengan gaya pertarungan yang unik dan bukan konvensional.

Menurut guru seni mempertahankan diri terkenal, Master Philip Wong, walaupun teknik kung fu m4buk nampak tidak sekata tetapi ia masih memerlukan kemahiran tinggi untuk mengamalkannya. Beliau berkata, “Semasa mempraktikkannya, anda perlu bertenang dan pergerakan anda perlu bebas. Bila lawan anda memikirkan anda berada dalam keadaan mudah terdedah, itulah masa untuk menyerang secara mengejut.” Walaupun Wong turut menambah ahli-ahli seni mempertahankan diri yang berkemahiran tinggi juga bergelut menguasai sesetengah kemahiran kung fu ini, hakikatnya ia tidaklah mustahil untuk dipelajari.

Tiga pergerakan utama yang perlu diketahui ialah pergerakan minum (pergerakan tangan), pergerakan pinggang (mengelak) dan pergerakan jatuh (menyerang dan mengelak). Walaupun pergerakan-pergerakan ini nampak mudah tetapi ia boleh menewaskan lawan yang tidak sedar. Pergerakan minum lebih kepada serangan ke atas titik-titik sensitif dan bahagian tengah pihak lawan.

Sementara pergerakan pinggang ialah perbuatan mengelak tetapi dijadikan helah untuk memerangkap lawan sekaligus membolehkan pihak lawan diserang bila berada pada keadaan paling lemah. Sementara pergerakan jatuh pula juga merupakan helah bukan saja untuk mengelak tetapi juga menyerang dan memerangkap pihak lawan dalam keadaan paling lemah sekaligus memudahkan serangan ke atas titik-titik penting lawan.

Jika hendak mengamalkan kung fu m4buk, si pengamal harus berwaspada dengan potensi bahaya seperti kec3deraan serius jika jatuh pada bahagian yang salah. Ini sekaligus menunjukkan si pengamal harus mempunyai kekuatan dan ketahanan badan yang baik. Ini kerana pengamal kung fu m4buk bukan sekadar mempunyai tubuh yang anjal dan kuat tetapi juga fleksibel dan bebas dari segi pergerakan.

Dan bagi menampakkan kung fu ini seperti pergerakan orang m4buk, pengamalnya harus meniru pergerakan orang m4buk dan bukan sekadar melenggokkan badan semata-mata. Tambah Wong, “Terdapat ramai pengamal wushu yang hanya tahu bentuk dan bukan pertarungan. Memahami aplikasi pertarungan amat penting untuk membantu anda mengetahui bentuk seni mempertahankan diri dengan lebih baik.” Ini membantu si pengamal menjadi lebih kuat dan menunjukkan prestasi dinamik di gelanggang.

Walaupun kung fu terutama kung fu m4buk mempunyai teknik-teknik yang dianggap berbahaya, ia juga merupakan satu bentuk kesenian dan satu cara menambahbaik diri sendiri. Ini diakui sendiri oleh Wong di mana semasa beliau mula mempelajarinya, beliau hanya mahu bertarung. Tetapi Wong merasa bertuah kerana dibimbing oleh Master Jeff Wong yang turut mengajarkannya meditasi dan pelbagai aspek bukan pertarungan membabitkan kung fu.

Bila ditanya manfaat mempelajari kung fu, Wong mengingatkan ia hanya dilakukan demi mempertahankan diri atau bila nyawa terancam. Tambahnya lagi, kunci utama ialah untuk tidak menjadi tidak terkawal sebaliknya kung fu perlu diamalkan dalam suasana yang bersifat terkawal.

RUJUKAN:

Chen, Calvin. (2000). Drunken Kung Fu. Kung Fu Magazine. http://www.kungfumagazine.com/magazine/article.php?article=129

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.