Pergolakan yang berlaku dalam dunia Kristian di eropah yang membabitkan mazhab Khatolik dengan mazhab Protestan telah menjadikan paderi-paderi mazhab ini telah berlumba-lumba untuk menyebarkan ajaran Kristian mazhab masing-masing diluar daripada eropah.

Dalam agama Kristian sebenarnya terdiri daripada pelbagai aliran yang mana setiap aliran ini saling bertentangan sesama sendiri sehingga membawa kepada kafir-mengkafir dan pertumpahan darah. Agama Kristian berkecamuk dalam mencari siapa yang benar. Gereja di Timur mengalami perpecahan kepada beberapa gereja seperti Koptik, gereja Yakobit, gereja Nestorian, gereja Maronit, gereja Ortodok Timur, dan juga gereja Armenia.

Dalam intitusi gereja di Barat pula terbahagi kepada Katolik Roma dan juga Protestan. Dalam gereja Protestan itu pula terbahagi pula kepada beberapa bahagian iaitu gereja Angelican-Episcopal, gereja Methodis, gereja Lutheran, gereja Bala Keselamatan, gereja Calvinis, gereja Mannonit, gereja Baptis dan banyak lagi aliran yang lainnya.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Protestan ialah satu aliran baru Kristian yang dipimpin oleh Martin Luther yang akhirnya menjadi satu aliran terbesar dan tertua dalam aliran Protestan. Sebelum Revolusi yang dilancarkan oleh Martin Luther, sebenarnya sudah ada gerakan pembaharuan gereja sebelum itu seperti yang dipimpin oleh John Wycliffe sekitar tahun 1329-1384 masihi di Britain.

Selain itu, pembaharuan ajaran Kristian juga berlaku di Bohemia pada tahun 1373-1415 oleh Johannes Hus. Namun gerakan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak berjaya mungkin kerana pada masa itu, masyarakat Kristian masih berpegang kuat kepada Kristian yang mereka anuti tanpa mempersoalkan tindakan pihak gereja.

Sebelum Martin Luther memulakan dakyahnya, kuasa Paus (ketua Kristian Khatolik)  di Rom amat kuat sehingga tiada yang boleh menentang sehinggakan usaha pembaharuan yang dilakukan oleh mereka itu menjadi sia-sia. Pada zaman Martin Luther, keadaan masyarakat sudah dikira matang bahkan raja-raja di Eropah sudah mula mahu membebaskan kuasa daripada Paus di Rom.

Di Jerman, masih ada raja yang setia kepada Paus di Rom tetapi sebahagiannya sudah mula menolak kekuasaan Paus. Semangat nasionalis di Jerman sudah berkembang pada masa ini dimana mereka ini sudah tidak mahu tunduk kepada kekuasaan asing yang bukan daripada bangsa Jerman.

Raja-raja yang menentang kekuasaan Paus telah bertindak menyokong Reformasi yang dilakukan oleh Martin Luther dan kawannya. Di Eropah juga pada kurun ke 15 tersebut, gerakan Reinessence sedang rancak kembali. Orang Eropah telah melihat kepentingan pembaharuan yang perlu mereka lakukan.

Pembaharuan dilakukan dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, ekonomi, sosial serta keagamaan. Martin Luther telah berusaha mempelajari Bible dalam bahasa Yunani dan Ibrani dan seterusnya menterjemahkan kepada bahasa Jerman iaitu sesuatu yang amat ditegah pada waktu itu.

Selain menterjemahkan Bible, Martin Luther bersama kawannya juga telah menterjemahkan banyak karya-karya ketua gereja pada zaman awal Kristian. Pada zaman Renaisence ini juga telah melahirkan pelbagai fahaman baru antaranya fahaman Humanisme yang menggabungkan konsep falsafah Yunani dan juga kepercayaan Kristian.

Antara tokoh terkenal fahaman Humanisme ialah Desiderius Erasmus yang mana Martin Luther sering berbincang dan berdiskusi dengannya dalam pelbagai perkara. Antara pencapaian terbesar dalam Renaisence di Eropah ialah penemuan mesin cetak oleh Johannes Getenburg. Walaupun teknologi percetakan telah lama ditemui oleh orang China namun di Eropah ia hanya bermula dengan ciptaan Johannes Getenburg di Mainz pada 1454.

Penemuan mesin cetak ini amat penting kerana ia bertindak sebagai pencepat dalam penyebaran ajaran Protestan. Karya-karya Martin Luther dan kawannya telah tersebar dengan cepatnya kerana bahan-bahan mampu dihasilkan dalam masa yang singkat.

Martin Luther telah dilahirkan di Esleban Jerman pada  10 November 1483 dan meninggal pada 1546. Ia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat taat kepada ajaran Kristian Khatolik. Ayahnya bernama Hans Luther dan ibunya bernama Margaretta. Semasa berumur 21 tahun Martin Luther telah melanjutkan pelajaran di Universiti Erfurd dalam bahagian Undang-Undang namun belum sempat memhabiskan pelajarannya, beliau telah bertindak berhenti dari belajar untuk menjadi paderi/rahib di gereja Santo Augustin.

Martin Luther menamatkan pengajiannya setelah berlaku sesuatu peristiwa dalam hidupnya. Dia dikatakan telah berjalan semasa hujan dari Mansfeld ke Erfurd pada 2 jun 1505. Beliau merasa amat takut dan merebahkan diri ke tanah dan berdoa kepada Santa Anna supaya mengelak dari bahaya petir dan bernazar untuk menjadi Biarawan.

Akhirnya beliau dengan ditemani oleh kawannya ke gereja Augustine tanpa diiringi oleh kedua ibubapanya kerana tidak bersetuju dengan tindakannya berhenti belajar ilmu guaman.

Martin Luther amat tegas dalam pembelajaran dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sehingga paderi di gereja tersebut telah memintanya untuk mempelajari teologi Kristian. Dalam masa 2 tahun sahaja beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya dan dilantik menjadi Paderi sekitar tahun 1507.

Nama beliau naik dengan cepatnya sehingga pada tahun 1512, beliau telah dianugerah dengan gelaran doktor dan menjadi guru besar teologi bahagian Kitab Suci di Universiti Wittenburg. Tugas utama beliau disini ialah mentafsir Bible dan juga memeriksa kitab asli. Disinilah, beliau mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Jerman supaya bangsanya dapat membaca Bible kerana selama ini hanya golongan agama sahaja yang boleh membaca bible yang ditulis dalam bahasa Latin .

Selepas sekian lama terlibat dalam ajaran Kristian, Martin Luther semakin memikirkan tentang cara ingin selamat dalam ajaran Kristian. Oleh itu,beliau telah menafsirkan Bible berlainan daripada tafsiran gereja Katolik. Dengan menggunakan penafsiran sendiri Martin Luther merasakan dirinya selamat dalam menempuh ajaran Kristian. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1514, dimana penafsiran Martin Luther ini bermula apabila beliau menemukan kebenaran melalui kesaksian Paulus dalam Roma 1:16-17.

Pemahaman Martin Luther ini telah menyebabkan beliau mentafsir Bible dalam pemahamannya sendiri, dimana sinilah bermulanya banyak pertentangan dengan puak Katolik. Tuhan yang difahami oleh Martin Luther adalah “Tuhan” yang berbeza sebagaimana yang dipegang oleh puak Katolik dan ajaran Martin Luther ini mula tersebar di Universiti Wittenburg sekaligus menjadi pusat gerakan Reformasi.

Penyebab kepada Reformasi Martin Luther antara lain ialah amalan gereja yang bertentangan dengan konsep teologi yang diajarkan. Namun begitu, sebab-sebab diatas bukanlah pencepat kepada berlakunya Reformasi dalam ajaran Kristian. Ini kerana, Reformasi hanya berlaku apabila gereja Katolik menjual dan melakukan penyelewengan surat Indulgance atau surat Alfat oleh Johann Tetzel di Jerman.

Bagi melahirkan penentangannya terhadap penyelewengan Johann Tetzel itu, Martin Luther telah mengumpulkan sebanyak 95 dalil atau hujah bagi menentang penyelewengan yang berlaku.

Tetapi menurut Ahmad Suhelmi dalam bukunya yang bertajuk Pemikiran Politik Barat:Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara Masyarakat dan Kekuasaan menyatakan bahawa dalil tersebut adalah sebanyak 99 dalil. Dalil tersebut telah ditampal di dinding gereja Universiti Wittenberg pada 31 Oktober 1517 sekaligus diingati sebagai hari Reformasi oleh puak gereja Protestan.

Penjualan surat Alfat ini telah melahirkan rasa terhina oleh bangsa Jerman kerana duit dari surat tersebut akan diberi kepada Paus di Rom bagi menampung keborosannya. Dalil yang ditampal oleh Martin Luther telah dapat menimbulkan minat orang ramai sehingga dalil-dalil tersebut telah disebarkan oleh awam secara meluas.

Dalil-dalil tersebut yang dalam bahasa Latin segera diterjemahkan oleh pelajar Martin Luther kedalam bahasa Jerman dan disebarkan ke seluruh Jerman. Selepas tersebarnya dalil-dalil Martin Luther, penjualan surat Indulgances telah merosot dengan mendadak sehingga telah memaksa Johann Tetzet menemui Paus pada masa itu iaitu Pope Leo X  bagi mendakwa Martin Luther sebagai penyebar ajaran sesat.

Bagi mengurangkan ketegangan itu, Martin Luther telah mengutus sepucuk surat kepada Paus bagi menjelaskan tentang dalilnya tersebut. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Paus di Rom telah memerintahkan supaya Martin Luther ke Rom bagi dibicarakan dalam masa 60 hari dan biasanya hukuman terhadap tuduhan menyebarkan ajaran sesat ialah m4ti.

Sebagaimana yang diterangkan diatas, kebanyakan raja pada masa itu cuba membebaskan diri dari pengaruh Paus di Rom. Inilah yang sebenarnya telah menyelamatkan Martin Luther daripada menghadapi pengadilan di Rom. Raja yang melindungi Martin Luther ialah Raja Freidrick yang memerintah Seksen. Namun begitu Martin Luther tetap dibicarakan tetapi di Jerman iaitu di kota Augsburg pada Oktober 1518. Ramai pengikutnya meminta supaya Martin Luther tidak pergi kepada pengadilan tersebut tetapi beliau tetap pergi sebagai tanda tidak bersalah.

Jerman merupakan satu bangsa yang unik di Eropah. Apabila berbicara tentang Eropah adalah tidak lengkap jika tidak membicarakan tentang bangsa Jerman. Dengan berlakunya Reformasi gereja ini, Jerman sekali lagi menjadi kubu kepada Martin Luther dalam menyebarkan ajarannya.

Jerman merupakan negara pertama yang menjadi pusat Protestan. Tidak terhenti setakat itu, pada 1520, Bulla atau surat rasmi telah dihantar oleh Paus kepada Martin Luther meminta Martin Luther supaya bertaubat tetapi Martin Luther membakarnya di hadapan kakitangan dan para guru besar di Universiti Wittinburg dan berkata bahawa Bullah tersebut sebagai terkutuk dari anti Kristus.

Paus di Rom telah mengistiharkan bahawa Martin Luther sebagai sesat kerana membakar suratnya. Ajaran Martin Luther hakikatnya telah tersebar luas dan beliau mengetahui bahawa beliau semakin banyak menolak pokok ajaran gereja Katolik. Seorang pengikut kepada Martin Luther iaitu Philip Melanchthon telah bertindak menyusun pokok ajaran Martin Luther dan tulisan tersebut diberi nama Pokok-pokok Teologi yang dikeluarkan pada 1521.

Buku ini merupakan dogma pertama puak Protestan. Philip Melanchthon banyak membantu Martin Luther dalam melakukan penterjemahan kepada Kitab Bible. Dalam ajaran Protestan,

Bible dianggap satu-satunya sumber ajaran gereja yang dianggap benar yang disebut sebagai Sola Scriptura. Oleh itu, segala bahan atau sumber rujukan Kristian selama ini telah dianggap sudah tidak lagi relevan dan hilang wibawa.

Menurut ajaran Martin Luther, apa sahaja yang berlawanan dengan Bible dianggap sebagai terhapus tetapi yang tidak nyata tidak pula dihapuskan, ini disebut sebagai adiafora. Inilah yang kita lihat bahawa tidak banyak perbezaan antara ajarah Lutheran dan Katolik dalam perkara ibadat.

Kemunculan Reformasi ini tentulah mempunyai sebab .Terdapat sekurang-kurangnya 3 sebab yang mendorong berlakunya Reformasi Protestan. Pertamanya mungkin disebabkan lahirnya negara bangsa di Eropah. Kelahiran Negara Bangsa di Eropah menandakan bahawa bahawa Eropah telah mengalami satu zaman pencerahan dan kesedaran tentang hak masing-masing.

Dalam kaedah negara bangsa ini, sempadan sesebuah negara ditentukan dengan kedudukan bangsa tersebut. Apabila sebuah negara tersebut diduduki oleh satu bangsa sahaja maka apabila berlaku penentangan ia semestinya akan melibatkan semua orang dan inilah juga yang mempercepatkan proses Reformasi itu sendiri.

Sebab yang kedua kemungkinannya tekanan dalam bidang ekonomi di Eropah. Di Eropah sahaja dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 60-80 juta orang tetapi kehidupan di Eropah pada masa itu amat sukar terutamanya golongan bawahan. Wujud golongan ekonomi kapitalis yang dimonopoli oleh golongan Berjuois.

Ini bermakna di Eropah pada masa itu,ekonominya hanyalah milik kepada golongan bangsawan sahaja sedangkan rakyat biasa masih mengamalkan kegiatan sebagaimana sebelum zaman Renaissance. Kaum tani telah bertindak menyokong agenda Martin Luther kerana sudah bosan hidup dalam keadaan tersebut. Sokongan kaum tani ini amat penting kerana kaum ini merupakan yang dominan dalam masyarakat Eropah.

Selama ini mereka takut untuk menentang sistem feudal tambahan disebabkan oleh kepercayaan kuat terhadap gereja katolik.. Sebab ketiga yang menyebabkan berlakunya Reformasi Protestan ialah kelemahan sistem Paus. Selepas p3rang Salib, umat Katolik perlu mengakui bahawa sistem Paus sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Semasa pejuang Kristian dalam misi p3rang tersebut ,mereka bukan sahaja datang untuk berp3rang tetapi mereka juga datang dan melihat satu ketamadunan yang tinggi yang masih belum ada di Eropah. Apabila mereka balik ke Eropah, mereka telah menjadi orang yang bebas sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Paus.

Mereka balik dan cuba meniru tamadun Islam untuk di praktikkan di Eropah. Paus di Eropah telah melakukan sesuatu yang menyebabkan masyarakat Katolik hilang hormat kepada mereka.

Paus menggunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka semata-mata tanpa mempedulikan nasib rakyat biasa. Paus Alexander VI contohnya suka mengumpul emas dan main perempuan. Paus mempunyai 9 orang anak luar nikah yang mana 7 orang sebelum menjadi Paus dan 2 orang selepas menjadi Paus.

Masalah yang dilakukan oleh Paus Alexander ini amat memalukan puak Katolik. Sebahagian masyarakat eropah merasa kecewa kerana Paus sendiri tidak mengikut ajaran Kristian. Oleh itu masyarakat Kristian berpendapat bahawa perlu dilakukan reformasi terhadap gereja Rom.

Pengaruh Kristian Protestan tidak hanya tertumpu ditempat lahirnya di Jerman namun turut berkembang ke pelbagai negara seperti British, Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.

Kristian Protestan telah menjadi pesaing kepada Kristian Katolik yang telah lama bertapak di dunia Kristian. Kemunculan ajaran Kristian Protestan telah menyebabkan pengaruh gereja Katolik semakin susut sehingga berlaku peristiwa pembunuhan puak Kristian Protestan di Perancis pada 1572.

Orang Kristian Katolik lebih suka merujuk diri mereka sebagai Katolik Amerika bukannya lagi merujuk kepada Katolik Roman. Bahkan Ketua Bishop Ireland dan Kardinal Gibbon menggesa supaya penganut Katolik Amerika supaya menerima cara hidup Protestan. Ini sekaligus menunjukkan kelembutan golongan Katolik yang selama ini sering melancarkan konfrantasi terhadap golongan Protestan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.