Jalan Sutera tanpa dapat dinafikan merupakan jalan perdagangan jarak-jauh yang paling masyhur dalam era purba. Jalan perdagangan ini menghubungkan Eropah di Barat dengan China di Timur, sekaligus membolehkan berlakunya pertukaran barang, teknologi dan idea antara dua tamadun itu.

Barang yang paling meraih sambutan di sepanjang jalan ini ialah sutera, yang bergerak dari China ke barat. Walaupun para pedagang berpeluang meraih keuntungan besar jika berjaya membawa barang dagangan ke destinasinya, aktiviti ini tidaklah berlalu tanpa menghadapi risiko, lebih-lebih lagi dengan ancaman bahaya yang terdapat di beberapa bahagian laluan ini.

APAKAH ITU JALAN SUTERA?

Jalan Sutera bukanlah satu jalan yang tunggal. Sebaliknya, ia merupakan sebuah rangkaian jalan yang menghubungkan Timur dan Barat. Malah, nama ini hanya diberikan pada era yang lebih kebelakangan, iaitu pada tahun 1877 oleh sejarahwan merangkap ahli geografi Jerman yang bernama Ferdinand von Richthofen.

Jalan Sutera ‘ditubuhkan secara rasmi’ sewaktu Dinasti Han mula menjalinkan hubungan perdagangan dengan Barat, suatu hal yang diperkirakan berlaku pada tahun 130 SM. Jalan rentas daratan ini terus dimanfaatkan sehingga tahun 1453 M, iaitu tahun di mana Empayar Uthmaniyah men4kluki Konstantinopel sekaligus menghentikan perdagangan dengan Barat dan secara efektif menamatkan kefungsian jalan-jalan tersebut.

Jalan Sutera. Garisan merah menunjukkan laluan darat dan garisan pula adalah laluan laut

Di Timur, Jalan Sutera bermula di kota Chang’an (kini Xi’an), iaitu ibu kota Han sebelum ia dipindahkan ke Luoyang pada era Dinasti Han Timur. Para pengembara (pedagang, jemaah agama, utusan, dll) yang berangkat dari kota ini kemudiannya akan mengambil sebuah jalan ke utara yang akan membawa mereka merentasi wilayah-wilayah utara China. Seterusnya, mereka akan menempuh Gurun Gobi yang dianggap sebagai ancaman bahaya paling besar di Jalan Sutera.

RISIKO DI SEPANJANG JALAN SUTERA

Gurun Gobi merupakan gurun yang paling besar di Asia. Ia terbentang di China dan Monggolia moden. Walaupun gurun ini boleh dibahagikan kepada beberapa buah rantau-eko yang berbeza, ia boleh disifatkan secara umum sebagai berpermukaan berbatu lagi padat. Ciri inilah yang membuatkan Gurun Gobi mudah direntasi oleh kafilah-kafilah dagang jika dibandingkan dengan gurun berpermukaan berpasir seperti Gurun Taklamakan.

Sama seperti gurun-gurun lain, Gurun Gobi bersifat gersang dan hal ini merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh para pengembara yang menempuhnya, khususnya bagi mendapatkan bekalan air yang cukup untuk unta-unta yang dibawa.

Perdagangan di Jalan Sutera

Caravanserai-caravanserai ini dibina pada jarak sehari perjalanan antara satu sama lain. Dengan demikian, para pengembara boleh mengelak dari berada terlalu lama di gurun, di mana hal ini akan mendedahkan mereka kepada ser4ngan perompak, iaitu satu lagi risiko yang perlu dihadapi di Jalan Sutera.

Salah satu kesan susulan daripada keadaan ini adalah penubuhan perhentian-perhentian rehat / caravanserai di sepanjang Jalan Sutera. Perhentian-perhentian ini membolehkan para pengembara beristirehat, mendapatkan makanan dan minuman, serta mempersiapkan diri bagi melanjutkan perjalanan. Tempat-tempat ini menjadi pusat pertukaran barang dan idea dalam kalangan mereka yang berhenti di sana.

Lukisan Sogdia (Sogdian) yang menggambarkan para pedagang Sogdia pada zaman pertengahan

Sebagai contoh, tatkala Uthmaniyah menguasai Konstantinopel pada tahun 1453, mereka serta-merta menghentikan sebarang perdagangan dengan Barat sekaligus mengakibatkan merudumnya penggunaan Jalan Sutera.

Dalam situasi yang berbeza, ketika Monggol menubuhkan empayar mereka yang melibatkan China dan Asia Tengah, iaitu wilayah di mana Jalan Sutera terbentang, kestabilan politik ditegakkan di rantau ini sekaligus membolehkan aktiviti perdagangan di sepanjang Jalan Sutera mengalami kepesatan.

Sesudah Gurun Gobi selesai ditempuhi, para pengembara akan menyambung perjalanan mereka ke Iran, Turki dan akhirnya, Eropah. Walaupun perjalanan kali ini kurang berbahaya jika dibandingkan dengan Gurun Gobi, ia tidaklah bermaksud tiada sebarang kesukaran yang perlu mereka hadapi. Situasi politik di setiap kawasan ini amat penting dalam menentukan nasib perdagangan mereka.

Samarkand, oleh Richard-Karl Karlovitch Zommer. Samarkand merupakan sebuah kota purba di Jalan Sutera yang terletak di antara China dan Mediterranean, di Uzbekistan moden


JALAN SUTERA LAUT

Di samping itu, dikira sesuai juga jika diselitkan di sini perihal Jalan Sutera Laut yang menghubungkan antara China dan Barat melalui Asia Tenggara, India dan Semenanjung Arab. Sama seperti para pedagang yang merentasi Jalan Sutera Darat, mereka yang mengharungi jalan laut ini juga perlu menghadapi ujian alam, terutama badai ribut yang sukar dijangka. Selain itu, risiko bertembung dengan lanun-lanun juga sentiasa hadir, sama halnya seperti perompak di gurun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.