Jalan-Jalan Kuala Lumpur: Sejarah Bukit Bintang

0
785
views

Dear Diari,

Pukul 8.00 hari isnin, ramai sungguh orang di Kuala Lumpur ini. Ada yang naik MRT, ada yang naik LRT, ada yang naik KTM, ada yang naik Bas dan macam-macam lagi. Memang sesak bandar Kuala Lumpur ini lagi-lagi hari Isnin sebab ramai nak ke tempat kerja. Aku ada salah satu dari orang yang ada dalam kesesakan Kuala Lumpur ini, nak ke tempat kerja sebagai Banker di Bandar Metropolis ini. Namaku Halim Abdul Dawson dan ini adalah kisah aku dan bagaimana aku dapat inspirasi untuk membuat sejarah jalan ini.

Ketika aku sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, aku melihat banyak tanda-tanda dan nama jalan. Kebanyakan nama jalan ini adalah nama yang aku sendiri tak pernah dengar, apa sejarahnya dan apa yang istimewanya tokoh ini sehingga jalan tersebut ada nama, jadi semasa aku berjalan kaki dari stesen LRT Masjid Jamek ke tempat kerja aku, aku dapat inspirasi untuk mengkaji sejarah-sejarah nama jalan di Kuala Lumpur ini.

Minat aku dalam sejarah dan penulisan membuatkan aku ingin kongsikan kepada anda semua tentang kajian aku. Jadi bermula pada hari itu, aku mula mengkaji dengan mencari sumber-sumber tentang sejarah setiap jalan di Kuala Lumpur ini. Jalan pertama yang aku ingin menceritakan kepada anda semua ialah sejarah Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Siapa tidak kenal Jalan Bukit Bintang ini? Ia adalah jalan yang terkenal di Kuala Lumpur dan dikatakan sebagai “Pusat aktiviti Kuala Lumpur” yang ramai pelancong dalam dan luar negara akan datang sama ada melepak, membeli belah dan juga bersantai. Jalan ini juga adalah salah satu jalan paling sibuk di Kuala Lumpur kerana terdapat banyak pusat membeli belah serta tinggalan sejarah (Sungei Wang) dan juga kawasan kedai dan bangunan lama yang masih ada sehingga hari ini. Agak mustahil untuk orang ramai tidak mengetahui jalan ini.

Jalan Bukit Bintang ini diambil sempena sebuah bukit yang setinggi 48 meter (dianggarkan) suatu ketika dahulu. Pada zaman dulu, bukit ini berdekatan dengan Kampung Dolah (kini sudab tiada, kini dijadikan Jalan Changkat Thambi Dollah dan Jalan Barat) dan menurut penduduk tempatan, bukit ini dinamakan Bukit Bintang kerana di puncak bukit ini kita boleh melihat bintang di angkasa dengan lebih lebih jelas. Pembangunan Kuala Lumpur yang pesat bermula awal abad ke-19/20 menyebabkan bukit ini menjadi penempatan dan bangunan rumah kedai (Jika anda ke Bukit Bintang, ada bangunan lama yang masih berdiri di sana.)

Waqaf Saham

Bukit Bintang ini menjadi “Main Port” untuk kawasan hiburan dan tempat beristirehat. Di katakan ada sebuah Show Hall yang diperkenalkan oleh Shaw Brothers di mana ia ada funfair, teater, tempat latihan lakonan dan penyuntingan filem. Tetapi ia ditutup sekitar zaman 70-an kerana adanya televisyen dan akhirnya Show Hall mereka diruntuhkan dan terbinanya Plaza Sungei Wang. Pada awalnya, ia hanyalah jalan yang ada perkampungan dan pekan kecil. Tetapi lokasinya yang berada di pertengahan Kuala Lumpur, maka kerajaan menjadikannya sebagai pusat perniagaan dan hiburan untuk pelancong.

Sekitar zaman 80-90-an, Bukit Bintang pernah mengalami masalah pelacuran dan pemerdagangan manusia secara haram. Jadi kerajaan mengambil inisiatif menguatkuasakan kawasan Bukit Bintang. Changkat Bukit Bintang, Changkat Thambi Dollah, Imbi dan Jalan Alor menjadi kawasan serbuan pelacur dan kini kegiatan pelacuran berkurangan di sana (agak mendadak, tapi masih ada). Malah pusat kelab malam juga disatukan di “anak jalan” Jalan ini (akan diceritakan di bab lain) dan terbinanya kawasan tempat makan dan juga kedai-kedai lain.

Kini, ia menjadi pusat perlancongan dan membeli belah seperti Times Square, Pavillion, Low Yatt, Sungei Wang dan banyak hotel murah dan mahal dibina di sana. Malah ada banyak tempat makanan di sana dari restoran kelas satu hingga warung (warung kebanyakannya restoran cina. Siaoa sangka bukit ini dari bukit melihat bintang di angkasa berubah menjadi bukit melihat bintang lampu jalan dan bangunan di atas bukit tersebut. Panjang jalan ini sekitar 3.4 km. Jalan ini bermula pada simpang antara Jalan Raja Chulan dan berakhir di Jalan Pudu. Jalan ini adaalah jalan sehala, jika anda nak ke sana anda perlu bermula dari simpan Jalan Raja Chulan (Di mana terletaknya plaza Pavillion) dan ia berterusan sehingga ke simpang empat melalui Jalan Sultan Ismail, di sini terletaknya Lot 10, Bangunan BB Plaza/Sungei Wang dan kawasan kedai Arab yang dikenali sebagai Ain Arabia. Ia diteruskan sehingga kawasan rumah kedai lama dan stesen MRT Bukit Buntang di bahu jalan Bukit Buntang ini adan ia berakhir di simpang Jalan Pudu di mana terletaknya Hotel Royale Chulan.

Aku juga agak kagum dengan pembangunan di setiap pelusuk Jalan Bukit Bintang sekarang dengan adanya kawasan MRT dan Monorel di tengah-tengah jalan tersebut. Ia amat penting kerana mahu sampai ke sana berjalan kaki atau menaiki pengangkutan darat (bas, teksi) adalah susah kerana ia agak sesak. Malah Kawasan BB Plaza (Bukit Bintang Plaza) dalam pembangunan dan bakal siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Hotel? Fuh. Memang dah macam-macam hotel kat tepi jalan Bukit Bintang ini, dari hotel 5 bintang hingga hotel murah ada di sinj. Salah satu hotel tertua di KL ialah Hotel Fedral yang dibina sekitar tahun 50-an masih berdiri sehingga hari ini. Hotel ini berada di kawasan lama Jalan Bukit Bintang bertaraf 4 bintang. Dahulunya, hotel ini dikatakan hotel yang eksklusif namun dikalahkan dengan berberapa hotel baru seperti Hotel JW Marriot berhadapan dengan pusat membeli belah Pavillion dan berberapa hotel yang lain.

Terdapat berberapa nama hotel yang lain seperti Hotel Bintang Warisan dan Royale Chulan. Tahukah anda bahawa Restoran Mc Donald Bukit Bintang adalah restoran McDonald yang pertama di Malaysia. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 1982. Kini ia berwajah baru dan salah satu restoran terawal yang memperkenalkan bayaran “cashless”. Ia amat memudahkan dan anda hanya perlu membayar dengan membawa kad kredit atau debit untuk membayar secara “wave”

Aku melalui Jalan Bukit Bintang dan aku semakin hampir dengan tempat kerjaku. Aku membayangkan macam mana jalan ini ketika 70 tahun yang lalu di mana kita boleh melihat bintang dan kawasan yang berbukit serta kawasan kampung di lereng bukit ini. Mesti indah dan nyaman kan masa itu. Tapi apakan daya, pembangunan mesti dibuat malah Bukit Bintang ini menjadi kawasan perlancongan dan pusat aktiviti tempatan dan luar negara untuk melihat urban life. Jika di Korea ada Gangnam, di Malaysia ada Bukit Bintang. Okeylah, aku nak masuk kerja dahulu. Kita jumpa lagi di bab seterusnya dalam jalan-jalan Kuala Lumpur.

#SelimThe3rd