Tunggu punya tunggu, akhirnya Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings pun keluar. Macam-macam dunia sudah alami, dengan COVID-19. Mungkin keluaran baru Marvel dapat menghidupkan semula suasana purbakala apabila semua orang tidak takut bersalaman.

Bercakap pasal “purbakala”, mungkin masa ini sesuai untuk berbincang sedikit sebanyak tentang Shaolin Monastery yang menjadi tempat pengasasan Buddhisme mazhab Chan.

Shaolin Monastery dibina pada tahun 496 dengan Maharaja Xiaowen sebagai penaung pertama. Pada awal penubuhan, institusi Shaolin ini dijaga dua biarawan daripada India iaitu Batuo dan Bodhidharma (Shahar, 2008).

Batuo.

Mereka berpegang pada pemikiran yang kitab-kitab asal Buddhisme sebenarnya terlalu rumit untuk dikaji golongan pemula. Jadi mereka menyediakan tafsir yang lebih mudah dipelajari.

Sekadar untuk memudahkan pemahaman, mereka menterjemahkan manuskrip rencong kepada rumi supaya anak muda sekarang boleh faham. Pendekatan ini membuka akses kepada semua orang.

Bermakna agama sudah bukan lagi milik cendekiawan yang cerdik dan cilik dalam lenggok bahasa purba. Penterjemahan ini memberi perspektif positif pada institusi Shaolin, yang terganggu teruk akibat peniηdαsan dibawah Maharaja Wu (Lee, 2008).

Akan tetapi, Shaolin mendapat manfaat besar apabila Maharaja Wen bertakhta. Baginda siap memberi sebidang tanah subur 100 hektar.

Mereka membangunkan sebuah komuniti sendiri, agak terasing daripada masyarakat lain secara fizikal tetapi bersatu dari segi hati. Lama kelamaan Shaolin Monastery melibatkan diri dengan hal ehwal politik China.

Mereka membantu Li Shimin (pengasas Dinasti Tang) berperαηg dengan Jeneral Wang Shichong (Zhouxiang, 2020).

Shimin yang menjadi Maharaja Tang Taizong.

Kemenangan Shimin mengukuhkan lagi kedudukan Shaolin, yang kemudian membuka cawangan di seluruh China. Secara langsung, Shaolin menjadi sebuah organisasi terurus dengan pemikiran tersendiri.

Biarawan-biarawan Shaolin mendapat perintah khusus supaya bantu kerajaan tempatan berperαηg dengan mµsµh. Pada mulanya, mereka hanya ada tanah 100 hektar. Terkemudian, mereka memiliki lebih daripada 6,000 hektar dengan 5,000 bilik.

Dan Shaolin kekal beroperasi seperti biasa semasa berada dibawah pemerintahan Mongol. Kublai Khan melanting Xueting Fuyu, yang membina dua menara baru dan memperkenalkan sistem warisan bersesuaian dengan keperluan semasa. Malah Shaolin lebih selesa semasa berada dibawah Mongol.

Kerana kejatuhan empayar ini menyebabkan suasana kacau bilau dalam China. Siri pemberoηtαkan yang berlaku amat merosαkkαη infrastruktur Shaolin. Mereka bertahan sehabis mungkin, sampai China berjaya mengamankan keadaan dan perlu bantuan seni bela diri untuk berlindung daripada Jepun.

Ketika ini Shaolin sudah berusia lebih daripada 1,000 tahun. Banyak perkara dialami mereka, seolah-olah detik jatuh bangkit yang wajar diambil sebagai iktibar. Di sini semua boleh nampak perkara yang sama berlaku di setiap negara.

Jatuh bangun. Shaolin disegani. Shaolin dibenci. Segan balik. Benci balik. Namun Shaolin tetap berkekalan sampai hari ini, membuktikan bahawa ilmu adalah asas pada kehidupan. Andainya Shaolin sekadar petani lemah, tentu sekali kelompok biarawan ini sudah lama lenyap. Namun mereka menongkah arus masa dan menemui kemasyhuran dalam lembah masyarakat.

Pengaruh masyarakat kemudian memberi sensasi percuma kepada dunia, yang ingin mengenali selok belok ilmu mereka. Ramai dalam kalangan peminat Shaolin hari ini tahu pasal mereka bukan melalui kitab pun – sebaliknya melalui filem, yang mendendangkan kisah-kisah menarik tentang Shaolin.

Marvel banyak menunjukkan tentang fikrah Shaolin dalam filem Doctor Strange dan sekarang ini Shang Chi.

Gambar di atas adalah contoh Kung Fu Shaolin yang mewarnai budaya kemasyarakatan China selama 1,500 tahun. Umumnya, Shaolin menjadi sebuah institusi disegani kerana bermain pena ketika aman damai dan bersabung pedαηg di medan peperangan. Mereka tidak keliru dalam perkara ini, sesuatu yang wajar diberi perhatian hari ini.

RUJUKAN:

Lee, Z. (2008). Heroes of Shaolin: Through the Wooden Men Lane. Troubador Publishing. Halaman 119.

Shahar, M. (2008). The Shaolin Monastery: History, Religion and the Chinese (ditapiskan) Arts. University of Hawaii Press. Halaman 172.

Zhouxiang, L. (2020). Chinese National Identity in the Age of Globalisation. Springer Nature. Halaman 81.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.