Sejarah Hidup Vlad III Dracula Dari Wallachia

1,364

Sebut saja nama Count Dracula, ramai membayangkan watak novel Bram Stoker itu diinspirasikan daripada tokoh Romania, Vlad III Dracula yang pernah memerintah Wallachia pada abad ke-15. Terdapat banyak fakta menarik yang memisahkan nama Vlad dengan fiksyen novel abad ke-19 itu.

Dracul

Rajah 1: Vlad II

Vlad III Dracula atau Vlad the Imp4ler mewarisi gelaran dracul yang diberi kepada ayahandanya, Vlad II. Vlad II diberi gelaran Dracul oleh para pahlawan Order of the Dragon yang bermaksud naga dalam Bahasa Romania. Matlamat organisasi ini mudah saja iaitu menghalang kemaraan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Justeru, bila Vlad III naik sebagai pengganti, nama Vlad Dracul bermaksud anak kepada naga atau Bahasa Romania lama, Draculea atau Dracula. Mengikut terma Bahasa Romania moden, drac kini bermaksud syaitan.

Wallachia

Rajah 2: Contoh kempen p3r4ng Turki Uthmaniyyah-Hungary

Vlad dilahirkan di Wallachia pada tahun 1431 yang kini terletak di selatan Romania. Wallachia pada ketika itu merupakan sebahagian daripada wilayah yang membentuk Romania selain Transylvania dan Moldova. Memandangkan kedudukannya terletak di antara dua kerajaan iaitu Kristian Eropah dan Turki Uthmaniyyah, bumi ini sentiasa menjadi saksi pert3mpvran sengit kedua-dua pihak.

Tebusan

Pada tahun 1442, Vlad bersama adiknya berusia tujuh tahun Radu menemani Vlad II ke Turki sebagai sebahagian daripada misi diplomatik kerajaan ketika itu. Namun begitu, setibanya di Turki, ketiga-tiganya ditahan. Bagi menjamin kebebasannya, Sultan Murad II yang memerintah ketika itu bersetuju membebaskannya dengan syarat dua anaknya dijadikan tebusan dan Vlad II menyokong kempen Uthmaniyyah di Eropah Timur.

Untuk lima tahun seterusnya, dua bersaudara itu ditahan di sebuah kubu di Egrigoz (kini Dogrugoz, Turki) dan diajar pelbagai disiplin ilmu termasuk seni pep3r4ngan dan sains. Bagaimanapun, wujud sesetengah dakwaan semasa dalam tahanan, Vlad dipukul oleh penjaga-penjaganya sekaligus mengakibatkannya menyimpan d3nd4m terhadap empayar berkenaan.

Sekembalinya ke Romania, Vlad II disingkirkan oleh pembesar-pembesar tempatan atau bayar dan dibvnvh di paya belakang kediamannya. Manakala abang mereka, Mircea pula dis3ks4 dan dibutakan sebelum ditanam hidup-hidup. Tindakan ini dibuat sebagai membantah tindakan Vlad II yang menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah.

D3nd4m

Selepas dibebaskan pada tahun 1448, Vlad membalas d3nd4m dengan memburu semua bayar yang terlibat dalam perisitwa berd4r4h itu. Caranya ialah mengumpan mereka menghadiri satu jamuan yang diadakan di istana (berkemungkinan Istana Poenari). Kesemua tetamu yang hadir ditikam sebelum m4y4t mereka dipacakkan pada pancang-pancang yang tajam.

Si penyula

Dan ini membawa kepada gelaran yang paling terkenal dalam sejarah, The Imp4ler atau Tepes (Si Penyula). Tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali, Vlad melancarkan kempen agresif terhadap Empayar Turki Uthmaniyyah seperti mer4cvn perigi-perigi, membayar orang-orang berpeny4k1t menyusup masuk ke dalam angkatan Uthmaniyyah dan memb4k4r hasil tanaman penduduk.

Rajah 3: S3r4ngan Malam Vlad di Targoviste ke atas angkatan Uthmaniyyah oleh Theodor Aman.

Tetapi kaedah yang menjadi pilihannya ialah memacak m4y4t-m4y4t agar dapat disaksikan oleh sesiapa saja sama ada sekutu atau pihak lawan. Mangsa yang disula akan merasa ters3ks4 sampai m4t1 kerana kem4t1an sebegini mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari. Antara yang menjadi mangsa taktik ini yang paling terkenal ialah 20,000 tahanan p3r4ng Uthmaniyyah pada tahun 1462 semasa berundur dari kota Targoviste.

Apabila Mehmed II melihat m4y4t-m4y4t t3nt3r4nya diperlakukan sebegitu rupa, baginda memutuskan menghentikan semua bentuk kempen terhadap Wallachia dan kembali ke Islambul (kini Istanbul). Tetapi jika itu membuatkan Mehmed II berhenti mengejar Wallachia, lupakanlah, Radu yang kini bersama angkatan Uthmaniyyah diberi tugas memburu abangnya itu.

‘Lokasi m4y4nya tidak diketahui’

Tidak lama selepas tindakan k3j4mnya terhadap banduan p3r4ng Uthmaniyyah, Vlad terpaksa melarikan diri selepas kebanyakan bangsawan sekitar Romania dan Eropah Timur mengiktiraf Radu sebagai pemerintah Wallachia. Cubaan meminta bantuan Matthias Corvinus bukan saja tidak berhasil, malah mengakibatkan dirinya dip3nj4r4kan selama 14 tahun di Hungary.

Pada tahun 1476, Vlad kembali ke Wallachia dan berjaya memerintah wilayah itu untuk seketika. Tetapi kejayaan tersebut tidak bertahan lama apabila pihak Uthmaniyyah melancarkan s3r4ngan hendap ke atas pasukannya sekaligus mengakibatkan ramai orang terbvnvh termasuk Vlad.

Mengikut catatan Duta Milan ke Buda, Leonardo Botta, m4y4t pemerintah Wallachia itu dip0t0ng kepada beberapa bahagian dengan bahagian kepala dibawa ke Islambul sebagai bukti bahawa musuh Mehmed II sudah tiada. Ini sebagai tindak balas terhadap tindakannya berlaku k3j4m terhadap tahanan p3r4ng Uthmaniyyah bertahun-tahun sebelumnya.

Hari ini, Vlad diangkat sebagai wira kebangsaan Romania dan kebijaksanaannya sebagai pemimpin t3nt3r4 mendapat pujian ramai pada abad ke-15. Ini termasuklah Paus Pius II yang menyifatkan kejayaannya mengekang angkatan Mehmed II dianggap signifikan dalam mempertahankan agama Kristian.

Inspirasi Dracula

Jadi bagaimana bangsawan Wallachia ini dikaitkan dengan watak Count Dracula? Berdasarkan pemerhatian sejarawan, kedua-dua individu tidak berkongsi sedikit pun persamaan yang melayakkan Vlad sebagai penghisap darah. Tetapi ramai berspekulasi latar belakang Vlad Tepes diambil hasil perbualan Stoker dengan sejarawan Herman Bamburger sekaligus membolehkan ia disesuaikan dengan perwatakan Dracula.

SUMBER

Chao-Fong, Leonie. (2020). The Real Dracula: 10 Facts About Vlad the Imp4ler. History Hit. https://www.historyhit.com/facts-about-vlad-the-imp4ler/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.