Sebut nama Attila the Hun, anda membayangkan lagak segak pelakon aksi Scotland, Gerard Butler sebagai Attila dalam minisiri Attila (2001). Atau lagaknya yang menakutkan pihak musuh dalam siri permainan video strategi Total War: Barbarian Invasion. Tetapi siapa sebenarnya lelaki yang menjadi mimpi ng3ri pada dekad-dekad terakhir Empayar Rom Barat itu?

Attila dikatakan lahir pada tahun 406 Masihi tetapi ramai sejarawan mempertikaikan tarikh tersebut. Perkara ini mengundang kekesalan sejarawan Peter Heather kerana disebabkan kekurangan maklumat tepat tentang orang Hun, ia mengakibatkan maklumat terhad terhadap bangsa berkenaan termasuk tahun kelahiran  dan ibu bapa sebenar pemerintah puak Hun itu.

Yang pasti, keluarga bangsawan dan pemerintah Hun bukan seperti puak-puak gasar lain. Ini kerana mereka mendapat pendidikan yang baik termasuk Bahasa Latin dan Goth, strategi dan latihan pep3rangan serta diplomasi.

Dalam kes Attila, beliau dan abangnya Bleda mendapat latihan mem4nah, bermain p3dang dan menunggang kuda. Malah, tidak terkejut sekiranya kedua-duanya ada apabila bapa-bapa saudara mereka, Octar dan Rugila/Rua yang memerintah puak Hun ketika itu menerima kehadiran duta-duta Rom. Octar dan Rugila memerintah puak tersebut sekitar akhir 420-an dan awal 430-an Masihi.

Sebelum Attila, puak Hun sememangnya dikenali sebagai puak bers3njata yang digeruni ramai. Kelebihan mereka ialah keupayaan t3ntera berkuda mereka yang meny3rang habis-habisan pihak musuh tanpa henti. Rahsia mereka didedahkan oleh sejarawan Michael Lee Lanning dalam banyak aspek.

Pertama, pakaian p3perangan mereka bersifat kalis air dan lembut kerana telah dilumur dengan lemak haiwan. Kedua, mereka turut memakai topi besi dan pelindung berantai pada bahagian leher dan bahu sebagai pelindung dari s3rangan batu dan anak p4nah. Ketiga, kasut bulu yang sesuai digunakan semasa menunggang kuda. Semua ini menjadikan t3ntera k4valri Hun sebagai pasukan yang amat digeruni ramai termasuk Rom.

Rajah 1: Theodosius II

Selepas Octar dan Rugila meninggal dunia pada tahun 434, kuasa pemerintahan puak Hun kini jatuh ke tangan dua bersaudara itu. Pada awalnya, kedua-duanya bersetuju menjadi pemerintah bersama puak Hun. Antara langkah awal mereka ialah mengadakan perdamaian dengan Empayar Rom Timur/Byzantine yang diperintah Maharaja Theodosius II ketika itu.

Rundingan kedua-dua pihak menyaksikan pihak Byzantine bersetuju membayar puak Hun 700 paun emas setahun sebagai jaminan perdamaian. Tetapi beberapa tahun kemudian, Attila mengetuai puak itu meny3rang bandar-bandar empayar berkenaan atas alasan Theodosius II gagal membayar jumlah yang dinyatakan. Bagi mengelak Contantinople menjadi mangsa amukan mereka, Byzantine bersetuju membayar pihak Hun 2,100 paun emas setahun.

Selepas pemeteraian perjanjian damai itu pada tahun 443, puak Hun dikatakan kembali ke lembah Hungary. Sumber-sumber Rom tidak merekodkan secara jelas apa yang berlaku semasa puak Hun berada di situ selama beberapa tahun. Yang pasti, Attila dikatakan tidak mahu lagi berkongsi kuasa dengan abangnya itu dan mahu menjadi pemerintah puak Hun tunggal.

Penulis Rom, Priscus mendakwa Attila merampas kuasa pada tahun 445 Masihi selepas mengatur plot pembvnvhan Bleda. Dari situlah, beliau mula mengatur s3rangan seterusnya dan Byzantine bakal merasa bahana gerombolan mereka.

Pada tahun 447, Attila menggerakkan s3rangan lebih besar ke atas jajahan Rom di rantau Balkan dan Greece. Seperti biasa, s3rangan tersebut mengorbankan ramai warga Rom dan ia memberi peluang kepada orang-orang Hun menjarah bandar-bandar berkenaan. Walaupun pihak Byzantine berjaya mengekang mereka di Thermopylae, Attila sekali lagi mengenakan syarat lebih berat kepada mereka sebagai jaminan perdamaian Hun-Rom Timur.

Rajah 2: Flavius Aetius

Mungkin ramai menggaru kepala mengapa Attila pada masa ini belum mensasarkan Rom Barat. Jawapannya, Flavius Aetius. Aetius bukan orang lain dalam kalangan orang Hun kerana pernah dibuang negeri di wilayah mereka pada tahun 433 Masihi dan merupakan sekutu beliau di Rom Barat. Terima kasih kepada pejvang-pejvang Hun yang dikirim Attila, ia membantunya menewaskan pemberontakan Bagaudae dan 4ncaman puak Visigoth.

Namun begitu, semua itu berubah pada musim bunga 450. Kekanda Maharaja Valentinian III, Honoria mengirim surat dan cincin pertunangan kepadanya dengan tujuan memohon bantuan melepaskan diri daripada perkahwinan dengan seorang senator yang diatur baginda. Attila yang ketika itu memiliki beberapa orang isteri (bilangan sebenar tidak diketahui) menganggap surat tersebut sebagai satu lamaran perkahwinan.

Justeru, Attila kemudiannya mengirim surat kepada pihak Rom yang mahukan Honoria sebagai isteri dan separuh daripada saki-baki jajahan Rom Barat sebagai mas kahwin. Kekanda Valentinian III menolak perkara tersebut tetapi bila diketahui oleh baginda, ia membuatkannya rasa murka teramat. Honoria bernasib baik selepas campur tangan bonda mereka, baginda kemudiannya dihukum buang negeri dan bukan dibvnvh seperti dimahukan Valentinian III.

Attila yang sentiasa mencari alasan meny3rang Rom Barat melihat situasi ini menjustifikasikan kehadirannya di situ. Justeru, beliau mengetuai ketumbukan besar Hun seramai 200,000 orang tetapi sejarawan Jordanes menyifatkan bilangan mereka sebenarnya jauh lebih ramai. Kehadiran mereka di Belgica (Belgium moden) dan Gaul (Perancis moden) mengakibatkan ramai orang awam melarikan diri.

Dengan bilangan t3ntera sebegitu rupa, Rom Barat dan Visigoth mengetepikan seketika permusuhan mereka dan bersetuju membentuk satu pasukan pakatan khas untuk Attila. Pasukan ini dikatakan mempunyai kekuatan antara 30,000 hingga 80,000 orang dan dipimpin oleh Aetius dan pemerintah Visigoth, Theodoric I.

Kedua-dua angkatan bertembung di Lembah Catalaunian dan pert3mpuran di lembah berkenaan merupakan antara yang paling berd4rah pernah direkodkan dalam sejarah ketika itu. Attila yang dikatakan kebal tewas dan terpaksa melarikan diri dari medan p3rang dengan Aetius dan sekutu-sekutunya meraih kemenangan mengejut. Tetapi pihak Visigoth membayar harga yang mahal menerusi kemangkatan raja mereka, Theodoric I.

Dengan Attila melarikan diri, pakatan Rom-Visigoth boleh saja mengejar mereka dan menamatkan terus 4ncaman beliau. Tetapi Aetius melihat kekalahan tersebut sudah cukup untuk memaksanya kembali kepada status mereka sebelum ini iaitu sebagai sekutu. Keputusan itu turut disokong oleh pemerintah puak-puak lain yang bersama pihak Rom-Visigoth yang bimbang kedudukan mereka ter4ncam sekiranya mereka pergi terlalu lama.

Attila tidak putus asa dan memilih meny3rang Itali pada tahun berikutnya. Seperti penduduk Gaul dan Belgica lain, ramai memilih melarikan diri dan membiarkan puak Hun menjarah harta benda mereka. Malah, penghijrahan penduduk-penduduk ini sebenarnya turut menyumbang kepada asal-usul Venice yang bermaksud Bandar Jambatan-Jambatan.

Pemilihan lokasi tersebut dibuat kerana puak Hun tidak suka kawasan berair dan menjejaskan keupayaan t3ntera berkuda mereka. Keadaan ini memaksa puak Hun yang dipimpin Attila berundur dan mengalihkan tumpuan kepada bandar-bandar lain yang boleh dijarah. Tetapi atas sebab yang tidak diketahui, ketumbukan Hun memilih berhenti di Sungai Po.

Tidak diketahui apa sebab yang mendorong mereka berbuat demikian. Antara spekulasi yang dibangkitkan sejarawan-sejarawan ialah angkatan Attila kehabisan bekalan akibat masalah kebvluran yang teruk di Itali selama dua tahun. Keadaan ini memberi kesan buruk kepada angkatannya dan memaksa beliau menghentikan usaha tersebut.

Ada pula melihat Attila berbuat demikian selepas diingatkan para penasihatnya tentang nasib yang menimpa komander Visigoth, Alaric I. Alaric I yang menjarah Rom pada tahun 410 Masihi kemudiannya m4ti tidak lama selepas itu. Ini menunjukkan sebarang s3rangan ke atas Rom dianggap membawa malang kepada para pelakunya.

Sesetengah lagi melihat ia berpunca daripada usaha diplomasi yang digerakkan Paus Leo I. Rombongan Leo I diutus oleh Valentinian III sebagai cara merundingkan keamanan antara pihak Rom dengan pihak Hun. Walaupun keputusan diskusi tidak diketahui, yang pasti pertemuan tersebut mendorong Attila dan angkatannya berundur dari bumi Itali dan kembali ke Hungary.

Pada tahun 453, Attila merancang kembali ke Constantinople dan mengganggu pemerintahan Maharaja Marcian dari Byzantine. Marcian menjadi sasaran kerana enggan meneruskan polisi Theodosius II yang membayar sejumlah besar emas kepada pihak Hun sebagai jaminan keamanan. Perkara ini berlaku sejak tahun 450 tatkala pihak Hun sibuk dengan kempen mereka di Gaul dan Itali.

Di sebalik kesibukan merancang operasi ket3nteraan terbarunya itu, itu tidak menghalang Attila berkahwin lagi, kali ini dengan seorang wanita muda bernama Ildico. Pada malam perkahwinan mereka, sang pengantin lelaki berpesta habis-habisan termasuk minum sejumlah besar arak.

Keesokan harinya, pengawal-pengawalnya merasa pelik ke mana pergi kelibat pemerintah mereka itu. Lantas, mereka memeriksa khemah Attila dan alangkah terkejutnya mereka melihatnya tidak bernyawa di atas katil. Sementara Ildico pula menangis teresak-esak di sisi m4yat suaminya itu.

Ramai berspekulasi punca sebenar kem4tian Attila sehingga hari ini. Ada melihat ia sebenarnya plot pembvnvhan yang diatur Marcian bagi melemahkan kedudukan puak Hun dengan Ildico memasukkan r4cun dalam makanan atau araknya. Ada pula menganggap ia sebagai satu kemalangan mengejut sementara sesetengah melihat insiden sebegini sebagai amaran kepada kaki botol agar tidak minum berlebihan.

Yang pasti, Priscus merekodkan m4yatnya ditempatkan dalam tiga buah keranda yang diperbuat daripada emas, perak dan besi. Angkatan Hun kemudiannya mengalihkan aliran sebatang sungai bagi membolehkan m4yat mereka itu ditanam di dasar sungai yang kering sebelum aliran air dikembalikan kepada asal. M4yat Attila ditanam bersama ratusan s3njata pihak musuh yang dikalahkan dan pelbagai khazanah termasuk barang kemas dan wang emas.

Sehingga hari ini, lokasi sebenar kuburnya masih menjadi misteri. Dengan nilai khazanah yang dikatakan tidak ternilai itu, sudah pasti ia menarik minat ramai. Tetapi dengan ketiadaan keranda dan khazanah yang ditanam bersamanya, ramai mengesyaki kubur Attila sebenarnya dijarah bertahun-tahun selepas kem4tiannya.

RUJUKAN:

Andrews, Evan. (2018). 7 Lost Burial Sites. History. https://www.history.com/news/7-lost-burial-sites

Mark, Joshua. (2018). Attila the Hun. Ancient.eu. https://www.ancient.eu/Attila_the_Hun/

Pruitt, Sarah. (2016). 8 Things You Might Not Know About Attila the Hun. History. https://www.history.com/news/8-things-you-might-not-know-about-attila-the-hun


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.