Gunung Jerai suatu ketika dahulu dipisahkan daripada tanah besar Kedah oleh sebuah selat purba yang kecil. Selat ini merentasi kawasan sungai di Bedong kemudian tembus masuk ke dalam anak-anak sungai di utara sekitar Gurun dan Guar Cempedak. Bekas aliran ini masih dapat dilihat pada aliran Sungai Bongkok dan taburan tasik-tasik dan paya-paya semulajadi di lereng timur kaki Gunung Jerai.

Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dikatakan bahawa selat purba yang memisahkan Gunung Jerai dengan tanah besar wujud sehingga zaman kedatangan Raja Merong Mahawangsa. Tidak lama setelah itu selat ini mula lenyap dan lembah timur gunung tersebut menjadi dataran berpaya. Maka daripada nama Pulau Serai ia akhirnya disebut orang sebagai Gunung Jerai. Situasi ini agak sama dengan pemendapan Selat Muria di Jawa Tengah dan selat selat yang memisahkan Perbukitan Dinding dengan tanah besar Perak. Pulau Pinang juga demikian jika selat cetek yang memisahkannya dengan Perai akhirnya lenyap.

Pada zaman dahulu paras air yang lebih tinggi dan ketiadaan sedimen tanih mendap menyebabkan teluk-teluk dan sungai-sungai di Kedah Tua menganjur lebih jauh ke hulu dan lebih dalam. Apabila paras air semakin cangkat maka ia menghasilkan kawasan paya yang kemudian ditebusguna menjadi tanah sawah yang luas. Daerah jelapang padi di utara Gunung Jerai dikatakan hanya ditebusguna setelah pembinaan Terusan Wan Mat Saman pada abad ke 19 masihi. Lembah selat purba Gunung Jerai di sebelah selatan masuk ke dalam Teluk Merbok dan merupakan muara lama bagi Sungai Kedah Tua (kini Sungai Muda).

Kawasan yang paling masyhur menjadi tumpuan pendudukan masyarakat purba dan pertanian adalah di lembah anak-anak Sungai Merbok (Kechil dan Besar, dibezakan dengan teluk) dan Sungai Bujang. Di Lembah Sungai Bujang kita dapat menemukan kewujudan pelbagai binaan candi Hindu dan Buddha. Kawasan ini mungkin menjadi kawasan ibadat yang didatangi pada waktu-waktu tertentu. Ia tidak semestinya diduduki oleh masyarakat India tapi lebih sebagai pusat pemujaan sebilangan penduduk tempatan yang diselenggara oleh pendeta-pendeta dari India.

Di Sungai Batu Besi kita dapat menemukan tinggalan paling lama (abad ke-8 Sebelum Masihi) yang menjadi lokasi industri besi dan pentadbiran kompleks yang pertama di Asia Tenggara. Kawasan ini terletak berdekatan kaki Gunung Jerai dan mulut selat purbanya. Pada zaman dahulu ia diairi sungai teluk yang luas dibuktikan daripada penemuan binaan labuhan dan kapal layar purba. Namun, lama kelamaan akibat perubahan hidrologi Lembah Merbok maka Sungai Batu Besi kehilangan fungsi pelabuhannya.

Teluk Merbok merupakan laluan utama para pedagang untuk masuk ke pelabuhan-pelabuhan Kedah Tua disebabkan oleh ceteknya aliran Sungai Muda untuk tujuan pengangkutan perdagangan langsung ke pantai timur. Dari pelabuhan-pelabuhan ini haiwan gajah digunakan untuk perjalanan rentas semenanjung ke pelabuhan Langkasuka(Patani Lama), Satingpra(Jiloting) dan Singgora). Dikatakan didalam Tarikh Fathani bahawa lokasi pendaratan untuk ke pantai timur ini akhirnya dinamakan Sungai Petani.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Comments are closed.