Gula jika diambil mengikut kadar yang sesuai, boleh saja menjadi pemanis minuman atau kudapan petang kita. Tetapi kalau diambil secara  berlebihan, bersedialah berhadapan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan diabetis.

Namun, siapa sangka tanaman tebu yang menjadi sumber penghasilan gula merupakan tanaman ketiga terpenting di dunia selepas bijirin dan padi serta mengisi lebih 26 juta hektar tanah pertanian di seluruh dunia. Jadi, bagaimana kegilaan manusia terhadap gula ini bermula?

Fisiologi manusia berevolusi daripada diet yang mengandungi sedikit gula dan tiada karbohidrat yang lebih halus. Justeru, ramai pakar berpandangan ia masuk ke dalam diet kita secara tidak sengaja. Tanaman tebu ini berkemungkinan digunakan sebagai bahan makanan ternakan terutama babi dengan tujuan menjadikannya lebih gemuk dan adakalanya menjadi kudapan sejenak sebelum menyambung pekerjaan di ladang.

Berdasarkan bukti DNA dan tinggalan tumbuhan, ramai pakar berpandangan tanaman tebu berevolusi di Asia Tenggara dan ia disyaki sudah menjadi tanaman domestik di Papua New Guinea sejak 8000 SM. Dari Papua, ia kemudiannya tersebar ke Kepulauan Pasifik dan Lautan Hindi menerusi ekspedisi pelayaran yang digerakkan pelayar Austronesia dan Polynesia.

Gula halus yang dihasilkan secara kimia mula timbul di India 2,500 tahun lalu sebelum perlahan-lahan tersebar ke China dan Timur Tengah. Apabila ia tiba di pesisir Laut Mediterranean pada abad ke-13, ia mencetuskan kegilaan gula di Eropah. Dengan Sicily dan Cyprus sebagai pusat penghasilan gula yang penting, ia dianggap komoditi mahal kerana sukar didapati pada Zaman Pertengahan. Tetapi Madeira mengubah segala-galanya. Portugal mengenalpasti pulau berkenaan sebagai tempat sesuai untuk penanaman tebu berskala besar dan kilang penghasilan gula menjelang akhir abad ke-15.

Namun, Brazil dilihat jauh lebih sesuai kepada kuasa Eropah itu kerana keadaan iklim dan tanahnya sesuai untuk penanaman tebu diperlukan untuk menghasilkan gula. Dan dengan bilangan hamba yang ramai akibat aktiviti perhambaan yang aktif membabitkan kuasa-kuasa Eropah, sektor penanaman tebu dan penghasilan gula merupakan sektor ekonomi pertama yang berasaskan hamba. Apabila ia diperkenalkan di Kepulauan Carribean pada tahun 1640-an, ia membawa kepada pertumbuhan industri yang bertanggungjawab menyemarakkan lagi kegilaan Eropah terhadap gula.

Siapa sangka, kegilaan manusia terhadap gula menjadi batu asas kepada pembentukan dunia moden hari ini. Dengan keperluan buruh untuk menguruskan ladang-ladang gula di Brazil dan Carribean, lebih banyak hamba perlu dibawa ke kedua-dua bahagian dunia itu. Justeru, tidak hairanlah bilangan perdagangan hamba naik mendadak. Antara tahun 1501 hingga 1867 menyaksikan 12.57 juta hamba dibawa masuk dari Afrika ke benua Amerika.

Usaha membawa mereka menyeberangi Lautan Atlantik merupakan satu tugas sukar dengan kadar kematian boleh saja mencecah 25%. Jika diterjemah dalam angka sebenar, krew kapal perlu membuang antara sejuta hingga dua juta mayat hamba ke laut sebelum meneruskan perjalanan.

Dan bagi membolehkan sektor ekonomi ini dapat mengekalkan keperluan tenaga buruhnya, mereka perlu menukar komoditi berharga seperti tembaga, pakaian, tembakau dan senjata dengan hamba yang dibekalkan oleh pedagang-pedagang hamba. Ini dicapai melalui perluasan dan penambahbaikan sektor perindustrian Eropah terutama di barat daya dan Midlands England. Dan terima kasih kepada kegiatan ekonomi utama Atlantik abad ke-18 ini, ia juga bertanggungjawab merancakkan pertumbuhan sektor perbankan dan insuran.

Bagi golongan hamba pula, mereka sudahlah diperlakukan seperti tiada nilai tetapi tidak menerima pampasan dari kerajaan atas apa yang menimpa mereka. Ini kerana apabila kerajaan British mengharamkan aktiviti perhambaan pada tahun 1834, pampasan hanya diberi kepada bekas-bekas pemilik hamba. Dan wang tersebut digunakan untuk membina lebih banyak infrastruktur Victoria seperti landasan keretapi dan kilang-kilang.

Hari ini, ia mula dipandang dari sudut negatif sama seperti tembakau hari ini kerana kesan buruknya kepada kesihatan. Tetapi untuk mengubah semua itu memerlukan keinginan politik dan kehendak awam yang bukan sedikit. Ini kerana gula bukan sekadar menjadi 20% daripada diet seharian kita tetapi 6.2% daripada hasil tanaman global dan menyumbang 9.4% kepada nilai ekonomi dunia pada tahun 2013. Nak kurangkan pergantungan, maka suka atau tidak, kita bukan saja perlu mencari alternatif tetapi juga mengubah gaya hidup kita agar tidak terlalu bergantung kepada gula.

RUJUKAN:

Bentley, Alexander, Horton, Mark dan Langton, Philip. (2015). A history of sugar – the food nobody needs, but everyone craves. The Conversation. https://theconversation.com/a-history-of-sugar-the-food-nobody-needs-but-everyone-craves-49823


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.