Menjelang penghujung abad ke-19, wabak smallpox telah mula merebak di Amerika. Ini mendorong perkembangan kempen vaksinasi dan serentak dengan itu juga kempen anti-vaksinasi telah bermula di Amerika sepertimana yang telah berlaku di England. Tokoh anti-vaksin British William Tebb telah mengadakan sesi lawatan ke Amerika pada tahun 1879 dan dengan itu secara tidak langsung membantu menubuhkan Anti Vaccination Society of America. Dua lagi pertubuhan yang seumpamanya juga telah ditubuhkan di New England pada tahun 1882 dan di New York pada tahun 1885. Pertubuhan-pertubuhan ini mula mencabar perundangan vaksinasi dari sudut mahkamah untuk membatalkan undang-undang vaksinasi di beberapa buah negeri seperti di California, Illinois dan juga Wisconsin.

Pada tahun 1902, rentetan dari penyebaran wabak smallpox, badan kesihatan Cambridge, Massachusetts telah mewajibkan semua penduduk bandar Cambridge divaksinasikan untuk mencegah penyebaran smallpox. Salah seorang penduduk bandar tersebut bernama Henning Jacobson telah menolak vaksinasi dengan alasan bahawa beliau mempunyai hak untuk menjaga tubuh badan beliau sendiri dengan cara yang beliau rasa baik untuk diri beliau. Sebagai tindakan balas bandar Cambridge telah mengfailkan dakwaan jenayah terhadap beliau.

Selepas tewas dalam perbicaraan, Jacobson telah membuat rayuan kepada mahkamah agung Amerika. Pada tahun 1905 mahkamah agung US mengekalkan keputusan yang sedia ada dengan hujah sesuatu negeri boleh membuat undang-undang yang mewajibkan sesuatu untuk melindungi rakyat mereka apabila berdepan dengan situasi penyakit berjangkit. Ini sekaligus menjadi kes perundangan pertama di mahkamah agung Amerika mengenai kuasa negeri didalam melaksanakan undang-undang kesihatan.

Setakat ini kita banyak menyentuh isu anti-vaksinasi sebelum dan awal abad ke 20. Kali ini kita akan mula menyentuh isu-isu yang melibatkan pergerakkan anti-vaksin pada penghujung abad ke 20. Dalam lingkungan tahun 1970 sebuah konterversi pada peringkat antarabangsa telah meletus mengenai keselamatan imunisasi Diphtheria, Tetanus, and Pertussi (DTP) di Eropah, Asia, Australia dan Amerika Utara. Mungkin segelintir dari anda yang lahir sebelum atau awal 60’an masih ingat membaca mengenai perkara ini di dada-dada akhbar pada tahun 70’an.

Di UK ketika itu satu tentangan hebat telah berlaku hasil dari laporan Great Ormond Street Hospital for Sick Children yang bertapak di London. Hospital tersebut mendakwa yang bahawa 36 orang kanak-kanak telah mengalami kerosakkan saraf neurological berpunca dari immunisasi DTP. Laporan dari media-media mengenai perkara itu amat hebat dan telah menarik perhatian ramai. Sebuah pertubuhan yang bernama Association of Parents of Vaccine Damaged Children (APVDC) yang terdiri dari ibubapa yang mendakwa anak mereka menjadi mangsa vaksinasi juga menarik minat masyarakat tentang risiko dan bahaya DTP.

Ketika itu disebabkan konterversi yang menyelubungi DTP kadar vaksinasi telah berkurang pada kadar yang drastik dan menyebabkan berlaku penyebaran wabak batuk kokol pada kadar yang serius. Ini telah menyebabkan Joint Commission on Vaccination and Immunization (JCVI) sebuah pertubuhan kesihatan bebas telah mengadakan satu kajian dan mengesahkan keselamatan immunisasi tersebut. Biarpun JCVI telah memberi jaminan kekeliruan masyarakat masih berterus ketika itu. Disebabkan risau akan potensi untuk disaman kebanyakkan doktor dan pihak penyedia perkhidmatan kesihatan swasta khususnya ketika itu tidak lagi berani memberi saranan pada pesakit mereka untuk menvaksin anak mereka pada penghujung 70’an. Menambahburukkan keadaan salah seorang penentang vaksin yang lantang telah menerbitkan beberapa kes dan mendakwa kes kerosakkan saraf itu berpunca dari DTP. Perkara ini telah mencetuskan perdebatan pada peringkat kebangsaan di UK ketika itu.

Sebagai tindakan balas JCVI telah melancarkan National Childhood Encephalopathy Study (NCES). NCES telah mengenalpasti setiap kanak-kanak yang dihospitalkan dari tempoh 2 ke 36 bulan dan memeriksa sama ada mereka menghadapi komplikasi saraf. NCES kemudiannya cuba mengenalpasti adakah ianya berkaitan dengan proses immunisasi DTP. Hasil kajian NCES menunjukkan risikonya adalah terlalu rendah. Data ini kemudiannya digunakan didalam kempen immunisasi nasional di UK.

Walaubagaimanapun APVDC membawa kes itu ke mahkamah dengan alasan mereka layak menerima pengenalan terhadap isu mereka dan menerima wang pampasan. Namun kedua-dua permintaan mereka ditolak setelah mereka gagal membawa bukti yang mengaitkan immunisasi DTP dengan kerosakkan saraf. Isu ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menjadi pendahulu kepada dakwaan bahawa vaksin mencetuskan Austism yang dijadikan hujah oleh golongan anti-vaksin pada zaman kini biarpun perkara tersebut telah disangkal di mahkamah.

Konterversi yang sama turut melanda US pada tahun 1982. Sebuah dokumentari telah diterbitkan bertajuk DPT: Vaccination Roulette telah memokon kesan negetif DPT tanpa menekankan pada aspek kebaikkan DPT dari segi pencegahan penyakit. Pada tahun 1991 pula sebuah buku bertajuk A Shot in the Dark turut memomokkan perkara yang sama. Sepertimana di UK segelintir ibubapa di US mula merasai perasaan marah dan membentuk kumpulan mereka tersendiri sepertimana di UK.

Namun berbeza dengan isu DPT di UK pertubuhan kesihatan di US telah mempelajari kesilapan UK dalam berdepan dengan golongan ini. Mereka bertindak pantas memberi respon balas dalam menerangkan perkara sebenar kepada ibubapa di US. Academy of Pediatrics dan Centers for Disease Control and Prevention merupakan antara pertubuhan kesihatan yang telah bertindak awal ketika itu di US. Masih ada segelintir ibubapa yang mengambil peluang menyaman syarikat pengeluar vaksin ketika itu walaubagaimanapun. Rentetan dari perkara ini harga vaksin telah meningkat di pasaran. Namun konterversi ini kurang dirasai di US hasil tindakan pantas pertubuhan kesihatan mereka. Ini sekaligus menekankan peranan pertubuhan kesihatan dalam mendepani golongan ini.

Bersambung…

Bahagian 1

*Bahagian ketiga akan mula meneroka gerakan anti-vaksin abad ke 21

-Ben Mazalan-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

1 Comment

Leave A Reply