Moving Forward As One

Sejarah Disebalik Foto Paling Ikonik Bendera Soviet Berkibar Di Berlin

2,089

Foto memaparkan imej pengibaran Bendera Merah atau ‘Panji-panji Kejayaan’ di atas runtuhan Reichstag pada tarikh 2 Mei 1945 dianggap sebagai mewakili ‘kemenangan penuh’ ten-tera Soviet ke atas Na-zi Jerman dalam Pe-rang Dunia Kedua. Pada hari yang sama, Jeneral Helmuth Weidling, komander terakhir ten-tera Na-zi yang masih teguh mempertahankan ibu kota Jerman, memerintahkan pasukannya ‘menghentikan segera penentangan’, sekaligus menyerahkan kota itu kepada Ten-tera Merah.

Namun, foto ikonik terkenal yang dirakam oleh jurofoto pe-rang Soviet, Yevgeny Khaldei dan diterbitkan pada 13 Mei 1945 dalam majalah Ogonyk, adalah lakonan semula yang diulang. Menurut laporan Soviet, pengibaran Bendera Merah di atas Reichstag berlaku pada malam 30 April setelah percubaan berulang kali oleh ten-tera Soviet untuk menundukkan pasukan pengawal Jerman yang tidak mahu menyerah kalah.

Bendera Soviet dinaikkan di atas Reichstag – rakaman ini serupa dengan rakaman asal yang diambil oleh Khaldei, dan dirakamkan semula oleh Grebnev.

Tetapi tarikh ini juga perlu dikejar dengan berhati-hati. Komander dan ten-tera Soviet ghairah mahu merebut Reichstag pada tarikh 1 Mei agar dapat menandakan kemenangan mereka pada Hari Pekerja Sedunia, sementara pertem-puran sengit berlanjutan di Berlin dan pinggirannya selama beberapa hari selepas itu. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pada awal Mei Ten-tera Merah telah pun menak-luki ‘sarang raksaksa fa-sis’.

Kejayaan Soviet menduduki Berlin dibayar dengan harga yang sangat tinggi: 78, 291 askar Ten-tera Merah terbu-nuh dan 274,184 cedera. Hasilnya adalah, kira-kira 90,000 ten-tera Jerman menghadapi lebih dari satu juta askar Ten-tera Merah. Pasukan Na-zi yang mempertahankan Berlin terdiri daripada divisyen seperti Wehrmacht dan Waffen-SS yang kekurangan sumber tenaga tem-pur dan sen-jata, serta unit Volkssturm yang kurang terlatih dan tidak pernah bertem-pur (militia rakyat Jerman yang ditubuhkan pada tahun 1944-45, terdiri daripada golongan warga emas dan mereka yang tidak berkelayakan) dan anggota Belia Hi-tler.

Pun begitu, berlaku pergaduhan di jalanan. Rasa gerun yang timbul terhadap kedatangan Rusia disebabkan oleh propaganda Na-zi, terutamanya di kalangan kontinjen asing SS telah memberikan mereka semangat untuk memberikan tentangan terakhir yang sengit. Mereka beranggapan bahawa lebih baik berurusan dengan Sekutu Barat sebagai penja-jah berbanding dengan Soviet.

Angka kor-ban yang tinggi juga disebabkan oleh gerakan terburu-buru Soviet. Stalin telah menunda se-rangan di Berlin kerana dia mahu pasukan ten-tera Soviet bersiap sedia untuk menghadapi tentangan sengit Na-zi yang dijangkakan. Pada 1 April 1945, Generalissimo itu memanggil panglima-panglima utamanya ke Kremlin dan menjelaskan bahawa sangat penting bagi Ten-tera Merah untuk merebut Berlin sebelum Amerika Syarikat atau British.

Walaupun pada awalnya dia telah berjanji bahawa operasi mena-wan Berlin akan diserahkan kepada Marshal Zhukov, Stalin akhirnya memecahkan perintah se-rangan di antara Zhukov, Konev dan Rokossovsky, lalu memberitahu mereka bahawa “Sesiapa pun yang memasuki Berlin dahulu, dialah yang mena-wan Berlin”.

Stalin memberi mereka masa selama dua minggu, ini mencetuskan satu perlumbaan di antara panglima kanannya untuk merebut ibu kota Jerman. Panglima unit yang menaikkan ‘Panji-panji Kejayaan’ di atas Reichstag akan dijadikan Pahlawan Kesatuan Soviet.

Perlumbaan Reichstag

Stalin pada mulanya ragu-ragu dengan untuk menuju ke Berlin. Di Yalta pada bulan Februari 1945, dia telah mengikuti ‘dasar kerjasama’ bersama-sama Sekutu yang mungkin akan menguntungkan Soviet, dan mungkin juga akan diancam oleh penyitaan Berlin secara sepihak.

Namun, bagi komander dan pasukan Ten-tera Merah, pena-wanan Reichstag adalah simbol pengor-banan dan kemenangan terakhir mereka dalam meme-rangi Na-zi Jerman. Surat-surat yang dikirim oleh ten-tera biasa kepada keluarga mereka membuktikan mereka dahagakan pembalasan dendam dan mahu mengejar penghormatan, dengan sasaran mereka iaitu Reichstag sentiasa muncul dalam pemikiran mereka.

Kempen di Medan Timur dalam Pe-rang Dunia Kedua yang dipertandingkan antara Jerman Na-zi dan Kesatuan Soviet telah memus-nahkan negara dan nyawa dalam skala yang besar, ianya lebih empat kali ganda berbanding skala kemus-nahan semasa konflik di Medan Barat. Se-rangan Na-zi dan se-rangan balas Soviet mengakibatkan lebih 23 juta kema-tian ten-tera dan orang awam Soviet. Berlin akan menjadi milik mereka sebagai penebusan hak penderitaan dan bukan sekadar penak-lukan.

 

Joseph Stalin

Perlumbaan A-tom?

Pengintip Soviet telah memaklumkan Stalin mengenai perkembangan Projek Manhattan Anglo-Amerika-Kanada. Program Soviet, Operasi Borodino bagaimanapun jauh ketinggalan. AS setakat ini hanya memberi bekalan token berbentuk bahan penting oksida uranium kepada Soviet – dengan harapan dapat mengetahui apa yang mereka lakukan, dan bermaksud, Inggeris mewujudkan monopoli pasca pe-rang terhadap bekalan bahan a-tom terhadap dunia.

Stalin bertekad untuk mena-wan kepakaran dan sumber bekalan a-tom pusat penyelidikan nuklear Jerman, Kaiser Wilhelm Institute, yang terletak di sebelah barat daya Berlin. Tetapi walaupun Ten-tera Merah berjaya mena-wan fasiliti itu dan tiga tan uranium oksida, yang akan menyediakan pembangunan yang sangat diperlukan untuk program b-om a-tom Stalin, pihak Sekutu berjaya mendapatkan sumber kepakaran.

Pandangan Soviet Tentang ‘Endgame’ Eropah

Stalin melihat di Jerman dan Eropah Timur yang ditak-luki sebagai peluang untuk menebus kerugian besar dari segi kemanusiaan dan material pe-rang iaitu sumber pemulihan secara fizikal dan kewangan, tenaga kerja dan pasaran yang diperlukan untuk pembinaan semula ekonomi dan komuniti Soviet.  Tetapi Stalin tidak mempercayai cita-cita perkembangan wilayah, politik dan komersial Amerika Syarikat dan Britain.

Dia percaya bahawa matlamat mereka adalah untuk bertemu Ten-tera Merah sejauh mungkin di barat dan menduduki wilayah di zon Soviet pasca pe-rang yang dipersetujui. Pasukan British dan AS telah menyeberangi Sungai Rhine, setelah memanfaatkan kegagalan Jerman untuk meletupkan landasan kereta api yang merentasi sungai di Remagen, dan Stalin bimbang jika mereka akan tiba ke Berlin dahulu sebelum Ten-tera Merah.

Stalin juga takut jika secara tersilap akan berlaku gencatan sen-jata yang berasingan antara Sekutu Barat dan Jerman. Rasa tidak percaya Stalin itu ditambah lagi oleh kema-tian Presiden Franklin Roosevelt pada 12 April 1945. Pengganti Roosevelt, Harry S. Truman, sebelum itu telah mengatakan pada tahun 1941 bahawa Na-zi dan Soviet harus dibiarkan saling membu-nuh.

Oleh itu, Stalin memutuskan untuk menghidupkan semula rancangan Soviet sebelum itu untuk mena-wan Berlin.  Sebenarnya, Truman, pada awalnya paling tidak pun hanya akan meneruskan apa yang dia anggap sebagai strategi Roosevelt. Sumbangan Sekutu Barat dalam se-rangan terakhir di Berlin hanya terhad dalam misi pengeb-oman bandar dan bekalan bahan bakar Jerman agar Ten-tera Merah berjaya memasuki ibu kota Jerman pada 20-21 April.

Pandangan AS Tentang ‘Endgame’ Eropah

Jeneral Dwight D Eisenhower

Pada bulan April 1945, keutamaan Presiden Roosevelt dan Truman, dan Panglima Tertinggi Pasukan Ekspedisi Sekutu, Jeneral Eisenhower adalah untuk mendapatkan bantuan Soviet dalam mengalahkan Jepun, bukan sampai di Berlin sebelum Ten-tera Merah.

Pada Persidangan Malta yang menemukan para pemimpin Sekutu pada awal tahun 1945, sebagai persiapan untuk Yalta, dianggarkan bahawa mereka memerlukan 18 bulan lagi untuk mengalahkan Jepun. Oleh itu, Roosevelt dan Eisenhower berusaha untuk meraih komitmen Stalin terhadap pe-rang di Asia sebelum pencerobohan ke daratan Jepun. Perkara ini menjadi lebih mustahak setelah kejatuhan pasukan Nasionalis Chiang Kai-Shek di China.

Oleh itu, Eisenhower menolak seruan British untuk mara ke Berlin mendahului Rusia: dia melihat tiada keperluan untuk menanggung beban kor-ban besar yang dijangkakan atau berpalinh menentang Stalin. Bagaimanapun, menurutnya, telah dipersetujui bahawa ibu kota Jerman akan menjadi wilayah di bawah pengaruh Soviet.

Leftenan ke-2 William Robertson dan Leftenan Alexander Sylvashko, Ten-tera Soviet

Eisenhower mungkin memandang rendah tekad Stalin untuk mengambil Berlin dan mengambil alih program penyelidikan nuklear Jerman. Panglima AS memutuskan untuk berpegang pada rancangannya sendiri dalam kemaraan utama menyeberangi Rhine dan sekitar Ruhr.

Dengan restu dari Washington yang mengecewakan London, dia mengarahkan se-rangan utama Amerika ke arah timur ke Saxony – di mana ten-tera AS dan Ten-tera Merah bersalaman di Elbe, Torgau pada 25 April, dan ke selatan untuk menghadapi apa yang dia percayai dengan keliru sebagai benteng pertahanan Na-zi yang terakhir di Pegunungan Bavaria dan Austria.

Dengan sedikit keyakinan bahawa pasukan Inggeris akan berjaya tiba ke Berlin sebelum Soviet, sebagai konsesi kepada Eisenhower, British memerintahkan mereka untuk menuju terus ke sempadan Denmark dan maju di sepanjang pantai Jerman utara.

Pandangan Inggeris Tentang ‘Endgame’ Eropah

Perdana Menteri Winston Churchill dan Ketua Panglima Lapangan, Marshal Montgomery berkali-kali mencuba dan gagal meyakinkan AS bahawa Sekutu Barat harus merampas Berlin sebelum Soviet. Churchill merasa cemas dan risau akan niat Soviet di Eropah Tengah dan Timur pada pasca pe-rang, dan mahu pasukan Inggeris mempercepatkan kemaraan mereka untuk sampai ke Timur sejauh mungkin. Ini akan memberikan mereka kedudukan rundingan yang kuat dalam penempatan pasca pe-rang.

Namun, di Malta, British harus melupakan cadangan untuk se-rangan sekali arus oleh Sekutu Barat terhadap Jerman yang diketuai oleh Montgomery dan Kumpulan Ten-tera ke-21.  Strategi AS, tenaga kerja dan bekalan sen-jata api adalah dominan dan Montgomery tidak banyak menimbulkan keyakinan rakan sejawatnya dari Amerika.

Britain kini merupakan sekutu paling lemah dari ‘Big Three’ di sepanjang pe-rang, dan keadaan ekonominya yang berbahaya mendesak pe-rang ditamatkan dengan cepat. Menjamin penyertaan Soviet dalam pe-rang Timur Jauh juga adalah salah satu kepentingan Inggeris: se-rangan Soviet terhadap pasukan Jepun di Manchuria akan bermanfaat dalam usaha mengalihkan tumpuan ten-tera Jepun dari menghalang usaha Britain untuk merebut kembali Tanah Melayu. Walau sebesar mana jua kekecewaan Churchill dan Montgomery terhadap keputusan untuk melepaskan Berlin, mereka tetap tidak memiliki sumber daya atau pengaruh untuk meneruskan rancangan tersebut.

Sir Winston Churchill

Walaupun tidak berpuas hati dengan kejayaan Ten-tera Merah di Berlin atau optimis tentang cita-cita Soviet pada pasca pe-rang, pihak Inggeris tidak mampu mencabar Soviet dalam ‘perlumbaan Reichstag’.  Sekiranya dasar AS sampai ke sana terlebih dahulu, pasukan Sekutu Barat mungkin akan membuatkan Ten-tera Merah menuntut wang mereka, tetapi pada peringkat akhir konflik Eropah ini, perhatian Amerika tertumpu pada pe-rang di Timur Jauh.

Bagi Kesatuan Soviet, mencapai Berlin terlebih dahulu adalah tindakan simbolik dan se-rangan berjaga-jaga.  Stalin bertekad bahawa Ten-tera Merah mesti meruntuhkan benteng terakhir Na-zi Jerman yang ga-nas dan memacakkan Panji-panji Kejayaan mereka di atas runtuhan Reichstag yang terbakar. Kekuatan tekad pemimpin Soviet, dan keinginan Rusia untuk membalas dendam setelah berakhirnya konflik yang dahsyat, adalah membuktikan petanda buruk bagi kisah Eropah pasca pe-rang. Tetapi pada akhir April dan awal Mei 1945, kebanyakan orang hanya mahu pe-rang di Eropah berakhir.

Pasukan Soviet berjaya mena-wan bangunan Reichstag yang telah hampir bi-nasa akibat pe-rang. Foto terkenal yang sering kita lihat selama ini merupakan foto yang dipentaskan atau dilakonkan semula, iabmenunjukkan seorang askar Soviet mengangkat bendera USSR di atas bangunan parlimen bersejarah itu. Foto ini adalah amat penting bagi Soviet mengabsahkan diri mereka sebagai pihak yang bertanggungjawab menamatkan per-ang di Eropah.

RUJUKAN:

David Stafford, Endgame 1945: Victory, Retribution, Liberation (Little, Brown, 2007)

Ruangan komen telah ditutup.