Dalam sejarah tamadun China, pencarian maulhayat (elixir of life) menjadi satu agenda utama bagi kebanyakan maharaja mereka. Namun bak kata pepatah dalam kitab strategi Wuzi, “Siapa yang mengejar kehidupan akan m.at.i dan siapa yang mengejar kem.at.ian akan hidup.”

Semenjak era Dinasti Qin hinggalah ke era Dinasti Qing, terdapat sekurang-kurangnya lima belas orang maharaja China yang meni.ng.gal dunia akibat obses terhadap maulhayat. Antara m.ang.sanya ialah Maharaja Qin Shi Huang, Maharaja Taizong (maharaja kedua Dinasti Tang), dan Maharaja Yongzheng (maharaja Ming yang membiayai perlayaran Cheng Ho).

Ketiga-tiga mereka meni.ng.gal dunia sebelum sempat menjejak usia 60 tahun (Qin Shi Huang pada umur 49 tahun, Taizong pada umur 51 tahun, dan Yongzheng pada umur 57 tahun). Semuanya gara-gara menelan ramuan yang disangka sebagai maulhayat (elixir of life).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagaimana pun pada zaman Dinasti Tang (618-907 M), tepatnya sekitar tahun 900 Masehi, pencarian maulhayat menitipkan satu kisah berbeza.

Ketika ahli-ahli alkimia istana sedang mencuba beberapa resepi, ada dalam kalangan mereka yang mencampurkan potassium nitrat, arang dan sulfur sekali gus tanpa sengaja menghasilkan ubat b.edi.l terawal.

Bahan tersebut kemudian dimasukkan ke dalam batang buluh lalu dib.aka.r sehingga mengeluarkan l.etu.pan kuat. Percikannya, menghasilkan bentuk bunga api pertama di dunia.

Inovasi ini dikembangkan lagi sepanjang zaman Dinasti Song (960-1279 M). Penggunaan batang buluh digantikan dengan tiub kertas. Kefungsian fius juga ditambah, membuatkannya lebih berkesan jika dib.edi.l bersama anak panah – sama ada disasarkan pada m.usu.h, dilepaskan ke udara untuk tujuan pertunjukan, atau dib.edi.l bagi mengh.ala.u makhluk-makhluk halus.

Inovasi bunga api dilakukan tanpa sengaja sekitar 900 M oleh ahli alkimia Dinasti Tang

Melalui interaksi dengan Dinasti Abbasiyah, baik menerusi pep.era.ngan mahupun perdagangan, inovasi tersebut kemudiannya dibawa masuk ke Timur Tengah dan seterusnya sampai ke pengetahuan orang Eropah yang ketika itu hadir di rantau tersebut sebagai T.ente.ra Salib.

Perpindahan inovasi sebegini semakin rancak sewaktu China diperintah oleh Dinasti Yuan (1271-1368 M), memandangkan dinasti itu menghidupkan kembali kefungsian Laluan Sutera – laluan yang memicu hubungan antara Venice dan Khanbaliq (Beijing) menerusi pengembara tersohornya, Marco Polo.

Semenjak itu, kegunaan bahan pel.eda.k semakin dipelbagaikan sehinggalah terciptanya meriam dan senapang lantak. Dalam erti kata lain, penciptaan bunga api berlaku seiring dengan penciptaan s.enja.ta api.

Walaupun inovasi bunga api berasal dari China, bentuknya seperti yang kita kenali hari ini datangnya dari Itali.

Pada Zaman Renaisans, banyak sekolah piroteknik ditubuhkan. Di sekolah sebegini, murid-muridnya diajarkan cara mengendalikan bahan l.etu.pan, cara menghasilkan bentuk le.t.upan yang pelbagai, dan seumpamanya. Bunga api, adalah salah satu subjek yang dikaji.

Menerusi eksperimen-eksperimen yang dilakukan di sini, lahirlah bunga api yang mempunyai pelbagai warna hasil dari penggunaan beberapa bahan; strontium untuk warna merah, barium untuk warna hijau, tembaga untuk warna biru, dan sodium untuk warna kuning. Bahan-bahan tersebut tidak terlalu berbeza dengan apa yang digunakan pada hari ini.

Semenjak ratusan tahun yang lalu, bunga api sentiasa disinonimkan dengan keraian – dengan catatan-catatan yang jelas banyak direkodkan di Eropah.

Misalnya di Great Britain, majlis perkahwinan Henry VIII pada tahun 1486 menyaksikan pertunjukan bunga api pertama di sana. Manakala di Russia, bunga api mewarnai hari kelahiran putera kepada Peter the Great (1682-1725) selama lima jam tanpa henti. Begitu juga halnya semasa King George II menandatangani perjanjian yang menamatkan Perang Pewarisan Takhta Austria (1740-1748), ia turut diiringi pertunjukan bunga api.

Ilustrasi pertunjukan bunga api di Whitehall, Sungai Thames sekitar 1748/49 M

Pertunjukan bunga api juga dijadikan sebagai acara gilang-gemilang dalam sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (setiap 4 Julai) sejak 1777, selepas ia kali pertama kali dibawa ke benua itu oleh Captain John Smith sekitar 1608.

Pada tahun lepas sahaja, walaupun dilanda p.and.emi.k, negara terbabit memperuntukkan sebanyak 357.88 juta dollar (RM 1.49 billion) bagi mengimport bunga api dari negara China (tidak termasuk dari negara lain) sebagai persiapan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Angka tersebut tidak jauh berbeza dengan peruntukan pada dua tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 360 juta dollar. Itu cerita di negara Uncle Sam.

Hakikatnya, bunga api mewarnai sambutan-sambutan di seluruh dunia baik ia hari kemerdekaan, tahun baru, ataupun perayaan-perayaan tertentu seperti Diwali dan Malam Guy Fawkes.

RUJUKAN

Bradford, Alina. (30 August 2018). History of Fireworks. Live Science.

McIntyre, A. Douglas. (2 July 2019). Fireworks sales to top $1.3 billion in 2019. USA Today.

Thompson, Helen. (4 July 2014). 14 Fun Facts About Fireworks. Smithsonian Mag.

Wendorf, Marcia. (4 July 2019). The History of Fireworks: From Ancient China to Today. Interesting Engineering.

Werrett, Simon. (1 January 2015). A History of Fireworks From East to West. Ancient Origins


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.