1 Mac 2020 menjadi sejarah baharu buat PAS apabila buat kali keduanya menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan Malaysia.

Kali kedua? Ya, ini merupakan kali kedua PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Sebenarnya PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan buat kali pertama pada 28 Disember 1972 dalam kerajaan Campuran bersama Perikatan. 48 tahun yang lalu.

Menariknya ketika itu PAS mempunyai 12 orang ahli Parlimen masuk dalam kerajaan persekutuan bagi menstabilkan suasana politik negara yang terancam akibat rusuhan 13 Mei 1969.

Kemudiannya hubungan yang baik antara PAS dan Perikatan telah membuahkan satu gabungan politik yang baharu, iaitu Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1 Jun 1974.

Manakala, pada tahun 2020 ini pula, PAS dengan kekuatan 18 orang ahli Parlimen masuk bersama kerajaan persekutuan bagi menoktahkan kemelut politik yang berpanjangan akibat perpecahan kerajaan Pakatan Harapan.

Kita masih belum tahu apa nama gabungan ini, ada yang mengatakan ianya dinamakan sebagai Perikatan Nasional. Apapun namanya, yang lebih utama pembangunan negara mesti diteruskan.

Dua kali PAS bersama kerajaan persekutuan adalah untuk menyelamatkan negara terutamanya daripada suasana politik yang tidak baik (Ancaman perpecahan kaum 13 Mei dan Ancaman Perpecahan Pakatan Harapan/DAP).

Semoga perjalanan PAS dalam Kerajaan Persekutuan buat kali kedua ini mampu memberikan impak yang baik sebagaimana PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan buat kali pertama dahulu.

Melihat sejarah yang lepas, kita yakin PAS tetap istiqamah membawa agenda Islam dalam pentadbiran bersama kerajaan persekutuan pada kali ini. In sya Allah.

Artikel kiriman Ahmad Fahmi Mokhtar untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.