Di Malaysia, sebut sahaja perkataan berkhatan, kita pasti terbayang seorang kanak-kanak lelaki Muslim yang sedang dalam proses melangkah ke alam remaja. Bagi mereka, berkhatan sememangnya satu perkara yang menakutkan. Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP), bersama-sama Doktor, prosedur berkhatan ini juga amat sinonim dengan kami.

Rata-rata PPP (juga dikenali sebagai Dressar,HA dan MA sebelum ini) akan sibuk dengan majlis khatan perdana apabila tiba musim cuti sekolah. Mengikut pemerhatian saya, saya melihat perkembangan yang positif tentang amalan berkhatan ini di Malaysia. Saya sendiri pernah mengkhatankan beberapa kanak-kanak India dan Cina. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berkhatan semakin bertambah. Tidak ketinggalan, ada juga kes mereka yang sudah dewasa, tetapi dikhatankan kerana mengalami masalah dan penyakit di kawasan alat kelamin.

Adakah berkhatan cuma dikaitkan dengan Islam, Melayu atau Arab semata-mata? Di mana atau bila sebenarnya berkhatan ini mula-mula dilakukan?

Tahukah anda, majlis berkhatan yang paling awal pernah direkodkan adalah pada zaman Mesir Purba, sekitar 1300 tahun Sebelum Masihi. Menurut kajian, perintah berkhatan ini dikeluarkan oleh Firaun ke sembilan iaitu Amenhotep III.

Lukisan yang ditemui di dinding Temple of Khonspekrod di Luxor Mesir membuktikan amalan berkhatan telah dilakukan sejak dahulu lagi. Amalan berkhatan ini dilakukan di atas faktor ketaatan seorang hamba kepada Raja Firaun. Menurut Egyptologist (saintis yang mengkaji ilmu peradaban Mesir Purba), amalan berkhatan ini terus diamalkan di Mesir hinggalah ke zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain.

– Berkhatan Dari Sudut Agama

Terdapat perbezaan antara suruhan berkhatan dari sudut agama-agama Samawi, amalan ini dibuat atas dasar kepatuhan hamba kepada Tuhan mereka dan perintah berkhatan itu disampaikan melalui kitab agama masing-masing.

Sebagai contoh, dalam agama Yahudi, perintah berkhatan dikeluarkan dari Hebrew Bible dalam Genesis Chapter 17:13 dan Leviticus Chapter 12:3. Upacara berkhatan dalam agama Yahudi dipanggil sebagai Brit Milah. Dalam Kristian pula, suruhan berkhatan diturunkan melalui Kitab Gospel of Luke Versi 2 Ayat 21. Di dalam Kristian, terdapat beberapa pecahan dan kepercayaan tentang berkhatan. Ada sebilangan yang menentang berkhatan kerana percaya amalan berkhatan adalah amalan agama Pagan.

Di dalam Islam pula, tiada arahan jelas di dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun ulama’ mentakwil beberapa ayat Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW dan ia qias kepada hukum wajib berkhatan. Antara nas yang digunakan adalah

1- Hadis Nabi Muhammad SAW

“Fitrah (kesucian) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.”
(Riwayat Al-Bukhari)

2 – Ayat Al-Quran

‎ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. {An-Nahl (16): 123}

Menurut ulama’, ayat Al-Quran ini menunjukkan bahawa umat Nabi Muhammad perlu ikut agama dan cara Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengamalkan berkhatan, maka umat Nabi Muhammad juga perlu berkhatan.

– Berkhatan Dari Perspektif Perubatan Moden

Selain dari faktor kepatuhan kepada suruhan agama, berkhatan juga diamalkan dari sudut kepercayaan sains. Hal ini dibuktikan oleh ilmu perubatan moden hari ini di mana amalan berkhatan mula diamalkan oleh mereka yang tiada kaitan dengan agama-agama tersebut.

Di Amerika Syarikat, pada tahun 2003, data dari Persatuan Perubatan Kebangsaan Amerika menunjukkan 63% bayi lelaki berkulit gelap dan 58% bayi lelaki berkulit putih telah dikhatankan. Angka ini terus meningkat hari ini. Kajian dari mereka juga menunjukkan jangkitan HIV semakin menurun selepas praktis berkhatan ini diperkenalkan di negara itu.

Kajian ini telah membuktikan bahawa praktis berkhatan diterima oleh semua golongan termasuk yang beragama dan tidak beragama. Amerika Syarikat terkenal dengan negara yang mengamalkan faham liberal dan jumlah penduduknya yang ramai berfahaman Atheist.

Dari sudut perubatan, praktis berkhatan ini secara langsung telah dapat mengelakkan penyakit alat kelamin bagi lelaki seperti Balanitis, Phimosis, Paraphimosis, Gonorrhoea, HIV, HPV (bagi pasangan mereka) dan banyak lagi. Di Afrika sahaja, hampir separuh jumlah pesakit HIV dapat dikurangkan apabila amalan berkhatan diperkenalkan di sana.

Demikian sedikit sejarah dan praktis berkhatan di seluruh dunia. Artikel mengenai berkhatan bagi wanita akan disiarkan di masa akan datang. Marilah kita sama-sama menyuburkan amalan berkhatankan ini. Ia terbukti baik untuk kesihatan dan diamalkan di seluruh dunia. Namun harus diingat, tidak semua kes boleh dikhatankan. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah terlebih dahulu, elakkan risiko serta komplikasi.

Muhamad Muhsin Bin Zaidi
Penolong Pegawai Perubatan KKM

Rujukan

1. Circumcision In The Ancient Near East
Jack M Sasson
University of South Carolina
https://pdfs.semanticscholar.org/…/a45f6a41cfeec451a8e4d5d7…

2. The Historic Significance Of Circumcision (Jews)
Stephen J. Waszak
http://www.waszak.com/resume/Circumcision.pdf

3. Circumcision In Christian Bible
Gospel of Luke 2:21
https://www.biblestudytools.com/luke/2.html

4. Circumcision in United State : Where Are We?
Journal of The National Medical Association
https://www.researchgate.net/…/235365561_Circumcision_in_th…

5. The Medical Benefits of Male Circumcision
Aaron A. R. Tobian, MD, PhD and Ronald H. Gray, MD,Msc
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3684945/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak kelahiran Taiping ini bercita-cita untuk melihat Malaysia sebuah negara yang rakyatnya sihat dari sudut mental dan psikologi. Berkelulusan Diploma Pembantu Perubatan. Ingin menjadi seorang Psikologis di masa akan datang, beliau kini sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di UKM. Beranggapan setiap orang perlu ketawa jika ingin memiliki mental yang sihat. Pencetus page Si Rashid.

Comments are closed.