Dengan aktiviti perluasan wilayah berkembang pesat semasa era Khulafa al-Rashidin dan Bani Umayyah, para pemerintah sedar wujud keperluan membentuk angkatan laut untuk mengawal keselamatan perairan mereka. Selain memastikan tiada kapal musuh berkeliaran di perairan, ia juga merupakan satu lagi alat untuk membantu aktiviti perluasan kuasa kerajaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dan hakikat ini disedari oleh kerajaan Bani Abbasiyyah selepas berjaya menjatuhkan dinasti Bani Umayyah. Dengan Rom Timur/Byzantine terus menjadi duri dalam daging, keperluan ten.te.ra laut amat kritikal dalam menyaingi mereka. Berikut beberapa ekspedisi dan penaklukan yang dibuat mereka:

  • Ekspedisi pertama

Pada tahun 842 Masihi, satu ekspedisi ten.te.ra laut digerakkan oleh Khalifah al-Mu’tasim dari Syam ke Constantinople dengan tujuan menakluk kota berkenaan. Ekspedisi ini dilancarkan di sebalik perjanjian damai yang dimeterai antara baginda dengan pemerintah Byzantine, Theophilos setahun sebelumnya. Armada ini terdiri daripada tujuh buah kapal dengan kekuatan 400 orang.

Bagaimanapun, malang menimpa armada ini ia dibadai ribut semasa berlayar berhampiran Cape Chelidonia beberapa bulan kemudian. Akibatnya, hanya beberapa buah kapal yang terselamat dalam musibah berkenaan dengan mana-mana kapal terselamat diarah pulang ke Syam. Arahan itu seiring dengan kemangkatan al-Mu’tasim dan Theophilos sekaligus menyelamatkan ibu kota Byzantine itu daripada ditawan Bani Abbasiyyah.

  • Ekspedisi kedua

Menjelang abad ke-10 Masihi, kedua-dua kerajaan masih terjebak dalam konflik sekali-sekala. Tetapi pada tahun 904 Masihi, Byzantine terpaksa memohon bantuan Khalifah al-Muktafi Billah untuk memburu seorang figura gereja bernama Samonas. Samonas mula mendapat perhatian Maharaja Leo VI selepas menggagalkan usaha seorang ahli kerabat Byzantine iaitu Augusta Zoe untuk menggulingkan baginda.

Disebabkan peristiwa itu, beliau diberi kepercayaan mengawasi perkhidmatan polis rahsia Byzantine. Bagaimanapun, Samonas mengundang kemurkaan Leo VI selepas dikatakan terlibat dalam cubaan bu.n.uh ke atasnya bersama seorang lagi pegawai gereja bernama Nicholas I Mystikos. Dia melarikan diri ke Syam tetapi berjaya ditahan pasukan ten.te.ra laut Abbasiyyah. Selepas dihantar pulang, Leo VI mengarahkan Samonas dihukum ma.ti. (Fahmy, 1986)

Pada tahun sama, Rashiq al-Wardani/Ghulam Zurafa melancarkan kempen ke atas Thessalonica pada tahun 904. Pada awalnya, al-Muktafi berharap dapat menyambung usaha menakluk Constantinople tetapi Rashiq menyakinkan baginda untuk mengalihkan tumpuan ke Thessalonica. Tidak seperti Constantinople, pertahanan kota itu tidaklah sekukuh mana dan mudah ditembusi.

Rajah 1: Ilustrasi se.ra.ngan Abbasiyyah ke atas Thessalonica pada 904.

Dengan kekuatan 54 ghali dan 200 ten.te.ra, 22,000 orang dijadikan tawanan dengan 4,000 tawanan pe.ra.ng Muslim berjaya dibebaskan. Ekspedisi ini turut berjaya mera.mp.as 60 buah kapal dan memus.na.hkan 60 buah kapal pe.ra.ng dengan setiap ten.te.ra dibayar ganjaran 1,000 dinar. (Riedel, 2018)

  • Sardinia

Walaupun sibuk mengukuhkan kedudukan Bani Abbasiyyah, Khalifah Abu Abbas al-Saffah sedar aktiviti perluasan kuasa juga harus diberi perhatian. Dengan kekacauan yang timbul akibat kejatuhan Bani Umayyah dan kemunculan dinasti baru itu, pihak Byzantine pasti akan cuba mengambil kesempatan. Bagi memastikan mereka sibuk, baginda mengarahkan Gabenor Afrika Utara, Abdullah bin Habib membuat persiapan untuk menakluk Sicily dan Sardinia pada 752 Masihi.

Rajah 2: Syiling emas yang memaparkan wajah Constantine V.

Ini mendorong Maharaja Constantine V mengarahkan kedudukan pertahanan kedua-dua pulau diperkukuhkan dan rondaan ten.te.ra laut kerap diadakan di situ. Bagaimanapun, hasrat as-Saffah tidak kesampaian kerana sibuk menepis semua cubaan menyingkirkan baginda daripada takhta termasuk ahli-ahli kerabat Abbasiyyah sendiri. Disebabkan hal ini, kedua-dua pulau menikmati keamanan selama lebih 50 tahun sebelum akhirnya jatuh ke tangan pihak Islam. (Fahmy, 1986)

  • Cyprus

Cyprus sudah lama menggamit perhatian kerajaan-kerajaan Islam dari Khulafa’ al-Rashidin hingga Bani Abbasiyyah. Pada tahun 28 Hijrah, Muawiyah bin Abi Sufian r.a tiba di pulau berkenaan dan berjaya mengadakan perjanjian keselamatan dengan mereka. Perjanjian ini diteruskan sehingga tahun 688/689 apabila Khalifah Abdul Malik bin Marwan murka dengan syarat perjanjian Cyprus yang ditetapkan Maharaja Justinian II.

Ini kerana Abdul Malik merasakan kerajaan Bani Umayyah terpaksa menanggung hadiah tahunan termasuk wang dan hamba selain perlu berkongsi pendapatan dengan Justinian II. Selain itu, baginda juga merasa murka dengan tindakan maharaja Byzantine itu memindahkan sejumlah penduduk ke Hellespoint dan enggan menerima wang yang dicetak dengan ayat-ayat suci al-Quran. (Fahmy, 1986)

Pada tahun 698, Abdul Malik bersetuju menyerahkan Cyprus kepada Tiberius II melalui satu perjanjian khas. Ini membolehkan Cyprus kembali dibangunkan oleh Byzantine termasuk memperkukuh kubu pertahanan mereka. (al-Baladhuri, 2011) Ini mendorong pihak Abbasiyyah berusaha mendapatkan kembali pulau itu bermula dengan era Abu Jaafar al-Mansur.

Pada tahun 773 Masihi, al-Mansur menghantar sepasukan ten.te.ra laut ke Cyprus dan menawan pulau berkenaan. Bagaimanapun, baginda tidak meluluskan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas mereka, sama seperti dilakukan oleh Muawiyah r.a.

Semasa era Harun al-Rashid, kapal-kapal yang membawa ten.te.ra Abbasiyyah dari Syam ke Mesir dipintas oleh armada laut Byzantine. Murka dengan insiden tersebut, baginda mengarahkan armada laut Abbasiyyah yang berlabuh di Cyprus untuk mendapatkan kembali ten.te.ra-ten.te.ra yang ditawan. Walaupun mendapat bantuan armada tambahan yang dikirim oleh Maharani Irene, armada laut Byzantine tumbang dengan panglima mereka, Theophilus ditawan.

Rajah 3: Lakaran Harun al-Rasyid dalam buku Kisah 1001 Malam.

Pada tahun terakhir pemerintahan baginda, warga Cyprus melancarkan pemberontakan terhadap pihak Abbasiyyah. Ini memaksa Harun al-Rashid mengutus Gabenor Syria, Humayd ibn Ma’yuf al-Hamdani ke sana untuk menghentikan pemberontakan. Ekspedisi ini berjaya mendapatkan semula Cyprus dengan 16,000 orang tawanan dibawa pulang ke Baghdad. (al-Baladhuri, 2011)

  • Crete

Crete pernah dise.ra.ng sebelum ini oleh Humayd bin Ma’yuf al-Hamdani semasa era Harun al-Rashid. Crete kemudiannya tunduk semasa era al-Ma’mun menerusi ekspedisi yang dipimpin Abu Hafs Umar bin Isa al-Andalusi atau al-Ikritish. Bagaimanapun, Abu Hafs berpaling tadah dengan mengambil alih pulau tersebut dan berjaya menakluk Iskandariah pada 816.

Kebanyakan ten.te.ra yang membantu Abu Hafs ialah imigran yang melarikan diri dari Andalusia kerana tidak tahan dengan tekanan pemerintah Umayyah, Emir al-Hakam bin Hisham. Masalah ini hanya selesai 10 tahun kemudian apabila Abdullah bin Tahir diutus ke Mesir oleh al-Ma’mun untuk menamatkan an.ca.man Abu Hafs. (Fahmy, 1986)

  • Pertukaran tawanan

Pertukaran tawanan antara pihak Abbasiyyah dengan Byzantine bukan satu perkara asing dalam hubungan kedua-dua kerajaan. Walaupun ada ketikanya kedua-dua kerajaan bertegang leher dan bertembung di medan pe.ra.ng, hubungan kedua-duanya dipulihkan dengan cara menukar tawanan pe.ra.ng yang dimiliki mereka.

Misalnya pada tahun 805, kedua-dua pihak bertemu di Sungai Lamis yang mengalir ke Laut Mediterranean dengan pihak Byzantine di tebing barat dan Muslim di sebelah timur. Selepas berjaya memeterai perjanjian, pihak Byzantine membawa keluar ramai tawanan pe.ra.ng Muslim dari kapal-kapal mereka. (Kennedy, 1992, Mikeberidze, 2011)

Pada tahun 831, Theophilus mengirim sepucuk surat kepada al-Ma’mun dan menyatakan keinginan mengadakan perjanjian damai dengannya. Sebagai tanda keikhlasan baginda, baginda bersetuju melepaskan 7,000 tawanan pe.ra.ng dengan nilai wang tebusan 100,000 dinar. Ini disusuli dengan pengutusan duta John the Grammarian ke Baghdad dengan membawa surat mengadakan hubungan damai, membentuk hubungan komersial dan menukar tawanan setahun kemudian. (Norwich, 1991)

Rajah 4: Maharaja Theophilus

Aktiviti pertukaran tawanan ini kembali disambung semasa era al-Mutawakkil selepas kemangkatan al-Mu’tasim dan al-Wathiq. Untuk membawa pulang tawanan-tawanan pe.ra.ng Muslim yang ditahan di Constantinople, baginda mengirim duta Nasr ibn al-Azhar ke sana untuk menguruskan hal berkenaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hasilnya, 2,000 tawanan dilepaskan Byzantine sebagai tukaran kepada 1,000 tawanan Bani Abbasiyyah. Pertukaran ini turut diiringi dengan pertukaran hadiah berupa kasturi, sutera dan safron tanpa sebarang wang tebusan.

RUJUKAN:

Abdul Razak, A. Q. et al. (2013). The History of the Muslim Naval Army During the ‘Abbasid Era. Advances in Natural and Applied Sciences, 7(1). Halaman 79-83

al-Biladhuri, A. Y. (2011). The Origins of Islamic State (Kitab Futuh al-Buldan). Cosimo Classics.

Fahmy, A. M. (1986). Muslim Sea-power in the Eastern Mediterranean: From the Seventh to the Tenth Century A.D. National Publication & Printing House.

Mikaberidze, A. (2011). Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. Halaman 222.

Kennedy, H. (1992). Byzantine-Arab diplomacy in the Near East from the Islamic conquest to mid eleventh century. Byzantine Diplomacy: Papers from the Twenty-fourth Spring Symposium of Byzantine Studies. Variorium/Ashgate Publishing Ltd. Halaman 133-143.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.