Onmyōdō mempunyai sejarah panjang yang berwarna-warni. Asal-usulnya boleh dijejak kembali pada kurun ke-5 atau ke-6 Masehi, di mana Buddhisme  dan Konfusianisme mula diperkenalkan ke Jepun.

Pengaruh daripada negara tembok besar itu turut merangkumi prinsip Yin-Yang dan lima elemen (keseimbangan antara elemen Belantara, Api, Tanah, Logam, dan Air) , di mana kesemuanya ini kemudian bercampur dengan kepercayaan tempatan lalu membentuk aliran Onmyōdō.

Menjelang kurun ke-10 Masehi, aliran tersebut meraih perhatian meluas. Namun sembilan abad kemudian, ia diha.ramkan bersama satu lagi aliran serupa, iaitu Shugendō. Disebabkan pengharaman ini, ramai pengamal Onmyōdō (disebut Onmyōji) bersembunyi dan beberapa cabang aliran lain pula dibubarkan secara total.

Oleh kerana itu, sekelumit maklumat perihal aliran ini hanya dapat diperoleh daripada sumber-sumber lama dari zaman Heian, termasuklah sumber lisan. Zaman Heian dianggap sebagai zaman perdana bagi aliran Onmyōdō, khususnya dalam kalangan bangsawan dan kerabat istana.

Aliran Onmyōdō bermula sejak kemasukan prinsip Yin-Yang dan lima elemen dari China ke Jepun

Ia menjadi mata pencarian buat ramai orang, dengan Onmyōji paling tersohor dalam kalangan mereka ialah Abe no Seime. Banyak legenda yang menyelubungi kisah kelahirannya sekali gus membuatkan beliau dilihat sebagai tokoh mitos berbanding tokoh sejarah.

Kononnya, ibu Abe no Seime merupakan seekor kitsune bernama Kuzu no Ha. Kitsune ini jatuh cinta dengan seorang sami yang menyelamatkannya. Sami ini disifatkan mahir dalam Taoisme dan Buddhisme.

Keturunan Abe no Seime dikenali sebagai keluarga Tsuchimikado. Semenjak beliau meninggal dunia di usia 85 tahun pada tahun 1005 Masehi, keluarga Tsuchimikado menjawat kedudukan penting sebagai tukang ramal istana.

Menurut catatan, Abe berupaya meramal jantina bayi sebelum dilahirkan. Ramai golongan berada di Zaman Heian akan mendapatkannya bagi mengetahui jantina anak masing-masing. Kesohorannya di istana juga tidak dapat disangkal.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Wanita-wanita istana gemar bermain sembunyi-sembunyi barang lalu menyuruh Abe untuk mencarinya menggunakan kemahiran beliau sebagai seorang Onmyōji. Ketepatannya dalam mengenal pasti lokasi barangan tersembunyi banyak membantu beliau menyelesaikan kes-kes kehilangan.

Abe juga cekap membaca bintang dan memanfaatkannya untuk meramalkan untung nasib sesebuah pepe.rangan. Kepakarannya dalam bidang geomansi (serta susun-atur rumah mengikut prinsip Feng-shui) membuatkan beliau diberi tugas menentukan lokasi penggalian perigi atau pembinaan tembok.

Bagaimanapun sebagai seorang Onmyōji, peranan utamanya adalah memagar sesebuah kawasan menggunakan kertas jampi Ofuda. Abe juga memasyhurkan penggunaan Seimei Kikyō, iaitu simbol bintang berbucu lima yang turut dikenali di Barat sebagai pentagram.

Abe no Seime mungkin merupakan Onmyōji yang paling masyhur. Namun, sejarah juga mengenang nama Yakou Tsuchimikado sebagai pengasas aliran Onmyōdō yang dikenali hari ini. Beliau mengasaskan sistem Onmyōdō Istana yang membolehkan badan istana mengatur dan melantik Onmyōji profesional sekali gus menyusutkan bilangan Onmyōji olok-olok.

Apapun, langkah ini jugalah yang membawa kepada pembubaran aliran Onmyōdō apabila Undang-Undang Shinbutsu-Buri 1868 memerintahkan supaya Buddhisme dipisahkan daripada Shinto. Ketika itu, elemen-elemen Buddhisme, Shinto, Taoisme, dan Konfusianisme sudah pun sebati di dalam aliran Onmyōdō.

Keadaan ini membuatkan Onmyōdō dan beberapa aliran lain diha.puskan. Badan Onmyōdō Istana juga dibubarkan. Keluarga Tsuchimikado diu.sir daripada istana dan harta-benda mereka habis diram.pas.

Pun begitu, elemen-elemen Onmyōdō masih mengakar dalam Shinto moden dan beberapa amalan kebudayaan setempat. Hari ini, ia tampil di dalam beberapa media seperti filem, mangaanime, dan permainan video.

Onmyōdō secara intisarinya merupakan sebuah seni ramalan. Seorang Onmyōji perlu cekap membaca bintang dan mahir dalam kosmologi. Kebanyakan kertas jampi Ofuda yang dapat kita lihat mengandungi carta bintang ataupun buruj. Ia bertujuan menyeru kuasa kami atau semangat yang dikaitkan dengan bintang-bintang tertentu.

Onmyōji juga dikatakan mampu berinteraksi dengan yokai dan roh manusia yang telah ma.ti. Oleh kerana itu, mereka dipertanggunjawabkan dengan kerja-kerja membaca pergerakan jasad samawi bagi menentukan hari-hari yang sesuai untuk menjalankan sesebuah upacara.

Mereka juga perlu meramal kelahiran atau kema.tian, mengu.sir roh-roh jahat, dan membantu membuat keputusan ketenteraan atau susun-atur bangunan. Bagaimanapun, aktiviti paling utama mereka adalah pengu.siran roh (exor.cist).

Laluan untuk menjadi seorang Onmyōji yang mahir bukanlah mudah. Bertahun-tahun lamanya perlu dihabiskan untuk menguasai penggunaan mantera pelindung dan Mudra tangan. Mudra yang paling sinonim bagi mereka ialah Kuji-in/Kuji-kiri (Sembilan Meterai Tangan) yang setiap satunya mewakili:

  1. Rin (臨) – Merangsang kekuatan raga dan minda
  2. Kyō (兵) – Mengalir dan memusatkan tenaga dalaman (chakra) ke satu titik
  3. Tō (闘) – Menenangkan diri untuk berharmoni dengan alam sekeliling
  4. Sha (者) – Meditasi bagi merawat kelelahan dan kesa.kitan yang dialami
  5. Kai (皆) – Memupuk gerak hati untuk menghidu anca.man
  6. Jin (陣) – Menilik fikiran dan isi hati
  7. Retsu (列)  – Mengawal ruang dan masa
  8. Zai (在) – Mengawal elemen alam
  9. Zen (前) – Memupuk kepantasan
Kuji-kiri, sembilan meterai tangan yang digunakan oleh Onmyōji

Selain mudra tangan, Onmyōji juga dikatakan menggunakan dua ilmu lain iaitu Taizen Fukan no Sai dan ShikigamiTaizen Fukan no Sai merupakan satu ritual yang kononnya bertujuan memperpanjang hayat dan membangkitkan seseorang daripada kema.tian; diasaskan oleh Abe no Seime sendiri.

Nama ritual ini diambil daripada Taizan, dewa gunung Taishan di Shandong, China yang dianggap sebagai salah satu raja nera.ka (prince of he.ll). Ritual ini tidak menggunakan sebarang mantera. Sekadar pertukaran janji antara Onmyōji yang menawarkan kor.ban kepada Raja-Raja Nera.ka (antaranya Taizan, Enma dan lain-lain) bagi mendapatkan imbalan tertentu.

Bagi penggemar fiksyen, ritual inilah yang dilakukan oleh bapa Hyakkimaru dalam anime Dororo di mana satu persatu anggota tubuh Hyakkimaru ditawarkan kepada raja-raja neraka bagi menjamin kekuasaannya.

Babak dalam anime Dororo di mana bapa Hyakkimaru melakukan ritual Taizen Fukan no Sai

Shikigami pula adalah roh yang diseru oleh seseorang Onmyōji untuk berkhidmat sebagai pendamping atau pembantunya. Ia berperanan melindungi tuannya, di samping melaksanakan kerja-kerja lain seperti menghantar pesanan, menakutkan penja.hat, dan memberi tenaga tambahan sewaktu mengerjakan ritual tertentu.

Abe no Seime bersama Shikigami dampingannya

Shikigami selalunya menjelma sebagai haiwan, khususnya burung. Penggunaan Shikigami dalam aliran Onmyōdō disifatkan amat berbahaya, kerana ramai Onmyōji yang hilang kendali ke atas Shikigami masing-masing sekali gus mengor.bankan nyawa sendiri.

Dicatatkan, Abe no Seime mempunyai dua belas Shikigami. Bilangan ini mendorong sejarahwan untuk mengandaikan wujud perkaitan antara Shikigami dan 12 Semangat Syurgawi dalam aliran Buddhisme.

Walaupun aliran Onmyōdō diharamkan sejak dua kurun yang lalu, pintu pembelajarannya dibuka kembali pada tahun 2006 – kecuali mantera-mantera terla.rang.  Semenjak itu, sejarahnya mula dihidupkan kembali. Kuil Seime yang dibina pada tahun 1007, dua tahun selepas kematian Abe no Seime turut dihidupkan sehingga menjadi antara destinasi pelancongan tersohor di Jepun pada hari ini.

Kuil Seime di Kyoto, Jepun


TERJEMAHAN

Nisa Ryan. (11 Jun 2019). The Oriental Magical Practice of Onmyōdō and its Checkered History. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.