Sejarah 13 District Panem Dalam The Hunger Games

3619
views

Siapa peminat cerita The Hunger Games? Siapa pernah baca novelnya? Saya menonton filem triloginya dan membaca novelnya dan komen saya ialah, novelnya memang terbaik dan saya amat tabik hormat kepada penulis novel ini,  iaitu Suzanne Collins kerana membuatkan novel ini berjaya.

Filemnya sekadar “okey” meskipun naskah ini tidak menerangkan secara terperinci seperti novel. Jika anda pernah menonton Hunger Games ini anda akan dapati universenya merangkumi ada 13 daerah atau 13 District. Setiap satu daerah atau district ini mempunyai fungsinya sendiri di mana saya sendiri akan menerangkan dalam artikel ini.

Panem ini terbentuk pada abad masa hadapan di mana dunia sudah mengalami “hari kiamat” dan ramai manusia mati hasil dari hari kiamat itu. Hanya kawasan benua Amerika sahaja yang masih wujud dan boleh diduduki oleh manusia. Disebabkan itu, manusia yang terselamat dari hari kiamat itu membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Panem dan ibu negaranya ialah “The Capitol”. Secara teknikalnya, tanah besar Panem ini adalah negara Amerika yang sudah musnah akibat berlakunya hari kiamat itu.

Bagaimanakan Hunger Games ini terjadi? Ini kerana berdekad yang lalu sebelum peristiwa Hunger Game dalam novel ini, terjadinya perang saudara antara pemberontak dan The Capitol. Peristiwa ini dikenali sebagai “1st Rebellion war” dan The Capitol menang dalam perperangan itu. Disebabkan peristiwa ini, kerajaan Panem membuat Hunger Games sebagai “denda” kepada semua rakyat 13 daerah kerana menentang The Capitol.

Setiap tahun, akan ada dua peserta lelaki dan wanita menyertai Hunger Games mewakili daerah yang mereka tinggal. Sebuah gelanggang disediakan untuk kesemua peserta dari 13 daerah bertempur sehingga hanya seorang sahaja peserta yang tinggal sekaligus dinobatkan sebagai pemenang. Ini serba sedikit penerangan tentang sejarah Panem dan hunger games ini.

Sekarang saya akan terangkan sejarah tentang 13 daerah di Panem ini. Kesemua daerah penduduknya tidak bebas untuk berinteraksi sesama penduduk di daerah lain kerana ada sesetengah daerah di kelilingi pagar elektrik dan dinding tinggi yang dijaga oleh “peacemakers” iaitu penjaga atau tentera yang bekerja untuk The Capitol. Setiap daerah ini akan mempunyai fungsi mereka sendiri dan kesemuanya akan di hantar ke The Capitol bagi menjana ekonomi Panem ini. Baiklah, saya mulakan senarai ini bermula di The Capitol

THE CAPITOL

The Capitol adalah ibu negara Panem. Di sini terletaknya tempat pentadbiran pemimpin Panem dan juga istana pemimpin Panem. Penduduk di The Capitol ini adalah kaya raya kerana hasil mereka dapat dari daerah-daerah yang lain dan mereka amat meminati barangan meah dan juga berfesyen.

Jika anda menonton filem, anda akan lihat penduduk di The Capitol semua memakai fesyen dari cantik hingga pelik malah ada juga yang sanggup melakukan pembedahan muka untuk kelihatan lebih cantik atau.. umm pelik. Dikatakan dalam buku, Presiden Cornelius Snow, watak antagonis dalam cerita ini, pada awalnya dia memiliki bibir yang tebal, tetapi disebabkan dia juga amat meminati fesyen sama seperti penduduk The Capitol yang lain, dia membuat pembedahan mengubah bibirnya sedikit dengah menipiskan bibirnya. Seperti saya kata, penduduk The Capitol ini hidup mewah dan kaya raya dan tidak mengambil kisah tentang apa yang terjadi di daerah yang lain. (Kecuali ketika siri Mockingjay)

DISTRICT 1

Fungsi District 1 ini ialah membuat barangan mewah seperti barang-barang kemas, perfume yang mahal, dan barangan mewah yang lain. Sama seperti The Capitol, kehidupan mereka di District 1 ini amat kaya raya kerana The Capitol mengharapkan barangan buatan mereka. Golongan muda di District 1 ini amat menghargai Hunger Games dan setia dengan The Capitol.

Golongan muda di district ini akan berlatih sejak kecil untuk memenangi Hunger Games. Mereka digelar “The Careers” kerana mereka berlatih untuk menyertai Hunger Games sejak kecil lagi. Katniss, watak utama siri ini menggelarkan mereka sebagai “Anjing kerajaan The Capitol” kerana kesetiaan mereka kepada kerajaan The Capitol.

Namun pada berlakunya perang pemberontak yang kedua atau 2nd Rebellion War (Dalam siri cerita Hunger Games ini) district 1 adalah salah satu district awal yang menentang The Capitol. Watak yang menyertai Hunger Games dalam novel mewakili District ini ialah Marvel dan Glimmer serta Cashmere dan Gloss

DISTRICT 2

Fungsi District 2 ialah pembuat senjata, memotong batu untuk buat bangunan dan tempat latihan untuk “Peacekeepers”. Lokasi mereka di kawasan gunung dan ia agak dekat dengan The Capitol. Kehidupan penduduk di sana juga kaya raya seperti District 1. Mereka juga sama seperti District 1, amat setia dengan The Capitol.

Golongan muda di sana juga sejak kecil berlatih untuk menyertai hunger game dan amat berbangga menyertai permainan itu. Dikatakan, sepanjang Hunger Games, District 2 memperolehi kemenangan terbanyak dari semua District lain kerana keazaman mereka untuk memenangi permainan itu. Mereka mempunyai banyak kampung dan lombong di kaki gunung  untuk mengambil batu dan sumber asli di gunung itu. District 2 juga mempunyai kawasan pertahanan utama The Capitol yang digelar “The Nut”.

Dalam perang pemberontak yang kedua, District 2 setia dengan The Capitol sehingga kejatuhan The Capitol. District 2 adalah District terakhir yang dijatuhkan oleh pemberontak kerana ramai “Peacekeepers” berkubu disana untuk mempertahankan “The Nut” malah District 2 juga adalah yang terakhir menyertai pemberontak selepas pemberontak menawan “The Nut”. Watak yang menyertai Hunger Games dalam novel ini ialah Cato dan Clove serta Brutus dan Enobaria

DISTRICT 3

Fungsi District 3 ini ialah pembuat barangan elektronik. Hampir semua penduduk disana bekerja di kilang elektronik dan mempunyai bakat dalam pembuatan barang elektronik yang menjadi kelebihan mereka ketika hunger games. Mereka juga dikatakan membina berberapa alatan elektronik bersenjata untuk kegunaan hunger games. Dikatakan juga ramai penduduk di District ini adalah “nerd” dan amat bijak dalam pelajaran. Sungguhpun mereka mempunyai kelebihan dalam pembuatan elektronik dan engenieering, district ini paling termiskin antara District 1 dan 2. Watak yang menyertai Hunger Games dalam novel ini ialah Beetee dan Wiress

DISTRICT 4

Fungsi District 4 ini ialah perikanan. District ini paling dekat dengan laut dan penduduk di sini juga agak kaya raya. Dalam novel, District ini juga amat setia dengan The Capitol dan amat berbangga dengan penyertaan mereka dalam hunger games.

Walaupun District mereka kaya raya mereka tidak menunjuk kekayaan mereka berbanding District 1 dan 2. Mereka hidup secara normal dan meneruskan kerja mereka tanpa mengambil tahu tentang politik di The Capitol dan Panem.

Dalam filem, mereka  hidup sederhana tetapi amat membenci dengan The Capitol kerana kekejaman pemimpin mereka dan mereka juga menyertai pemberontak untuk menjatuhkan The Capitol. Watak yang menyertai hunger games dalam novel ini ialah Finnick Odair dan Mags.

DISTRICT 5

Fungsi District ini ialah kuasa elektrik. Mereka mempunyai pusat jana kuasa elektrik untuk semua District dan majoriti stesen janakuasanya di salurkan ke The Capitol. Dalam buku dan filem, pemberontak berjaya memusnahkan salah satu empangan di District 5 yang menjana kuasa elektrik di The Capitol mengakibatkan seluruh The Capitol tiada elektrik. Tidak banyak diterangkan sangat tentang District 5 ini melainkan ia adalah pusat janakuasa utama di Panem malah watak yang menyertai hunger games dalam novel ini tidak diketahui namanya melainkan dipanggil gelaran “fox face”, peserta wanita District 5. Peserta lelaki District 5 tidak diketahui namanya.

DISTRICT 6

Fungsi District 6 adalah pengangkutan. Di sini, penduduk bekerja di kilang pembuatan dan pembaikian sistem pengangkutan di seluruh Panem. Sistem rel keretapi dibina ke seluruh Panem untuk kemudahan rakyat. Nama watak yang menyertai Hunger Games dalam novel mewakili District ini tidak diketahui nama sebenar mereka melainkan diberi gelaran “morphlings”  kerana kedua-dua peserta District 6 ketagih dengan dadah yang dikenali sebagai morpholing iaitu dadah yang membuatkan mereka menjadi berani dan bersemangat seperti dadah morfin.

Ada pendapat teori peminat menyatakan kemungkinan besar District 6 adalah pusat pengedar dadah morphling ke seluruh Panem. Mereka menggunakan bakat mereka dalam pengangkutan dengan menghantar dadah ini ke district yang lain. District 6 tidak banyak diceritakan dalam filem mahupun novel.

DISTRICT 7

District 7 ini amat mahir dalam kertas dan kayu. Kawasannya dipenuhi hutan dan juga kilang pembuat kayu dan kertas. Jadi secara teknikalnya, district ini mempunyai kawasan hutan yang indah dan kawasan industri yang penuh dengan pencemaran. Mereka amat mahir dengan menggunakan kapak seperti yang diterangkan oleh Katniss ketika melihat Johanna Mason, peserta wanita District 7 menghayun kapak dan mampu membunuh peserta lain hanya menggunakan kapaknya tanpa sebarang masalah. Peserta lelaki District 7 yang bernama Blight menentang pemilihan beliau untuk menyertai Hunger Games ini. Penduduk District 7 dikatakan penentang kerajaan The Capitol tetapi secara rahsia.

DISTRICT 8

Kepakaran District 8 ialah tekstil dan ia adalah kawasan industri penuh yang membuat pakaian untuk semua warga Panem dan juga mempunyai kilang yang membuat baju “The Peacemakers”. District 8 adalah district paling tercemar antara semua district yang lain dan mereka hidup dalam kemiskinan.

District ini jugalah kubu kuat pemberontak menentang The Capitol dan ia adalah kawasan yang dikawal ketat oleh The Capitol di mana “Peacemakers” akan berada di sana untuk mengawal setiap pergerakan penduduk District 8 untuk mengelakkan sebarang pemberontakan. Mereka juga dilayan teruk oleh “Peacemakers” dan dikerah bekerja dan hidup dalam kemiskinan dan pencemaran.

Di Mockingjay, Katniss pernah menziarahi hospital District 8 sebelum ia diletupkan oleh The Capitol, membunuh semua pesakit dalam hospital itu. District 8 juga adalah kawasan kedua  yang sering menjadi sasaran The Capitol. Ketua pemberontak, Paylor yang tinggal di District 8 menjadi Presiden Panem pada akhir siri ini. Watak peserta yang menyertai hunger games ini ialah Woof dan Cecelia.

DISTRICT 9

Kepakaran penduduk District 9 ini ialah membuat gandum dan garam. Ia adalah District yang paling kurang diceritakan dalam siri ini malah peserta District 9 tidak melakukan apa-apa penampilan dalam siri ini melainkan ia hanya diterangkan sedikit di mana peserta lelaki District 9 menyerang Katniss di belakang untuk mengambil makanan dari Katniss tetapi dibunuh oleh Clove yang menikam lelaki itu dari belakang. Tiada penampilan penting malah tidak diketahui secara terperinci tentang District 9 dan watak-wataknya.

DISTRICT 10

Penduduk District 10 amat mahir dalam pengurusan penternakan. Mereka mengkaji, membuat makanan daging kepada The Capitol. Mereka juga dikatakan mempunyai ladang lembu, kambing, ayam dan binatang ternak yang lain. Kawasannya adalah kawasan tanah lapang yang penuh dengah penternak binatang dan juga mereka ada kilang memperoses makanan.

Dikatakan, District ini juga ramai “Peacemakers” mengawal setiap kilang dan kawasan ternakan kerana terdapat banyak kes di mana rakyatnya mencuri binatang ternak untuk membuat makanan mereka sendiri. Sesiapa yang mencuri akan ditangkap dan dihukum sebat di hadapan orang ramai ataupun dibunuh.

Watak District 10 ini tidak diketahui namanya melainkan Dalton, seorang pelarian dari District 10 yang menceritakan tentang teori District 13 yang tidak dimusnahkan oleh The Capitol, beratus tahun yang lalu (akan diceritakan kemudian). Peserta District 10 membuat penampilan dalam Hunger Games di mana peserta district ini memakai pakaian seperti lembu dan membawa senjata “besi panas” seperti penternak yang menggunakan bsei panas untuk menge “cop” lembunya.

DISTRICT 11

Penduduk district ini pakar dalam agrikultur. Mereka mempunyai ladang tumbuhan dan buah-buahan di seluruh district ini. Kawasan tempat tinggal mereka adalah rumah kecil dan teratak di mana mereka juga hidup dalam kemiskinan. Dikatakan, majoriti penduduk di district ini berkukit hitam dan warna mata mereka coklat. Kehidupan mereka lebih teruk berbanding distriect yang lain di mana mereka sentiasa dikawal oleh “Peacemaker”.

Sama juga seperti District 10 terdapat banyak kes kecurian makanan di sana yang sepatutnya makanan itu dihantar ke The Capitol. District ini adalah district yang paling dikawal ketat oleh The Capitol dengan pembinaan tembok besar dan pagar elektrik yang beroperasi 24 jam untuj mengelakkan penduduk District 11 keluar dari kawasan itu.

Kekangan dan kesusahan hidup di district ini mencetuskan pemberontakan secara besar-besaran. District 11 adalah district yang pertama membuat pemberontakan secara besar-besaran diikuti District 8 dan 7. Mereka mendapat banyak bantuan secara senyap-senyap dengan District 8 dengan bantuan senjata dan pakaian.

Penduduk District 11 membalas dengan memberikan makanan dan perubatan kepada District 8 kerana selain pakar dalam pembuat makanan agrikultur, mereka amat mahir dalam membuat ubat dan herba. Watak peserta dalam novel ini ialah Thresh dan Rue serta Chaff dan Seeder.

DISTRICT 12

Kepakaran District 12 ialah melombong arang batu dan lokasinya paling jauh dari The Capitol. Lokasinya di kawasan pergunungan barat Panem. Mereka mempunyai banyak lombong arang batu dan ia adalah district paling termiskin di Panem. Ini berkemungkinan kerana terdapat kes di mana berlaku kemalangan dalam lombong arang batu yang membunuh pekerja di sana dan juga kawasannya yang jauh dari bandar district lain menjadikan mereka mengalami kekurangan makanan yang ketara.

Dikatakan juga, arang batu semakin kurang mendapat sambutan di Panem kerana mereka lebih memfokuskan teknologi elektronik. Disebabkan itu, Mayor District 12 dan “Peacekeeper) melonggarkan undang-undang Panem khas untuk District 12 sahaja. Salah satu undang-undang ketat Panem ialah tiada seorang pun boleh keluar dari district mereka ikut suka hati. Malah nak naik tren dari district ke district juga memerlukan “permit”. Lebih kurang begitulah undang-undangnya.

Tetapi ia dilonggarkan untuk District 12 untuk mencari sumber luar seperti memburu binatang dan mengambil tumbuhan di luar district ini. Mereka mempunyai pagar elektrik disekeliling District 12 tetapi ia selalu dimatikan bagi kemudahan penduduk district ini mencari rezeki di luar.

District 12 ini dikelilingi hutan dan banyak haiwan liar berkeliaran di kawasan hutan ini. Dikatakan ia agak jauh dari district yang lain. Disebabkan mereka ingin mencari sumber rezeki bagi menyara hidup mereka, berlaku banyak “barang seludup” atau pasar gelap dijual di salah satu kawasan di district ini yang dikenali sebagai “The Hob”. Ia adalah pusat perniagaan warga District 12.

District 12 ini mempunyai 2 bahagian yang dibahagikan di tengah-tengah district ini mempunyai banjaran yang menjadi petanda pemisah antara dua bahagian di District 12 ini. Tidak dipastikan sama ada district lain juga mempunyai bahagian-bahagian seperti District 12 ini atau hanya District 12 sahaja yang seperti ini.

Bahagian pertama ia dikenali sebagai “The Seam” ia adalah kawasan setinggan yang banyak pelombong arang batu tinggal di sini. Katniss dan kawan baiknya, Gale tinggal di “The Seam” ini. Satu lagi bahagian ialah “Square” di mana ia adalah kawasan pada pedaganh atau peniaga akan datang ke pekan dan tinggal di sini. Peeta Mellark, anak kepada pemilik kedai roti, tinggal di sini.

Di District 12, mereka boleh mengetahui individu ini sama ada tinggal di “The Seam” atau di “Square”. Penduduk yang tinggal di “The Seam” rambut mereka bewarna hitam, mata yang bewarna sedikit kelabu dan berkulit sawa matang dan bagi penduduk “Square” kulit mereka putih berambut “blonde” dan bermata biru.

Seperti saya kata tadi, Katniss dan Gale dari “The Seam”, Peeta dari “Square” cuma adik Katniss, Prim mempunyai wajah penampilan seperti “Square” tetapi tinggal di “The Seam”. Ini kerana Bapa Katniss dan Prim adalah dari “The Seam” dan ibu Katniss dan Prim dari “Square”. Pada awalnya, Keluarga Katniss tinggal di “Square” kecuali ayahnya yang bekerja di lombong arang batu. Ini menyebabkan mereka berpindah dari “Square” ke “The Seam” untuk berdekatan dengan ayahnya.

Di District 12 juga, ada 12 rumah villa di atas bukit kecil berjauhan sedikit dari pekan utama district itu. Ia adalah tempat tinggal pemenang pertandingan Hunger Games. Ia dikenali sebagai “The Victor’s Village”. Pada awalnya, kawasan itu agak sunyi kerana District 12 dikatakan paling sikit pemenang antara semua district yang lain sebelum pertandingan hunger games yang ke-74. Dikatakan, peserta District 12 yang menyertai Hunger Games paling awal dibunuh oleh peserta lain.

Selepas pertandingan hunger games ke-75 tamat dengan peserta hunger games berjaya melarikan diri dan tiada pemenang, The Capitol memusnahkan majorti pekan dan perumahan District 12 kecuali “Tue Victor’s Village” tidak diserang. Ia adalah mesej amaran dari Presiden Cornelius Snow tentang “pemberontak” dan Katniss.

Selepas perang pemberontak yang kedua dan Kerajaan Presiden Snow dijatuhkan serta pembunuhan Alma Coin oleh Katniss, Paylor, ketua pemberontak telah menjadi Presiden Panem.Penduduk District 12 yang terselamat (sekitar 10% sahaja yang terselamat dari pengeboman dari The Capitol) tinggal di “The Victor’s Village” dan membina semula kehidupan mereka. Mereka juga menukar sumber rezeki mereka dari melombong arang batu ke perubatan selepas perang pemberontak yang kedua tamat.

DISTRICT 13

Sebelum perang “Dark Days” (atau perang pemberontak yang pertama), District 13 adalah pusat pembinaan tenaga nuklear. Perlombongan graphite dan pembuat senjata letupan dan bahan senjata api merbahaya. Mereka adalah pengedar senjata nuklear utama untuk The Capitol.

Ketika perang “Dark Days” mereka adalah salah satu penyumbang senjata dan juga pasukan penyerang menyebelahi kumpulan pemberontak. Pada akhir perang, mereka berjaya menawan senjata Nuklear The Capitol yang boleh memusnahkan The Capitol dengan senjata Nukelar, memusnahkan The Capitol.

Kerajaan The Capitol agak takut dan ingin menghapuskan serangan itu, mereka membuat perjanjian bertutup dengan Pemimpin District 13 untuk tidak menyerang The Capitol dengan berberapa syarat, The Capitol akan memusnahkan District 13 tetapi dengan menyuruh rakyat District 13 meninggalkan tempat mereka.

Selepas mereka “memusnahkan” District 13, The Capitol menyebarkan video dan gambar di berita untuk tatapan setiap penduduk di Panem tentang kemusnahan District 13, menambahkan ketakutan orang ramai tentang kehebatan The Capitol dengan senjata yang lebih canggih dari pemberontak.

Disebabkan ini, bermulanya Hunger Games atas balasan pemberontak melawan The Capitol. Selepas pengumuman Hunger Games ini, District 13 telah diberi kebebasan untuk tidak terlibat untuk menyertai acara tahunan Hunger Games mengikut perjanjian mereka. Dikatakan, District 13 memerintah sendiri tanpa gangguan kerajaan The Capitol. Bolehlah dikatakan bahawa District 13 adalah Wilayah Autonomi Panem.

District lain tidak mengetahui bahawa District 13 sebenarnya membina kubu atau penempatan baru mereka di bawah tanah jauh sedikit dari tapak sebenar District 13 yang musnah. Mereka mampu menanam tumbuhan dan juga penternakan di ladang bawah tanah mereka. Kawasan mereka luas dan besar dan mereka masih memegang senjata nuklear The Capitol dan menyimpan senjata-senjata itu untuk melawan The Capitol.

Sungguhpun perjanjian antara The Capitol di laksanakan, mereka masih menentang The Capitol. Pemimpin District 13, Alma Coin membuat undang-undang yang agak ketat di mana setiap seorang penduduk akan ada tugas mereka sendiri dan mereka akan diberikan tatu sementara yang menandakan tugas mereka pada pagi hingga ke malam.

Malah ketika mereka makan, mereka tidak dibenarkan makanan mereka jatuh atas lantai atau tidak habis dan boleh dihukum penjara kerana “mencuri”. Setiap penduduk memakai suit atau pakaian bewarna kelabu dan sesiapa yang berusia 14 tahun ke atas, mereka di gelar “askar” kerana mereka wajib berlatih untuk menyertai askar pemberontak menjatuhkan The Capitol.

Sungguhpun begitu, mereka diberikan pendidikan percuma, dan sesiapa sahaja boleh tinggal di dalam District 13 ini dan orang luar diterima masuk dan menjadi “rakyat” mereka. District 13 ini adalah pusat utama Pemberontak (District 8 adalah kubu kuat pemberontak, sebelum ini mereka tidak tahu bahawa District 13 masih wujud) di mana mereka melatih golongan muda, menyediakan senjata dan mencipta senjata canggih untuk pemberontak.

Dalam perang pemberontak yang kedua, dengan bantuan District 13, mereka berjaya mengalahkan Kerajaan Panem yang diperintah oleh Cornelius Snow. Akhirnya Cornelius Snow ditangkap dan dihukum bunuh. Katniss menjadi pemanah yang akan membunuh Cornelius Snow sebaliknya Katniss memanah Alma Coin kerana Alma Coin pun sama jahat seperti Snow juga.

#SelimThe3rd

Sumber Rujukan:

Marglios, Rick (August 1, 2010). “The Last Battle: With ‘Mockingjay’ on its way, Suzanne Collins weighs in on Katniss and the Capitol”. School Library Journal.

“The Capitol”. The Capitol – The Official Government of Panem

Collins, Suzanne (2008). The Hunger Games

Collins, Suzanne (2009). Catching Fire

Collins, Suzanne (2010). Mockingjay.

Youtube Channel: Movie Flame, History Of Panem