Sejak Bila Manusia Berkhatan Dalam Sejarah?

3,057

https://bit.ky/kombowww

Dunia sekarang ini mempunyai perbezaan pendapat mengenai berkhatan. Dalam kalangan penganut agama, amalan ini masih diutamakan.

Namun golongan yang tidak mengikuti agama pula mempunyai pendapat sebaliknya, bahawa ini melanggar hak seorang manusia.

Seramai 104 orang menubuhkan sebuah kumpulan untuk melancarkan saman berjumlah AS$50 juta terhadap ibu bapa masing-masing dan Pertubuhan Perubatan Amerika Syarikat (The Lapine, 2014). Jadi ini bukan isu kecil sebenarnya.

Namun dari segi sejarah, sejak bila amalan ini bermula? Apa yang memainkan peranan di sebalik amalan ini?

Jawapan mudah pada hari ini ialah agama. Tetapi dunia ini mempunyai banyak agama, bangsa dan budaya. Islam, Judaisme dan Kristian hanyalah tiga dalam satu senarai panjang.

Jadi asal-usul berkhatan sebenarnya masih dibincangkan, tetapi jangkaannya dibuat untuk/kerana:

  • Menandakan seorang budak sudah meningkat dewasa;
  • Mempercayai boleh menambahkan kejantanan dan kesuburan;
  • Mengurangkan kenikmatan;
  • Memudahkan kebersihan (terutamanya di tempat susah mandi);
  • Meletakkan status darjat;
  • Memalukan musuh dan hamba;
  • Menggalakkan kecantikan organ;
  • Proses sinonim dengan haid atau hilang selaput;
  • Menghalau hantu

Kalau mengikut agama, Judaisme selalu dipetik sebagai agama paling awal mengamalkan dan mengekalkan adat berkhatan.

Tetapi Bani Israil sebenarnya mewarisi amalan ini daripada Mesir Purba yang mengamalkannya selama ribuan tahun (Doyle, 2005). Mesir Purba ialah peradaban paling tua secara saintifik dibuktikan berkhatan.

Nun jauh di seberang Lautan Atlantik ialah tamadun Aztec dan Maya. Mereka pun mengamalkan berkhatan juga kepada kanak-kanak lelaki.

Amalan ini juga disaksikan dalam kalangan orang-orang asli di Australia, Afrika dan Asia. Menurut Herodotus, budaya Colchian (1,300 SM – 1,201 SM) yang menetap di wilayah Georgia berkhatan (English, 1959).

Jadi susah untuk mengenalpasti agama paling awal yang menggalakkan berkhatan. Tetapi amalan ini tersebar secara meluas, sama seperti pep3r4ngan. Menurut Peter Charles Remondino dalam tulisan History of Circumcision pada tahun 1891, berkhatan bermula sebagai cara untuk memalukan musuh.

Memandangkan pembuangan organ kem4lvan boleh membvnvh, negara tewas hanya dikhatankan untuk meninggalkan peringatan berkekalan.

Tetapi itu hanyalah suatu teori lama. Kalau menurut sejarawan Grafton Elliot Smith, berkhatan sudah diamalkan lebih daripada 15,000 tahun dulu lagi – begitu jauh daripada sejarah tulisan.

Satu perkara yang pasti – migrasi telah membawa amalan berkhatan keluar daripada zon awalnya. Kegemilangan Mesir Purba mungkin menyebarkannya ke tempat lain. Bukti sejarah mengesahkan amalan berkhatan dibuat antara 2,400 SM (4,400 tahun dahulu), berdasarkan ukiran di m4k4m Ankh-Mahor, Saqqara.

Mesir Purba amat menggalakkan kebersihan diri sebagai sebahagian daripada kesucian jasmani dan kerohanian untuk tujuan intelektual juga.

Mereka menjulang amalan ini sebagai simbol kemajuan (suatu maruah yang penting untuk diperjv4ngkan). Bayangkanlah dewa Ra yang dijulang pun mengkhatankan diri sendiri.

Kebangkitan agama-agama tauhid seperti Islam dan Judaisme menyambung legasi ini. Bermula dengan Nabi Ibrahim as, amalan berkhatan telah disebatikan sebagai cara hidup yang normal. Bahawasanya jika tidak dibuat, akan dipandang sangat janggal.

“Khitan” (Islam) dan “bris” (Judaisme) pun dikatakan mempunyai perbezaan dari segi pelaksanaan. Bris wajib dibuat pada hari kelapan yang disusuli majlis seudat mitzvah.

Sejarah Yahudi juga sangat rumit kerana pen1nd4san diterima akibat kekalahan dalam sejarah. Untuk elak dibvnvh, mereka mengamalkan proses ‘epipasme’ iaitu untuk mengembalikan kulit yang dibuang dengan cara “merenggangkan” kulit di bahagian kepala kem4lvan.

Oleh kerana berkhatan tidak meninggalkan bukti arkeologi seperti tulang, tentu sekali sains tidak mampu merungkaikan titik paling awal.

RUJUKAN:

Doyle, D. (2005, Oktober). Ritual male circumcision: a brief history. The Journal of Royal College of Physicians of Edinburgh. 35 (3): 279-285).

English, P.T. (1959). Cushites, Colchians and Khazars. Journal of Near Eastern Studies. 18 (1): 49-53.

The Lapine. (2014, Mei 25). Circumcised Men Sue Doctors, Parents.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.