“Sultan” secara umum bermaksud penguasa/pemerintah. Dalam Bahasa Ibrani (Yahudi) pun ada perkataan “shilton”. Itu maksud sultan dalam Qur’an & hadis. Sultan sebagai gelaran khas mula dipakai oleh Mahmud dari Ghaznavid pada tahun 999, ketika Khilafah Abbasiyah (750-1258).

Struktur kerajaan Abbasiyah berbeza sikit dengan Umayah (661-750).

Umayah adalah “centralized caliphate”. Khalifah sebagai pemerintah tertinggi berkuasa penuh. Khalifah melantik “amir” sebagai gabenor bagi wilayah bawah kekuasaan Umayah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Abbasiyah pula adalah “decentralized caliphate”. Kuasa khalifah terbatas kepada ibu kota (Baghdad), manakala wilayahnya dikuasai oleh penguasa yang bergelar sultan (bermula dengan Mahmud dari Ghaznavid).

Kerajaan sultan-sultan ni merdeka tapi “berbaiah” kepada khalifah.

Sebagai contoh, Salahuddin al-Ayyubi (Saladin) adalah seorang sultan kerajaan Ayyubiyah, tapi beliau juga berbaiah kepada khalifah di Baghdad, mengakuinya sebagai autoriti yang lebih tinggi. Nama khalifah disebut & didoakan dalam khutbah Jumaat di Mesir bawah kekuasaan Saladin.

Uthmaniyah (1517-1924) lagi special. Penguasa kerajaan Uthmaniyah dah pakai gelaran sultan sejak zaman Murad (1362-1389), kemudian pada 1517, ditabalkan lagi sebagai khalifah menggantikan dinasti Abbasiyah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Uthmaniyah juga telah mempopularkan konsep khalifah/sultan sebagai “bayangan Tuhan di muka bumi” (zillullah fi’l-alem), yang turut mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Nusantara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.