Kelompok B40 ialah cabaran paling besar bagi mana-mana pentadbiran. Mereka terdiri daripada kumpulan 40-peratus terendah dalam kek ekonomi, oleh kerana pendapatan tidak cukup hingga cukup-cukup makan.

Segelintir dalam kalangan mereka saja boleh membuat simpanan – sementara yang lain hidup kais pagi makan petang.

Pada tahun 2000, taburan peratusan penduduk Malaysia mengikut negeri tidak begitu menjaminkan. 40% daripada populasi sembilan negeri mewakili B40.

15 tahun kemudian jumlah ini menyusut ke lima negeri sahaja – itupun seluruh Malaysia menyaksikan penurunan ketara.

Golongan hijau dalam carta diatas semestinya paling terkesan semasa koronavirus melanda. Dan salah seorang daripada kategori hijau ialah seorang anak sulung berusia 27 tahun yang menetap di ibu negara.

Berusaha Sendiri Sejak Dulu Lagi

Ally ialah seorang graduan diploma Statistik daripada Universiti Teknologi Mara. Tetapi minat perniagaan membuak-buak dalam jiwanya terutamanya selepas menceburinya secara tidak sengaja.

Kalau ditanya orang ramai tentang potensi perniagaan, mesti makanan dan pakaian merajai carta. Tetapi Ally mengasaskan perusahaan Ally Cuci Cuci Services yang menawarkan perkhidmatan pembersihan.

Semuanya bermula pada tahun 2015 apabila seorang sahabat mencari “tukang bersih”. Memandangkan baru saja letak jawatan, Ally perlukan kerja yang boleh dapat duit pantas.

Maka inilah peluangnya, yang memulakan rangkaian dan tempahan sehingga hari ini. Kesibukan bandaraya bagaikan peluang tersembunyi bagi Ally.

Secara semulajadi semua yang penat bekerja tiada masa untuk membersihkan rumah. Jadi mereka memanggil Ally saja untuk menjalankan kerja pembersihan.

Sedar tidak sedar, sudahpun lima tahun Ally terlibat secara sepenuh masa. Biasaanya keuntungan datang mencurah semasa musim cuti sekolah, terutamanya pada bulan Ramadhan yang tentunya jadual semua orang begitu padat.

Selepas Aidilfitri pula tempahan seperti boleh dibayangkan menyusut akibat prospek pelanggan sudah berbelanja lebih.

Tetapi bulan Syawal sekalipun tempahan tidak pernah putus. “For sure boleh hidup,” kata Ally, mengenang rezekinya selepas raya.

Bila Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Perusahaan Ally menggunakan rangkaian Internet untuk berhubung. Jadi meskipun ada perintah berkurung, Ally masih lagi boleh menerima tempahan.

Tetapi satu-satunya penghalang semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Ally tidak boleh pergi ke lokasi perlu dibersihkan. “Perniagaan saya kena keluar rumah baru dapat hasil. Online macam mana pun tetap kena keluar rumah.”

Dan bukan Ally saja sedang berdepan dengan halangan ini. Semua orang terlibat dalam industri sama pun begitu juga.

Malah Telekom Malaysia pun tidak menghantar juruteknik untuk membetulkan apa-apa dalam premis pelanggan. Jangankan masuk premis, Tenaga Nasional Berhad pun mengumumkan tidak hantar bil semasa perintah berjalan.

Jika dua gergasi terpaksa berbuat sedemikian, apatah lagi Ally. Jadi pendapatan Ally amat terjejas sehingga terpaksa menangguh kerja pembersihan yang banyak membatalkan bila ada masa untuk buat sendiri.

“Nak taknak kena bersabar dan bertahan,” kata Ally. “Hopefully PKP selesai cepat. Kalau extend berkali-kali memang susah.”

Dikecam Apabila Berkongsi Pendapat

Ally memang mengharapkan perintah tidak dilanjutkan. Itu saja caranya untuk mencari peluang dan rezeki. Tetapi apabila menyuarakan curhat hati sedemikian, ramai pula melemparkan kecaman katanya lebih mengutamakan duit berbanding kesihatan negara.

Sebenarnya Ally dan ramai lagi pengambil upah menyokong kerajaan sepenuhnya. Malah Ally juga mewarisi ilmu urut daripada ibundanya yang buat perkhidmatan mengurut selama 20 tahun.

Bekerjasama dengan Sentuh.My, Ally ialah seorang “massage therapist” yang menghadiri kursus sejak 2018.

Tetapi beliau bermula sebagai tukang urut sejak Februari 2020 dan betul-betul aktif sebulan kemudian sebelum PKP.

Untuk minggu pertama yang PKP dilaksanakan, Ally sudahpun menerima tempahan daripada pihak korporat yang dibatalkan serta-merta.

Jadi bagi Ally, koronavirus menjerut kedua-dua sumber pendapatannya. Walaupun boleh diberikan alasan sebagai “essential service”, Ally akur dengan nasihat polis untuk tangguh sehingga selesai koronavirus.

Rakyat Perlu Duduk Rumah

Ally bukan satu-satunya orang yang terkesan dengan koronavirus. Ramai lagi terkesan juga. Tetapi Ally sesuai dijadikan “jendela” untuk memahami nasib ditimpa B40 yang dihina seolah-olah bertuah mendapat manfaat RM1,600 daripada kerajaan.

Hakikatnya dalam RM1,600, seberapa banyak akan berjaya dibuat simpanan dan dimanfaatkan untuk kehendak.

Bagi Ally yang masih bujang, bantuan sedemikian ialah satu-satunya penampan yang disyukuri. “Boleh sangat survive sebulan lebih in shaa Allah.”

Sekarang ini ketepikan Ally sebentar. Bayangkan sebuah keluarga yang anak ramai pula. Melayu bukan pemalas. Mereka sentiasa berusaha.

Bagi yang ingin menempah perkhidmatan Ally, boleh hubunginya di talian: +6010-574 9786.

Jika ada yang ingin berkongsi nasib hidup (baik atau buruk) semasa koronavirus, boleh hubungi saya di: https://www.facebook.com/ahmadfaezal93/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.