Kebawah Duli Yang Maha Mulia (K.Dl.Y.M.M) Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 28 November 1927. Tuanku adalah putera kedua bagi pasangan Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhumah Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Sebelum Tuanku dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah, Tuanku bergelar Tunku Abdul Halim.

Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekoiah Melayu Alor Merah dan Sekoiah Melayu Titi Gajah. Selepas itu Tuanku menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar pada tahun 1946 hingga 1948. Tahun berikutnya (1949), Tuanku berangkat ke England untuk mengikuti kursus persiapan bagi membolehkan Tuanku menyambung pendidikan dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam di Wadham College, Oxford di London.

Semasa Tuanku menuntut di London, Tuanku ditabalkan Sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949. Setamatnya Tuanku belajar di London pada tahun 1955, Tuanku pulang dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah.

Pada tahun 1956, Tuanku bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah. Tuanku berdua dikurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Tunku Soraya,Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Tunku Sarina (Mangkat) dan Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Tunku Puteri Intan Safinaz. Pada tanggal 25 Disember 1975, Tuanku juga telah bernikah dengan Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun. Tuanku mempunyai lima orang cucu iaitu Raja Nabil Imran, Raja Idris Shah, Raja Siffudin Muadzam, Raja Sarina Bahiyah dan Raja Safia Azizah.

Tuanku dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah pada 19 Mac 1957 kerana ayahanda Tuanku, Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negeri dari bulan Mac hingga Julai 1957.
Selepas ayahanda Tuanku iaitu Almarhum Sultan Badlishah mangkat, Tuanku menggantikan ayahanda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah sehari selepas hari kemangkatan bersamaan 15 Julai 1958. Istiadat pertabalan telah diadakan dengan rasminya di Balai Besar Alor Setar pada 20 Februari 1959.

Tuanku Sultan telah dilantik sebagai Yang di- Pertuan Agong Malaysia kelima bermula pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Uniknya, Tuanku Sultan sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011 sehingga Disember 2016. Selain melakar sejarah sebagai Raja Melayu yang pertama dimasyhurkan dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang paling berusia menduduki takhta.

Dalam bidang ketenteraan, Tuanku menjadi Kolonel Yana DiPertua Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) bermula dari tahun 2004 dan Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 23 September 1975 seperti yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Universiti Utara Malaysia (UUM) menyembahkan Watikah Pelantikan kepada baginda sebagai Canselor Universiti berkuatkuasa pada 7 April 1994 hinggalah sekarang. Selain itu, Tuanku menjadi Penaung diRaja kepada pelbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-4 daripada 28 orang Sultan yang memerintah Kedah yang berpeluang menyambut Jubli Emas semasa pemerintahan. Sultan-sultan yang sebelumnya yang memerintah lebih daripada 50 tahun adalah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1423-1473), Sultan Zainal Abidin Mu’adzam Shah 11 (1710-1778) dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Hobi baginda pada masa lapang adalah bermain golf. Selain itu, Tuanku sangat meminati bidang fotografi dan melancong, sehingga Tuanku berjaya mengelilingi dunia pada tahun 1963. Tuanku juga seorang pencinta alam semulajadi dan sering mengutamakan pemeliharaan serta pemuliharaan alam flora dan fauna.

Pada tanggal 11 September 2017, Malaysia dikhabarkan berita duka apabila Tuanku Sultan menghembuskan nafas terakhir di kediaman baginda.

Kami merafak sembah takziah kepada keluarga Baginda dan seluruh penduduk negeri Kedah amnya di atas kehilagan baginda.

Nahar dipalu bertingkah-tingkah,
Nafiri ditiup sayu berduka,
Dalam percintaan duduknya rakyat jelata,
Baginda Sultan meninggalkan kita.

Innalillahiwainnailahirojiun..Al-Fatihah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply