Baru lepas layan filem Secret Soldier of Benghazi. Aku syok cerita ni bila operator dalam cerita ni berpakaian casual kemudian ditambah ammo vest. Tanto pakai seluar pendek jer dalam movie tu sambil pegang erat FN minimi, gila stail.

Filem ni pasal enam orang bekas tentera US yang diupah oleh CIA untuk menjaga keselamatan sebuah markas CIA di Libya. Benghazi ialah sebuah daerah kecil di Libya. Benghazi terletak berdekatan kawasan laut Mediterranean, kira-kira 600km dari sempadan Mesir.

Tak nak lah cerita pasal geopolitik Libya-US atau campur tangan CIA dekat negara ni, itu bukan niche aku. Hari ni aku nak cerita pasal satu unit dari UK yang power.

Special Boat Services – SBS

Unit ini dibawah Special Forces Corps sebaris dengan unit yang agak terkenal dengan kehebatan anggota mereka iaitu Special Air Services (SAS). Unit ini juga digelar sebagai ‘adik’ kepada SAS. Keduanya berada dibawah Pasukan Tindakan Khas United Kingdom ( UK Special Forces Group)

Semasa era perang dunia kedua, satu seksyen ditubuhkan dan dinamakan Special Boat Section. Walaupun semasa awal penubuhan unit ini penuh dengan masalah kekurangan peralatan khusus dan peralatan untuk latihan, unit ini tetap berjaya dalam peranannya semasa operasi. Objektif pasukan ini ditubuhkan ialah untuk digerakkan dalam operasi amfibia, serbuan dari air ke darat, seperti pelabuhan atau kapal.

Selepas tamatnya perang, peranan unit ini telah diambil alih oleh Royal Marines. Unit ini kemudian dikembangkan dan namanya ditukar beberapa kali dan kekal sebagai Special Boat Services (SBS). Berdasarkan rekod, anggota SBS hanya sekitar 200 orang dan dipecahkan kepada empat skuadron.

Semua anggota SBS dilatih dengan latihan payung terjun, penyelam tempur, dan pengendali bot dan dalam penggunaan kapal selam mini dan bot pantas. Motto pasukan ini ialah ‘By Strengh and Guile’ yang membawa maksud ‘Dengan Kekuatan dan Licik’. Anggota pasukan ini juga kerap mengadakan latihan dan operasi kerjasama dengan pasukan Navy Seal US.

Carta pasukan tindakan khas di UK
SBS di Pulau Tora Bora, Afghanistan.
Anggota SBS di Afghanistan

Perbezaan antara anggota Navy Seal dengan pakaian tempur lengkap dan anggota Special Boat Service dengan pakaian kasual. Jaket macam nak pergi memancing dah yang sorang tu…

Selain dari anggota 22 SAS yang digerakkan untuk membantu Malaysia semasa konfrontasi Indonesia, anggota unit ini juga ada sama semasa proses melatih pasukan keselamatan malaysia yang masih baru.

Anggota SBS juga diarahkan untuk melatih tentera Vietnam Selatan semasa menentang Vietnam Utara yang dibantu US Marines. Kebanyakan operasi pasukan ini ialah rahsia dan sulit, tidak banyak maklumat tentang operasi mereka.

Malaysia manalah tahu nak tubuhkan pasukan begini. Kau pakai jelah apa kau selesa asalkan tak menggangu pergerakan semasa dalam medan. Mana tahu nanti akan ada. Atau mungkin sudah ada tapi tidak diketahui.

RUJUKAN:

  1. Alexander Alderson (2015) Special Boat Service, British Special-Operations Force. https://www.britannica.com/topic/Special-Boat-Service

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.