Dulu, ungkapan ‘aku boleh mati kebosanan’ dianggap sebagai gurauan.

Bila bosan saja, perkataan ini akan diungkapkan. Waima bila tunggu member lama sangat pun, kita akan ungkap benda ini.

Saintis ada buat kajian pasal orang mati akibat kebosanan ini. Ia adalah benar.

Masa tahun 1980, terdapat lebih kurang 7,500 orang London yang berumur sekitar 35 – 55 tahun ditemu-duga oleh sekumpulan pakar dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam dari University College London.

Antara soalan yang ditanya pada mereka ada tahap kebosanan yang mereka hadapi terhadap pekerjaan mereka pada bulan yang lalu.

Kemudian, masa tahun 2009, orang-orang yang ditemu-duga ini dijejak kembali siapa dalam kalangan mereka yang dah mati.

Martin Shipley, penyelidik yang melaporkan mendapati kesan sakit jantung dapat dikaitkan dengan kebosanan.

Orang yang selalu rasa bosan ini 2.5 kali akan cepat mati disebabkan oleh masalah jantung berbanding mereka yang tak bosan.

Mesti nampak mengarut, kan?

Menurut American Heart Association, perokok mudah mendapat sakit jantung berbanding bukan perokok.

Kemudian, mereka yang ada obesiti, darah tinggi dan gula tinggi dua kali ganda mudah terkena serangan jantung dan tiga kali lebih cepat mati berbanding lain-lain.

Ini bermaksud, Dr. Kashdan, kematian akibat kebosanan pun mempunyai disebabkan oleh sakit-sakit macam itu. Sudah tentulah apabila ada kematian di tempat kerja, orang tak sebut pun pasal kebosanan.

Kebosanan mungkin bukan punca secara langsung. Tetapi orang yang bosan selalunya akan mempunyai gaya hidup yang tak sihat. Orang yang bosan selalunya akan ambik makanan segera.

Mereka juga selalunya tidak melakukan senaman fizikal.

Orang yang bosan ini juga selalunya buang masa di sofa sambil hisap rokok dan menonton televisyen untuk tempoh yang lama. Ditambah dengan makan makanan yang tak sihat macam Pizza dan burger.

Orang yang bosan ini juga mungkin disebabkan oleh tekanan. Kalau tertekan, kau rasa tak mahu nak buat apa-apa dan mahu duduk saja.

Orang yang bosan kurang melaburkan diri mereka untuk belajar dan mencabar diri. Mereka akan banyak terlibat dengan perjudian.

Akhirnya, apabila mereka meningkat dewasa, otak mereka tak berkembang secara literalnya. Bila otak tak kuat dan tak berkembang, mereka berisiko kena penyakit macam Parkinson dan Alzheimer.

Ahli Psikologi, Graham Price kata orang yang minum arak dan ambil dadah ini boleh jadi puncanya daripada dua sebab, sama ada dia bosan tak tahu nak buat apa ataupun sebab sifat-sifat yang tertentu.

Orang yang tak termotivasi dengan hidupnya, yang mungkin ada kecenderungan untuk murung, akan mudah berasa bosan.

Kadang, di tempat kerja walaupun kerja berlambak, kita selalu dengar orang cakap bosan sebab buat benda yang sama hari-hari. Selalu kena marah hari-hari.

Kemudian, tertekan. Bila ada masa lapang, ia diisi pula dengan gaya hidup tak sihat.

Daripada bancian tadi, mereka melaporkan sebanyak 37 peratus ada risiko mati akibat bosan.

Daripada bancian itu juga, James Laird dari Clark University dapati, sedikit gangguan dapat membuatkan membaca boleh jadi bosan.

Contohnya, kau tengah baca buku berdekatan dengan orang yang tengah tonton tv ramai-ramai. Dan kau akan dapati baca buku itu membosankan.

Keputusan ini menyokong idea bahawa kita label aktiviti-aktiviti tertentu sebagai bosan bergantung pada tahap perhatian manusia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply