Dalam dunia haiwan, ikan lumba-lumba merupakan antara haiwan tercerdik di dunia. Ini kerana spesies haiwan mamalia itu berupaya menyelesaikan permasalahan rumit dan berinteraksi secara sosial. Selain itu, ia bukan saja berupaya untuk belajar secara individu tetapi mampu mengajarkannya kepada ikan lumba-lumba lain. Tetapi timbul satu soalan, sejauh mana kebijaksanaan haiwan ini diketahui?

Ikan lumba-lumba sememangnya diketahui hidup dalam kumpulan sosial yang rumit. Kehidupan dalam kumpulan sebegini yang membantu evolusi otak haiwan ini kepada otak yang besar dan rumit selepas ribuan generasi. Kebijaksanaan dan interaksi sosial yang dijana oleh otak mereka membantu haiwan mamalia ini terus hidup di lautan tanpa menjadi mangsa haiwan pemangsa seperti jerung dan ikan paus.

Jika dibandingkan kadar otak dengan saiz badan, maka otak ikan lumba-lumba patut diangkat sebagai otak haiwan terbesar di dunia – lebih besar daripada chimpanzi. Walaupun mempunyai lobus frontal yang lebih kecil berbanding manusia dan sesetengah spesies primat, ia masih boleh menyelesaikan permasalahan rumit dan berupaya merancang pada masa hadapan.

Kajian turut menunjukkan ikan lumba-lumba memproses maklumat visual dan auditori pada bahagian-bahagian neokorteks yang berbeza. Ikan ini turut mempunyai sistem paralimbik yang baik di mana ia bertanggungjawab memproses emosinya. Kebanyakan saintis percaya sistem ini merupakan asas kepada ikatan emosi dan sosial yang rumit dan intim dalam kalangan kumpulan ikan lumba-lumba.

Di sebalik semua ini, masih ada yang mempersoal dakwaan kebijaksanaan ikan lumba-lumba. Alasannya ialah kebijaksanaan tidak boleh diukur dalam mana-mana organisma. Tetapi dengan menggunakan saiz otak sebagai penanda aras, ikan lumba-lumba berada di belakang manusia.

Dan menariknya, haiwan mamalia ini juga turut melepasi ujian berasaskan kebijaksanaan. Pelbagai kajian menunjukkan ikan lumba-lumba berupaya meniru pengiktirafan diri sendiri, pembelajaran budaya, pemahaman sistem komunikasi berasaskan simbol dan memahami konsep abstrak. Ini menjadikan ikan lumba-lumba lebih bijak daripada semua haiwan termasuk spesies mamalia primat seperti chimpanzi.

RUJUKAN

Vallarta Adventures. HOW SMART ARE DOLPHINS?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.