Bagi hidupan-hidupan yang menghuni padang pasir, oasis atau kawasan takungan air dianggap talian hayat utama mereka. Ini kerana di sinilah terdapatnya lambakan air diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan di kawasan penuh mencabar itu. Tetapi tidak ramai tahu sesetengah takungan atau perigi ini dihasilkan oleh kuda atau keldai liar.

Pemerhatian ini dibuat menerusi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science pada 29 April lepas. haiwan-haiwan ini menggunakan telapuk mereka untuk menggali lubang sedalam enam kaki untuk mendapatkan air bawah tanah. Lubang yang terhasil ini kemudiannya menjadi oasis kepada haiwan-haiwan padang pasir lain termasuk spesies haiwan yang masih pupus.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagi menguji hipotesis ini, empat perangkap kamera dipasang. Tiga daripadanya dipasang di Gurun Sonoran, Arizona dengan satu lagi perangkap kamera dipasang di Gurun Mojave, berhampiran Baker, California. Kesemua perangkap kamera dipasang di kawasan dasar sungai bermusim yang kering.

Seperti dijangka, kuda dan keldai menggali perigi-perigi dengan imej haiwan-haiwan ini ditangkap oleh lensa kamera. Menariknya, terdapat 57 spesies haiwan dikesan minum di situ termasuk badger, burung helang dan burung-burung kecil.

Bagi menjamin kesahihan kajian, beberapa perangkap kamera dipasang di tempat berhampiran tanpa kelibat perigi. Ini bukan saja bertindak sebagai pemboleh ubah malar tetapi bagi menentukan pengaruh perigi dalam menarik hidupan-hidupan liar.

Pasukan pengkaji turut memeta sumber air terbuka yang wujud di kawasan mengelilingi kawasan kajian. Hasilnya, perigi-perigi yang dihasilkan menghasilkan ketumpatan air permukaan sebanyak 14 kali ganda. Selain haiwan-haiwan liar, tumbuhan-tumbuhan gurun seperti pokok willow dan pokok cottonwood turut bercambah sekitar oasis-oasis ini.

Erich Lundgren dari Universiti Aarhus percaya tindak-tanduk kuda dan keldai ini memenuhi definisi kejuruteraan ekosistem. Kejuruteraan ekosistem ialah situasi di mana hidupan-hidupan liar mengubah persekitaran habitat mereka.

Lundgren menjadikan beaver sebagai contoh mudah. Beaver menghasilkan kolam-kolam yang menambahbaik kepelbagaian spesies dan membantu mencegah keba.ka.ran hutan. Selain kuda dan keldai di barat AS, tingkah laku sama dapat dilihat pada beberapa haiwan lain.

Di utara Queensland, Australia dan Pulau Sable di Kanada, kuda-kuda liar bertanggungjawab menghasilkan perigi-perigi air. Sementara di Afrika pula, koyote dan gajah bertanggungjawab menghasilkan lopak-lopak air. Ahli biologi akuatik Michael Bogan percaya tingkah laku haiwan-haiwan ini berlaku di kawasan di mana gurunnya terdiri daripada pasir-pasir halus dan air bawah tanah berada pada paras cetek.

Tingkah laku kuda dan keldai ini sebenarnya bukan perkara baru. Pada Zaman Pleistocene yang berlaku kira-kira 10,000 tahun yang lalu, beberapa spesies ekuin wujud di Amerika Utara termasuk haiwan menyerupai kuda kecil dan unta sebelum kemudiannya berdepan kepupusan. Lundgren percaya haiwan-haiwan ini menyumbang kepada ekosistem sama seperti dilakukan oleh nenek moyang mereka ribuan tahun sebelumnya.

RUJUKAN:

Main, Douglas. (2021). Wild horses and donkeys dig wells in the desert, providing water for wildlife. National Geographic. Diambil dari https://www.nationalgeographic.com/animals/article/donkeys-horses-dig-desert-wells-helping-other-animals-survive


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.