Bukan senang nak hidup bawah penguasa kebinatangan yang memimpin Jerman sepanjang 1940-an. Tapi Oskar Schindler tetap mengharungi dugaan, bermain dua kem dengan helah halus semata-mata nak selamatkan insan-insan yang tidak bersalah.

Schindler ni asalnya jadi pengintip Jerman, melaporkan pasal pergerakan tentera Czechoslovakia. Hubungan dalam sistem perisikan ni kira banyak membantu beliau. Sebab pada tahun 1939, beliau membeli sebuah kilang di Krakow, Poland.

Orang keliling menyangka beliau ingin buat untung. Sebenarnya, tak. Sementara mereka nampak Schindler cari pekerja, Schindler sebenarnya cuba menyelamatkan para Yahudi. Dalam kalangan 1,750 pekerja beliau, 1,000 adalah Yahudi.

Asalnya beliau guna hubungan dalam perisikan nak cari orang dan selamatkan. Tapi lama-kelamaan, beliau terpaksa membayar ‘hadiah’ agar pegawai tutup mata.

Selepas Perang Dunia Kedua, Schindler hidup di Jerman Barat. Perniagaan beliau tidak menjadi sampai muflis. Tapi orang-orang Yahudi yang beliau selamatkan sudi memberi bantuan kewangan untuk beliau hidup. Tiba masanya, beliau menemui ajal dan dibawa ke Jerusalem untuk tujuan pengebumian di Mount Zio.


Schindler adalah salah satu nama penting semasa Perang Dunia Kedua. Banyak benda berlaku sepanjang peperangan ni, diabadikan dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Jom beli dengan DISKAUN: https://bit.ly/PerangDuniaKeduaShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply