Scammer Penjual Printer

6,775

Kebanyakkan kita pasti mempunyai mesin cetak ataupun printer di rumah kita. Kebanyakkan daripada kita juga pasti pernah membeli lebih daripada satu printer setakat ini. Saya sendiri kini tiada printer yang elok tetapi pernah membeli printer ini lebih daripada 5 kali sepanjang kehidupan saya setakat ini.

Kita perlu melihat dengan lebih mendalam mengenai model perniagaan printer ini, yang mempunyai persamaan dengan model perniagaan pisau cukur terutama bagi model yang terkenal seperti Gillette.

Model perniagaan pisau cukur ini sudah lama diketahui, dan untuk pengetahuan anda, model ini dipanggil ‘Razor and Blade Business Model’, yang sudahpun digunapakai oleh syarikat-syarikat pengeluar printer yang terbesar di dunia.

Razor and Blade Business Model – Gassman et al.

Apakah yang dimaksudkan dengan Razor and Blade Business Model ini? Baik, setiap produk pasti mempunyai satu bahagian utama (yang dijual murah) seperti pada pisau cukur ini adalah pemegangnya (non-consumables), dan satu bahagian lagi tidak boleh digunapakai untuk masa yang lama (consumables).

Secara asasnya, mereka menjual bahagian non-consumables ini dengan harga yang murah yang kadangkala lebih rendah daripada harga pembuatannya (manufacturing price) atau diberi secara percuma, dan sebaliknya, mengetuk pengguna dengan menaikkan harga untuk bahagian consumables, seperti pisau cukur ini.

Anda boleh membeli pisau cukur yang datang dengan pemegangnya, dan blade nya dengan harga lebih kurang RM15 (contohnya), akan tetapi, apabila blade nya sudah tumpul, anda perlu membayar sehingga RM27 – 28 untuk 3 blade yang baru. Untuk printer pula, mesin cetak ini sendiri dijual dengan harga yang merugikan syarikat ini, akan tetapi, dakwatnya yang datang dalam bentuk cartridge ini dijual dengan harga yang amat mahal.

Terdapat seorang lelaki yang agak popular di laman sesawang yang pernah bekerja sebagai tech-support bagi pelanggan mereka, namun, nama dan syarikat yang dia terlibat telah mencapai kata sepakat dengan saya untuk tidak mendedahkannya. Kita berikan namanya sebagai NS.

Mengikut NS, dia telah dilatih untuk bercakap dengan pelanggan yang memerlukan bantuan ‘tech support’ di mana dalam modul latihan mereka, 20% daripada masa percakapan dengan pelanggan ini adalah untuk membantu mereka, dan selebihnya, iaitu 80% lagi masa digunakan untuk cuba menjual barangan milik syarikat mereka.

Sebelum saya teruskan, anda perlu memahami terminologi liquidate, iaitu penghapusan barangan model lama yang akan digantikan dengan model baru, di mana setelah model yang lama itu akan dihapuskan, mereka akan membuat jualan murah dengan potongan harga sehingga melebihi 50%.

Baik, setelah 2 bulan bekerja di syarikat tersebut, dia menerima panggilan daripada seorang perempuan yang meminta bantuannya untuk memasukkan satu software ke dalam laptop yang baru dibelinya itu. Setelah mereka bersembang, NS mendapati bahawa perempuan ini sebenarnya adalah seorang pelajar universiti, dan dengan cepat, seperti yang dilatih, NS cuba mempromosikan printer kepadanya.

Harga Manufacturing (Hitam) dan Harga Jualan (Merah) – [email protected]

Apabila NS membuka ruangan yang eksklusif untuk staf sahaja, dia dapat melihat setiap satu printer ini mempunyai 2 harga yang berbeza, iaitu harga yang ditulis dengan tulisan yang bewarna merah dan dengan yang bewarna hitam. Rupa-rupanya, yang bewarna hitam ini adalah harga manufacturing, atau harga asal (modal) dan yang bewarna merah ini adalah harga jualan. Pada awalnya, NS tidaklah pelik memandangkan sudah tentu syarikatnya perlu membuat keuntungan, seperti sebuah printer yang dijual dengan harga RM450, harga asalnya adalah RM375.

4 cartridge yang dijual pada harga RM250 – [email protected]

Namun, setelah dia sampai ke bahagian ink cartridge ini, dia terkejut besar melihat harganya. Harga jualan bagi cartridge yang mempunyai 4 warna (black, magenta, cyan and yellow) ini adalah RM250, manakala harga manufacturing adalah RM1.00 sahaja. Hal ini amat mengejutkan NS, dan apabila dia membawa isu ini kepada orang atasannya, NS bertanya

“bukankah ini digelar sebagai satu penipuan?”.

Dengan selamba orang atasannya menjawab

“Ya, tapi kita tak boleh buat apa-apa pun”.

Daripada situlah, seperti yang dialami oleh pengguna, seperti saya dan anda semua, kita dapati sebenarnya perniagaan printer ini dipenuhi dengan penipuan. Baik, apakah jenis penipuan yang mereka lakukan selain daripada meningkatkan harga jualan dengan keuntungan melebihi 2000%?

Cip pada katrij dakwat – inkjet411

Yang pertama adalah setiap cartridge ini dilengkap dengan satu cip (circuit board) kecil dibelakangnya. Mengikut kepada pengeluar, mereka menyatakan kegunaan cip itu adalah untuk menaikkan lagi kualiti cetakan. Tidak! Sebenarnya, cip dan sistem cartridge serta perisian driver printer ini mempunyai beberapa kegunaan yang menguntungkan pengeluar dan merugikan pengguna.

  1. Cip ini akan mengesan segala percubaan untuk pengguna mengisi semula cartridge yang sudah kering. Apabila dikesan, mereka akan menghantar maklumat untuk membuatkan printer anda terus tidak berfungsi.

  2. Cip ini akan membuatkan printer anda tidak berfungsi sekiranya 1 daripada 4 dakwat yang berada di dalam cartridge itu kering.

  3. Cip ini akan menghantar notifikasi kepada pengguna, menyatakan bahawa dakwat anda berkurang, walhal, setelah di resetkan menerusi satu butang kecil di belakang cartridge ini, ianya menunjukkan jumlah yang betul. Bayangkan yang menggunakan printer ini adalah orang yang tidak tahu kewujudan butang reset ini seperti ibu bapa kita, sudah tentu mereka akan menuruti sahaja notifikasi yang timbul, dan membeli cartridge yang baru.

  4. Satu laporan pengguna yang dikeluarkan menyatakan bahawa sekiranya anda mencetak pada kualiti black and white atau greyscale, cartridge ini akan mencampur sedikit warna cyan di dalamnya. Mengikut respon daripada HP, mereka menyatakan ianya adalah untuk meningkatkan lagi kualiti cetakkan hitam putih, walhal, kita tahu ini semua adalah BS.

  5. Satu lagi laporan pengguna mendapati bahawa penaiktarafan perisian (firmware update) ini berlaku sehingga sekali dalam masa 3 hari, dan dalam kajian statistik yang dilaksanakan pada tahun 2015, terdapat lebih 9,000 firmware update daripada 9 syarikat pengeluar printer dalam masa setahun.

Untuk pengetahuan anda, dakwat printer ini merupakan cecair yang amat mahal, lebih mahal daripada venom ular tedung, venom kala jengking, darah manusia, merkuri, vintage champagne dan minyak wangi asli Chanel. Pada awal pengeluarannya, setiap cartridge yang baru hadir dengan 20 mililiter dakwat di dalamnya, malangnya, kini, setiap cartridge yang hadir didatangi dengan 3 – 5 mililiter dakwat sahaja. Cartridge yang hadir dengan 20 mililiter dakwat ini dijual dalam bentuk XL cartridge, yang sudah tentunya lebih mahal daripada cartridge biasa.

Pada tahun 2018, sekali lagi laporan pengguna dikeluarkan menyatakan bahawa hampir 50% daripada jumlah dakwat yang berada di dalam cartridge ini digunakan untuk maintenance seperti test print, print quality dan lain-lain. Kiranya, daripada 5 ml dakwat yang berada dalam cartridge itu, penguna hanya dapat menggunakan lebih kurang 2.5 ml sahaja dengan harga RM60 – 70 setiap satu.

Bengang dengan tuduhan ini, HP menaikkan laporan yang menyatakan bahawa mereka membelanjakan kira-kira 1 billion USD untuk penyelidikan dan penaiktaraf kualiti pigmen cetakan ini setahun, dan itulah sahaja cara yang mereka boleh lakukan untuk mendapatkan kembali wang pelaburan mereka. Ini sudah tentu satu lagi kenyataan BS. Lihatlah, daripada sistem inkjet ini mula diperkenalkan pada tahun 1960-an, berapa banyak perubahan yang kita dapat lihat daripada segi teknologi cetakkan ini?.

Memang ada perubahan, namun, adakah perubahan itu bernilai USD 1 billion setahun? Sudah tentu tidak! Mengikut David Cornet, seorang editor majalah Recycler dalam satu temubualnya dengan Business Insider, dia menyimpulkan sememangnya perniagaan mesin cetak ini bersifar Razor and Blade, di mana Razor adalah mesin printer, dan Blade adalah cartridgenya.

Dakwat Refillable – Flipkart

Para pengguna yang bengang setelah mengetahui hal ini mulai membuat modifikasi kepada mesin cetak ini. Setelah salah satu syarikat yang bernama Lexmark mengetahui ramai pengguna mula membuat modifikasi membawa hal ini ke mahkamah, di mana dia menyalahkan Impression Product Inc sebagai satu syarikat yang menjual aksesori printer yang boleh dimodifikasi dan dakwat third party. Mahkamah menyebelahi Impression Product Inc menyatakan bahawa modifikasi atau apa-apa sahaja penaiktarafan kepada printer itu adalah hak pengguna setelah mereka membeli printer tersebut. 

Salah satu kes yang lama, diulang sekali lagi iaitu firmware update daripada cip ini didapati menyebabkan printer anda gagal berfungsi apabila paras dakwat anda menjadi kurang daripada 50%. Bayangkan, sekiranya teknologi sebegini wujud pada kereta, di mana kereta anda berhenti berfungsi apabila jumlah petrol di dalam tangki anda berkurangan sebanyak 50%, sudah tentu anda marah bukan?

Sememangnya, pengguna printer ini tidak ramai, tidak seramai pengguna kenderaan, namun, apa yang pasti, kebanyakan pengguna sudah mula menyedari hal ini, dan semakin bijak dalam menyampaikan segala tahi yang berselindung di balik tabir syarikat printer ini.

Hanya beberapa tahun yang lepas, barulah syarikat pengeluar ini sedar mereka tidak lagi boleh menipu para pengguna sebegini, dan mula menghasilkan printer dengan teknologi tanpa cartridge di mana para pengguna boleh menggunakan dakwat third party yang boleh diisi semula pada tangki yang terletak di sebelah printer ini.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak, dan cukuplah setakat ini anda membazir duit membeli printer yang sentiasa akan rosak akibat peranti software yang menipu pengguna, ataupun atas perbuatan seperti saya yang menghancurkan printer saya sendiri kerana tidak tahan dengan begitu banyak songehnya printer ini ketika kita hanya hendak mencetak sekeping surat. 

*BS – Bullshit

RUJUKAN:

  1. Printer ink scam – https://www.therecycler.com/posts/the-ink-cartridge-scam-explained/
  2. Printer ink scam by Austin McConnell Youtbe Videos. https://www.youtube.com/watch?v=AHX6tHdQGiQ
  3. Why Printer inks are so expensive?https://www.consumerreports.org/printers/why-is-printer-ink-so-expensive/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.