Sayap Terbang Horten: Teknologi Pesawat Jerman Melangkaui Zaman

1,402

Pra-tempah hanya di Shopee

Sebelum menyingkap kisah kejayaan Horten Bersaudara dan ciptaan mesin mereka yang pelik-pelik, mungkin kita perlu mengkaji serba sedikit latar belakang dua beradik yang pernah cuba membawa Jerman melangkah maju setapak mengatasi bangsa lain semasa WWII ini

Seperti yang biasa kita gunakan untuk menggambarkan pesawat tradisional dengan struktur badan utamanya secara visual, kita mungkin akan merasa janggal bila melihat sayap terbang seperti pesawat ‘stealth’ F-117 Nighthawk dari Amerika Syarikat, namun konsep asalnya adalah bermula dari awal kebangkitan dunia penerbangan.

Manfaat sayap terbang amat mudah difahami sekiranya kita bersetuju dan faham tentang teori badan pesawat dan bahagian ekor menghasilkan 30% hingga 50% dari daya seretan pesawat, oleh itu ia menyebabkan para pelopor seperti Lippisch atau Northrop menerapkan konsep ini.

Idea sayap terbang melangkaui jauh ke arah pembaharuan, ia muncul ketika kelahiran teknologi mesin penerbangan, dan ia terus menjadi satu konsep yang diserap oleh ramai pendahulu sebelum munculnya pesawat-pesawat pejuang moden hari ini

Fakta penting lain yang perlu kita ingat dalam memahami hasil kerja Horten Bersaudara ini adalah dengan mengingati betapa pentingnya peranan mereka dalam mempengaruhi teknologi lain seperti pesawat luncur dalam sejarah penerbangan.

Ho 229 V3 semasa ditemui sebelum sayapnya ditanggalkan

Walaupun ramai penyelidik menjelang akhir abad ke-19 berusaha untuk membuat mesin bermotor, beberapa orang pelopor dan pendahulu utama seperti Lilienthal atau Ferber percaya bahawa mesin terbang seharusnya mudah diterbangkan secara efisien dan aerodinamik sebelum mesin mula dipasang. Kita mesti ingat bahawa Lilienthal pernah berjaya menerbangkan peluncur tanpa bahagian ekor sebelum tahun 1900.

Horten Bersaudara hanya akan menjadi virtuoso dunia sayap terbang, kerana melakukan percubaan berani ma-ti dengan mesin terbang tanpa badan pesawat utama atau bahagian ekor dalam penerbangan meluncur bahkan sebelum mereka mula terfikir untuk menggerakkannya dengan enjin. Obses? Mungkin. Apa pun jua alasannya, mereka akan merekabentuk sayap terbang secara eksklusif. Tidak akan ada lagi mesin terbang jenis lain yang diciptakan dari lakaran projek mereka.

Horten Bersaudara

Dilahirkan pada awal abad ke-20, dua beradik ini telah mengembangkan minat terhadap konsep mesin yang terbang dengan kualiti yang asli sejak kecil. Perjanjian Versailles pada tahun 1919 secara teorinya telah melarang sebarang usaha membenarkan Jerman memegang sen-jata sekali lagi terutamanya dengan mengehadkan pengeluaran sektor aeronautiknya secara drastik.

Horten Bersaudara

Maka, dari sinilah bagaimana inovasi teknologi penerbangan luncur dan lonjak di Jerman memainkan peranan penting semasa menghadapi pepe-rangan, ia bukan sekadar berperanan dalam latihan untuk juruterbang tetapi juga menjadi rujukan penting dalam penyelidikan aeronautik. Pengasasan sekolah penerbangan di puncak gunung Wasserkuppe yang terkenal akhirnya menyediakan tapak yang sem-purna untuk meningkatkan kemajuan dalam penyelidikan tersebut.

Pada jangka masa inilah Walter dan Reimar Horten membina dan membangunkan teknologi sayap terbang pertama mereka sebelum mencapai usia 20 tahun setelah mengkaji teks hasil karya penulisan von Prandlt (diterbitkan pada tahun 1918) mengenai aerodinamik dengan penekanan tentang kelebihan sayap yang tebal.

Mereka juga mendapat manfaat daripada ibu bapa mereka yang akan menurut saja apa kehendak mereka yang membolehkan mereka mengubah ruang tamu rumah keluarga mereka menjadi sebuah bengkel. Sepanjang masa sebelum Pe-rang Dunia Kedua, penyelidikan terhadap mesin terbang yang dibina oleh dua beradik itu sentiasa mengalami fasa peningkatan prestasi secara berperingkat.

Pesawat luncur pertama mereka, Horten Ho I, pertama kali diuji dalam satu penerbangan di Bonn-Hagelar pada bulan Julai 1933. Walaupun ia tidak berjaya sepenuhnya, ia telah membuka jalan bagi idea mencipta model-model yang lain, termasuklah Ho IV dengan nisbah tertinggi sayapnya 24 meter  tebal, serta Ho III yang diluncur setinggi hingga 7000 meter pada tahun 1938.

Horten Ho 229 V3

Horten Ho 229 V3 adalah satu-satunya contoh pesawat sayap terbang berkuasa jet pertama di dunia yang masih ada. Dibina di Jerman semasa Pe-rang Dunia Kedua, Horten Ho 229 menjanjikan prestasi yang luar biasa namun tidak pernah sempat diterbangkan. Panglima ten-tera udara Jerman (Luftwaffe), Hermann Göering, melantik Reimar dan Walter Horten, dua beradik yang akan menbina dan menerbangkan beberapa prototaip sayap terbang.

Kerja-kerja pemuliharaan Ho 229

Banyak masalah teknikal melanda pesawat dengan reka bentuk unik ini dan satu-satunya contoh pesawat yang dikuasakan enjin jet telah terhem-pas setelah beberapa ujian penerbangan. Walaupun begitu, pesawat ini tetap menjadi salah satu pesawat tem-pur paling luar biasa yang diuji semasa Pe-rang Dunia Kedua.

Ten-tera Amerika Syarikat menemui prototaip Ho 229 V3 hingga V6 di Friedrichroda, Jerman, pada bulan April 1945. V3 (juga disebut sebagai Horten IX V3) sudah hampir siap ketika ditemui dan hampir selesai memasang keempat-empat kerangka udara. Ten-tera memisahkan komponennya tiga hari kemudian dan menghantarnya dari Jerman ke Amerika Syarikat. Pesawat ini tiba di tempat yang sekarang dikenali sebagai Paul E. Garber Preservation, Restoration, and Storage Facility di Suitland, Maryland, sekitar tahun 1950.

Horten Ho 229 V3 kini dipamerkan untuk tatapan orang ramai di dalam Mary Baker Engen Restoration Hangar di Steven F. Udvar-Hazy Center di Chantilly, Virginia, di samping kakitangannya sedang berusaha untuk mendokumentasikan keadaan pesawat dan menstabilkan strukturnya yang halus. Namun, aku boleh katakan bahawa pesawat ini adalah hasil dari cetusan akibat kebangkitan semangat orang Jerman yang tidak dibenarkan mengeluarkan pesawat sendiri selepas kekalahan dalam Pe-rang Dunia Pertama.

Peranannya Dalam Pe-rang

Pada tahun-tahun selepas berakhirnya Pe-rang Dunia Pertama, ketika penerbangan menjadi kegilaan di Eropah dan Amerika Utara tetapi Perjanjian Versailles melarang sebarang pengeluaran pesawat keten-teraan di Jerman, kelab-kelab penerbangan secara luncur atau glider flight muncul di seluruh negara.

Dua adik beradik bernama Walter dan Reimar Horten, ketika masing-masing berusia 13 dan 10 tahun, menyertai kelab glider Bonn pada tahun 1925, dan mula beralih dari hobi bermain layang-layang ke aktiviti yang jauh lebih bercita-cita tinggi — dengan melakukan eksperimen pesawat konsep futuristik tanpa bahagian ekor dan tanpa badan utama pesawat, yang lebih dikenali sebagai ‘sayap terbang’.

Panel kokpit yang terpasang pada bahagian tengah Horten Ho 229 V3

Idea itu tidak pernah direalisasikan sebelum itu, jurutera aeroangkasa Jerman, Hugo Junkers telah mempatenkan reka bentuk sayap terbang pada tahun 1910. Konsepnya adalah badan pesawat dan ekor pesawat, sementara keduanya menyediakan kawalan berikutnya, ia menambah berat dan daya seret serta tidak berapa efektif untuk diterbangkan.

Sayap terbang, tanpa dilengkapi semua itu, akan menjadi jauh lebih efisien dan dengan berkeupayaan untuk bergerak lebih jauh sekiranya ia boleh dikendalikan. Anak-anak lelaki Horten terus melakukan beberapa perubahan kecil, dan pada tahun 1932 mereka telah membangunkan mesin sayap peluncur, sebahagian besar bahannya terbuat dari kayu dan gentian fiber, yang benar-benar berjaya diterbangkan walaupun ia mempunyai beberapa masalah kestabilan.

Pada tahun 1943, ketika panglima ten-tera Nazi, Hermann Göering mahukan sebuah pesawat pengebom Luftwaffe yang baru dapat membawa muatan bom seberat 1,000 kilogram ke wilayah musuh dengan kelajuan 1,000 kilometer per jam, Horten Bersaudara memberi idea dan merancang untuk membina pesawat berkuasa jet atau sayap terbang yang membawa juruterbang tunggal berkuasa tinggi.

Kerangka keluli ditutup menggunakan bahan lapisan kulit kayu, dan sayapnya disaluti dengan lapisan pelindung hijau.  Göring memberikan dua beradik itu dana berjumlah setengah juta reichmark untuk membangunkan pesawat pengebom jarak jauh, yang dikenali sebagai Ho 229.

Prototaip pertama mereka, pesawat luncur tanpa tenaga, berjaya melakukan ujian penerbangan pada tahun 1944, dan yang kedua, prototaip berkuasa jet terbang ke udara pada tahun berikutnya, membuktikan bahawa sayap terbang bertenaga boleh dikendalikan dalam penerbangan. Melihatkan kejayaan prestasi itu, ada kemungkinan prototaip ketiga, Ho 229 V3, mampu terbang lebih jauh daripada mana-mana pesawat yang ada pada waktu itu.

Reimar Horten (kiri) dan Jan Scott (kanan). Foto kemungkinan dirakam di Argentina pada tahun 1980

Malangnya, menjelang April 1945, Ten-tera Ketiga Jeneral George Patton telah menawan V3 semasa Operasi Paperclip, satu usaha untuk menangkap perisik Jerman dan menjauhkannya dari Soviet. Pasukan Sekutu membawa Horten Bersaudara ke London untuk disoal siasat.

Selepas pe-rang, Reimar gagal mendapatkan pekerjaan yang tetap di syarikat aeroangkasa di Britain sebelum kembali ke Jerman, di mana dia memperoleh gelaran kedoktoran dalam bidang matematik. Reimar menghabiskan sisa hidupnya dengan menbina pesawat di Argentina. Manakala Walter pula kembali ke Jerman untuk menyertai Bundeswehr, atau Luftwaffe, angkatan ten-tera udara Jerman yang baru selepas pe-rang.

Prototaip V3 pula dipindahkan dari Jerman ke Perancis dan tiba di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1952. Walaupun selama beberapa dekad ia hanya disimpan di dalam garaj, ia menjadi objek yang dibahaskan dan memiliki daya tarikan tersendiri. Sebilangan peminat penerbangan berpendapat bahawa jika pe-rang berlangsung lebih lama, Jerman boleh menggunakan rancangan Horten Bersaudara untuk menghasilkan pesawat pengebom berkonsep ‘halimunan’ atau anti-radar yang pertama.

Idea itu timbul bukan hanya kerana rekabentuk badan pesawat V3 yang unik dan menyerupai pesawat stealth hari ini tetapi juga kerana Reimar Horten mendakwa pada tahun 1980-an, secara tidak masuk akalnya dia pernah terfikir untuk menambahkan lapisan bahan arang pada permukaan badan V3 untuk memecahkan kelipan radar. Namun, semua catatan kajian membuktikan yang lapisan arang tidak akan berjaya menggelakkan pesawat itu dari dikesan radar.

Walaupun Horten Ho 229 V3 tidak pernah terlibat dalam sebarang pertem-puran, beberapa versi kelahiran semulanya telah berjaya diterbangkan dengan bergaya dalam budaya-budaya popular seperti sayap terbang gaya Horten yang dikuasakan oleh bebaling atau kipas mekanikal. Ia muncul dalam satu adegan pertem-puran di lapangan terbang dalam filem Raiders of the Lost Ark.

V3 dan prototaip leluhurnya dianggap sebagai penciptaan yang serius. Salah seorang pereka pesawat terkemuka Amerika, Jack Northrop, menunjukkan minat yang mendalam terhadap pesawat jenis sayap terbang Horten Bersaudara pada tahun 1930-an dan membina pesawat sayap terbangnya sendiri pada tahun 1940-an. Selama tiga dekad, syarikat yang kini dikenali sebagai Northrop Grumman telah menyediakan pesawat senyap (stealth) untuk angkatan ten-tera Amerika Syarikat, yang pada dasarnya berbentuk sama seperti sayap terbang.

Horten 229 V3 dipamerkan bersama beberapa lagi pesawat Nazi yang lain di Pusat Udvar-Hazy

Beberapa lama selepas V3 tiba di Amerika, jurutera Amerika mengkajinya dengan begitu teliti, menurut Russell Lee, seorang kurator muzium di National Air and Space Museum, yang membantu dalam proses membaik pulih pesawat itu pada tahun 2011 mendapati terdapat kesan terbakar apabila mereka menanggalkan panel kayu dari dasar bahagian tengahnya, dan ini menunjukkan bahawa enjin pesawat ini mungkin pernah dioperasikan.

Tetapi hingga saat ini, masih tidak ada bukti kukuh mahupun sebarang dakwaan bahawa jet eksperimen yang idea asalnya melangkaui zaman ini pernah diterbangkan sejak berpuluh tahun yang lalu.

RUJUKAN:

Ballarini, Philippe. (2001). Horten: Two Brothers, One Wing. Aérostories.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.