Sawit War : Malaysia-Indonesia VS EU

0
4137
views

1. Semedang produk sawit dan minyak sawit mengalami pengharaman di EU maka adalah satu langkah balas yang boleh Malaysia dan Indonesia buat adalah dengan menetapkan embargo keatas mana-mana produk minyak sayuran dari EU dari melalui jaringan perkapalan di Selat Melaka, Selat Sunda dan Selat Makassar. Ini dapat secara tidak langsung melumpuhkan eksport produk tersebut di Asia Timur kerana pengusaha kapal terpaksa mencari laluan perkapalan alternatif lain yang lebih mahal dan memakan kos terlalu tinggi malah tidak memberikan pulangan kepada syarikat.

2. Kenakan duti eksais yang tinggi serta yuran dan cukai import terhadap mana-mana produk berasaskan minyak sayuran yang datang dari EU. Apa sahaja produk hatta coklat dan biskut sekalipun.

3. Kenakan pemeriksaan ketat keatas mana-mana kapal dari EU yang masuk ke pelabuhan di Malaysia dan Indonesia, scrutinize kapal-kapal kargo ini terutama kapal penangki yang mempunyai keupayaan membawa produk kimia dan produk minyak sayuran. Ini akan mengelakkan pengusaha dan syarikat perkapalan dari membawa komoditi minyak sayuran dari EU agar kapal mereka tidak akan diperiksa dengan pemeriksaan ultra ketat.

4. Selain produk minyak sayuran, produk petrokimia dari EU juga boleh diambilkira untuk diletakkan dibawah percukaian eksais khusus, dikenakan yuran ultra tinggi. Produk2 kimia dari EU jelas merosakkan alam sekitar dan merbahaya kepada pengguna.

5. Wujudkan syarat dan ketetapan khusus untuk membolehkan produk minyaj sayuran EU untuk dipasarkan di Asia Tenggara. Ini boleh dibuat dengan meletakkan environmental requirement yang sangat ketat, menetapkan kadar pelepasan karbon bagi setiap produk yang mereka hasilkan.

Sebagai contoh tetapkan dalam syarat tersebut setiap kapal yang membawa produk dari EU wajib menggunakan bahan api diesel dengan kadar sulfur oksida dan nitrogen oksida yang rendah. (Bahan api diesel dengan kandungan NOx dan SOx yang rendah adalah lebih mahal dalam pasaran.)

Ini dapat diperkukuh dengan pengisytiharan kawasan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan sebagai kawasan bebas sulfur oksida dan nitrogen oksida sebagaimana pihak EU menetapkan kawasan kelautan mereka dengan syarat sedemikian pada tahun 2010.

6. Wajibkan setiap kapal yang membawa komoditi bahan kimia atau produk minyak sayuran dari EU untuk mengupah kapal pengiring yang ditetapkan pemerintah Malaysia sewaktu transit melalui Selat Melaka. Kapal kapal kargo ini wajib melaporkan ketibaan mereka kepada pihak berkuasa 48jam, 32 jam, 24 jam, 12 jam dan 6 jam sebelum tiba di Selat Melaka lengkap dengan semua maklumat komoditi yang dibawa dan diwajibkan untuk diperiksa oleh pihak berkuasa sebelum dibenarkan untuk transit melalui Selat Melaka. Semua ini akan dikenakan yuran dan perlu dibayar terus kepada pihak pemerintah Malaysia.

Ini akan menekan pengusaha syarikat perkapalan dan seterusnya mengelakkan mereka dari melakukan aktiviti perdagangan dengan EU.

They want war, we give them war.

Sawit War.