Saudi Dengan Houthi Sengketa, Rakyat Yaman Kebuluran

455

Apabila Hussein Badreddin al-Houthi m4ti pada tangan anggota-anggota keselamatan Yaman, ramai tidak menyangka gerakannya akan menjadi masalah politik paling besar.

Kepimpinan Ali Abdullah Saleh enggan membiarkan Badreddin menjadi kiblat kelompok Syiah di Yaman. Maka selama sembilan tahun, tiada siapa tahu lokasi sebenar dimana Badreddin dim4kamkan.

Tetapi perletakan jawatan Saleh sebagai Presiden Yaman memulakan usaha hubungan semula dalam politik dibelah Kebangkitan Dunia Arab.

Budi Abdrabbuh Mansur Hadi dibalas kasar khususnya apabila ribuan Syiah menghadiri pengebvmian semula Badreddin. Gerakan moderat dilancarkan Badreddin mula bertukar menjadi serius.

Hussein Badreddin

Mereka memperkudakan Kebangkitan Dunia Arab bermula 9 November 2011 apabila Saada dan al-Jawf dir4mpas penyokong Houthi.

Tiga tahun kemudian, Houthi telah merangkul ibu negara Sanaa. Istana presiden pun diambil mereka, dan Yaman kelihatan dengan jelas dimenangi Houthi.

Perkembangan ini tidak diredhai Arab Saudi, yang memerhati Yaman dengan penuh curiga dan waspada.

Kerajaan Salman bin Abdulaziz hanya menunggu seminggu selepas pep3r4angan saudara di Yaman meletus untuk bertindak.

Tetapi selepas lima tahun terlibat di Yaman, mereka masih lagi belum mencapai matlamat yang diingini.

Yaman kekal terbelah antara Hadi dan juga Mahdi Mashat yang pro-Houthi. Hampir 13,000 rakyat Yaman terbvnuh, tidak termasuk dengan 500 warga Saudi di sempadan.

Sementara Saudi bersorak kejayaan membvnuh 11,000 peserta Houthi, mereka juga kehilangan sekitar 3,000 t3ntera sendiri. Meskipun mendominasi dengan teknologi moden, Houthi tidak berganjak daripada Yaman.

Kemenangan besar bagi pihak Houthi dirangkul selepas enam hari berp3r4ng di Sanaa. Antara 28 November hingga 4 Disember 2017, r4mpasan ibu negara disusuli s3r4ngan Saudi.

Tetapi seorang pen3mb4k tepat Houthi meletakkan pelvru di dalam kepala Ali Abdullah Saleh (Al-Jazeera, 2017). Penglibatan Saudi pun tidak berjaya menghalang kemenangan Houthi di al-Jawf.

Ali Abdullah Saleh

Selepas berminggu mengas4k golongan pro-Hadi, Houthi meny3rbu bandaraya Al Hazm. Banyak kawasan dalam daerah Al-Jawf dikuasai Houthi, kecuali mana yang berhampiran dengan Arab Saudi.

Malah pihak keselamatan yang disokong Saudi di Gunung Atias pun telah dihalau Houthi. Kejatuhan al-Hazm boleh menjadi pembolehubah yang memastikan kemenangan Houthi (MEMO, 2020).

Ia merupakan kemenangan penting yang kedua di sempadan Saudi dalam tempoh begitu singkat. Antara Ogos hingga September 2019, Houthi melancarkan satu operasi dinamakan Kemenangan Dari Allah.

Mereka dengan berani meletakkan sasaran terhadap Arab Saudi. Pada masa ini brig3d Saudi sedang bersedia untuk melancarkan balasan terhadap apa yang berlaku di kilang proses minyak Abqaiq dan Khurais.

Maka Mohammed Naser al Atefi membuat per4ngkap terhadap Saudi. S3r4ngan Houthi tidak dibalas sepatutnya oleh T3ntera Udara Saudi – dan unit-unit darat Saudi telah dikepung tanpa akses makanan dan air.

Pengepungan ini hanya berlangsung selama tiga hari, dan Houthi mengisytiharkan kemenangan.

Ribuan t3ntera Saudi ditangkap, termasuk juga ratusan kenderaan-kenderaan berp3risai. Tetapi kenyataan ini semestinya ditokok-tambah untuk mencalarkan imej Saudi.

Kemenangan Houthi ini tidak memberikan sebarang perubahan pun terhadap kebuluran teruk yang melanda Yaman. Dalam tempoh dua tahun pertama, dijangka 130 kanak-kanak m4ti setiap hari.

Tidak cukup dengan itu, Yaman juga dilanda penularan kolera kerana tidak mampu menguruskan kebersihan angkara pep3r4ngan. Sehingga November 2019, 2.2 juta orang disyaki mengh1d4pi peny4kit ini.

Selagi pep3r4ngan tidak tamat, jaminan makanan dalam Yaman kian tergugat. Dan tempiasnya dirasai rakyat yang terhoyong-hayang mencari tempat teduh sebelum percaturan politik menentukan nasib mereka.

RUJUKAN:

Al-Jazeera. (2017, Disember 5). Houthis reportedly gain control of most of Sanaa. Retrieved from https://www.aljazeera.com/news/2017/12/saleh-fate-unknown-house-bombed-houthis-171204095843076.html

MEMO. (2020, Mac 2). Yemen Houthis seize strategic city bordering Saudi Arabia. Retrieved from https://www.middleeastmonitor.com/20200302-yemen-houthis-seize-strategic-city-bordering-saudi-arabia/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.