Ekonomi dan politik berkongsi hubungan bagaikan suami isteri. Kedua-duanya perlu membanting tulang secara konsisten untuk memastikan sebuah negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

Dan kestabilan ini selalunya ditunjukkan secara terus di ibu negara. Singapura membangunkan sebuah lapangan terbang serba serbi canggih yang disusuli warna-warni kehijauan untuk merambangkan mata.

Iceland pula menggabungkan konsep kampung dan bandar dalam Reykjavik yang begitu tinggi nilai kebudayaannya.

Jadi apabila Mexico menutup ibu negaranya, semua boleh faham masalah yang bakal menimpa.

Untuk sebuah negara berbuat demikian, masalah terbabit perlulah begitu besar.

Takkanlah kerana seekor babi, habis satu kandang perlu digempurnya? Namun itulah sebabnya – kerana seekor babi telah menyebarkan makhluk halus yang dinamakan Influenza A H1N1.

Buat julung kalinya virus H1N1 ditemui dalam manusia di Mexico pada April 2009 (Gibbs, Armstrong, & Downie, 2009).

Enam daripada genetiknya didapati berkaitan dengan virus influenza yang diasingkan daripada babi di Amerika Utara sekitar 1999-2000. Dua lagi pula berbeza dengan virus babi di Asia-Eropah.

Senang kata angkara babi yang muka dan perangai sebiji macam babi, satu dunia menggelupur.

Barack Obama yang bergiat untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat selepas bebanan kerajaan lama telah mengisytiharkan darurat pada 25 Oktober 2009 (Elliott, 2009).

Dianggarkan pada kemuncaknya paling ramai sebanyak 1.4 bilion orang (21% populasi global) disahkan menghid4pi virus H1N1 (Roos, 2011). Seramai 575,000 pula dianggarkan terk0rban.

Kejap… Apa Hal Teruk Sangat?

Disini timbul satu soalan – jarak antara H1N1 dan koronavirus (COVID-19) tidak jauh pun. Sekitar 10 tahun, teknologi perubatan dan ilmu kesihatan telah meningkat jauh meninggalkan tahap sebelumnya.

Namun tubuh manusia masih sama. Kalau lekat, mengandung. Kalau ketuk, menangis. Kalau kena marah, murung. Tiada beza pun melainkan muka dan saiz saja.

Satu tanda tanya timbul berkaitan COVID-19. Bandar Wuhan saja mempunyai 11 juta orang yang mewakili angka wilayah 58.5 juta di Wilayah Hubei.

Lebih daripada 10 bandar dalam Hubei telah dikuarantinkan China yang mempunyai 1.4 bilion populasi. Jadi dengan angka yang begitu banyak, kenapa hanya 42,638 (10 February 2020) orang saja yang disahkan terkena?

Pembangunan China merupakan suatu keajaiban abad ke-20. Jika bukan kerana pemerintahan tegas Deng Xiaoping, keajaiban tersebut mungkin takkan berlaku pun.

Xiaoping telah mengimarahkan sebuah doktrin kapitalisme bernadikan perdagangan dengan pemusatan kuasa komunisme.

Dasar Xiaoping telah mengubahkan struktur ekonomi China yang asalnya 60% jumlah populasi berada dalam kemiskinan tegar. Hari ini angka tersebut berada dalam lingkungan 5%-10% sahaja.

Jadi kenapa H1N1 dan COVID-19 mencatatkan angka berbeza? UCLA dan Universiti Arizona mungkin mempunyai jawapan.

Penampan Semulajadi COVID-19?

Persoalan asal mereka ialah kenapa sesetengah orang lebih mampu untuk sembuh daripada selsema? Pengkaji-pengkaji dua universiti ini mengenalpasti peristiwa penting yang berlaku semasa kanak-kanak sebagai asbab.

Berdasarkan kajian mereka, selsema yang mengganggu kesihatan badan semasa kanak-kanak mempunyai perkaitan jelas (University of California, 2020).

Dapatan ini cuba dikaitkan dengan COVID-19. Laporan mereka mengatakan bahawa mengimbas pelancong tidak begitu berkesan kerana ramai yang tidak dapat dikesan virus dalam badan.

Punca utama ialah ketiadaan sebarang simtom. Maka untuk mengekang virus, penambahbaikkan kaedah imbasan di lapangan terbang sahaja tidak mencukupi.

Penampan paling baik bagi COVID-19 ialah pendedahan kepada virus influenza yang dihid4pi semasa kanak-kanak.

Pengalaman tersebut mengurniakan perlindungan separuh seumur hidup terhadap apa-apa virus berkaitan influenza.

Ibaratkan badan belajar cara men4gkis peny4kit, sistem imunisasi dikatakan mendapat manfaat penuh.

Dan sepanjang 2015-2018, Influenza seringkali menular di China pada perkadaran 14.37-55.09 mengikut tahun masing-masing bagi setap 100,000 orang.

RUJUKAN:

Elliott, P. (2009, October 25). Obama declares swine flu a national emergency. Daily Herald. Retrieved from http://heraldextra.com/news/national/article_a4de47bf-1dd4-52ea-9f2d-db535ba581b4.html

Gibbs, A.J., Armstrong, J.S. & Downie, J.C. From where did the 2009 ‘swine-origin’ influenza A virus (H1N1) emerge?. Virol J 6, 207 (2009). https://doi.org/ 10.1186/1743-422X-6-207.

Roos, R. (2011, August 8). Study puts global 2009 H1N1 infection at 11% to 21%. CIDRAP. Retrieved from http://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2011/08/study-puts-global-2009-h1n1-infection-rate-11-21

University of California – Los Angeles. (2020, February 4). First childhood flu helps explain why virus hits some people harder than others. ScienceDaily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2020/02/200204094722.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.