Kehebatannya berlakon tidak dapat dinafikan lagi. Seniwati ini sering menjadi rebutan pengarah kerana kemampuannya dalam menghidupkan pelbagai watak dengan cukup baik.

“Berlakon di bawah pimpinan P. Ramlee adalah satu keuntungan besar” – Sarimah

Sarimah dilahirkan di Pekan, Pahang pada 28 April 1942. Semasa di bangku sekolah beliau sangat aktif dalam sukan badminton, hoki dan lumba lari.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Selepas tamat sekolah, beliau berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Zulkifli Ahmad. Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1958. Ketika ini Sarimah belum menjadi bintang filem.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Sarimah telah terlebih dahulu menjalani sesi uji bakat di studio Cathay Keris pada tahun 1959. Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila beliau telah gagal dalam sesi uji bakat tersebut.

Di Singapura, Sarimah mendapat pekerjaan sebagai kerani. Namun, keinginannya untuk menjadi bintang filem tidak pernah padam.

Dengan bantuan kenalan suaminya, seorang wartawan Utusan Melayu, Sarimah dapat peluang untuk jalani satu sesi ‘screen test’ di studio Jalan Ampas pada tahun 1960. Sesi itu dikendalikan oleh P. Ramlee semasa dia sedang menjalani penggambaran filem Antara Dua Darjat.

Sudah menjadi rezeki Sarimah apabila dia bukan sahaja lulus screen test malah P. Ramlee telah berminat untuk mengambilnya berlakon dalam filem arahannya yang akan datang.

Sarimah mula diperkenalkan di layar perak menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) sebagai Marjina. Filem itu berjaya mendapat sambutan ramai ketika ditayangkan di panggung, sekaligus melonjakkan nama Sarimah sebagai bintang filem baharu yang mula bersinar.

Sarimah bergambar dengan K. Fatimah. Ketika ini Sarimah baru bergelar bintang filem. Gambar ini diambil ketika mereka menjalani penggambaran filem Ali Baba Bujang Lapok.

Pada tahun 1962, sekali lagi Sarimah terpilih untuk membintangi filem Ibu Mertua Ku arahan P. Ramlee. Ini merupakan kali pertama Sarimah melakonkan watak berat. Filem ini juga mendapat sambutan ramai dan lakonannya sebagai Sabariah masih diingati sehingga ke hari ini.

Sarimah menganggap P. Ramlee sebagai seorang pengarah yang sangat serius dan tegas. Katanya, “Abang Ramlee sangat cerewet. Dia tidak mahu sedikit pun salah. Macam mana pun yang berlaku dia tetap mahu kami lakukan seperti mana yang dia kehendaki.”

Di layar perak, Sarimah kerap digandingkan dengan Jins Shamsudin. Filem-filem yang menggandingkan mereka berdua juga sering mendapat sambutan penonton walaupun bukan diarahkan oleh P. Ramlee.

Antara filem-filem yang menggandingkan Sarimah dan Jins Shamsudin ialah:

1. Si Tanggang (1961)
2. Indera Bangsawan (1961)
3. Lubalang Daik (1962)
4. Neracha (1962)
5. Batu Durhaka (1962)
6. Darah Muda (1963)
7. Bidasari (1965)
8. Sayang Si Buta (1965)
9. Gerak Kilat (1966)
10. Kanchan Tirana (1968)
11. Miang-Miang Keladi (1968)
12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
13. Menanti Hari Esok (1977)
14. Tiada Esok Bagimu (1979)

Sepanjang karier lakonannya, Sarimah tidak pernah berlakon bersama Nordin Ahmad. Ini kerana mereka bekerja di studio yang berlainan. Sarimah di studio Jalan Ampas, Nordin Ahmad di Cathay Keris.

Pada tahun 1970-an, Sarimah bersama suaminya menubuhkan sebuah syarikat bernama Sari Artists Film Production. Mereka telah menerbitkan sebuah filem berjudul Malaysia Five dengan kerjasama Juver Production dari Filipina. Sarimah turut membintangi filem bercorak penyiasatan ini.

Pada tahun 1981, filem Dia Ibuku arahan Yassin Salleh telah menggondol 9 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-2. Sarimah merupakan penerbit filem ini dan beliau sendiri memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di festival tersebut.


Pada tahun 1981, filem Dia Ibuku arahan Yassin Salleh telah menggondol 9 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-2. Sarimah merupakan penerbit filem ini dan beliau sendiri memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di festival tersebut.

Untuk menghargai sumbangannya dalam dunia seni filem, Sarimah telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Dato’ pada tahun 2002.

Sarimah meneruskan karier lakonannya sehingga ke dekad 2000-an sebelum bersara. Beliau kini berusia 79 tahun dan tinggal di Subang bersama ahli keluarganya. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tercinta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.