Sebut saja nama Sangam, siapa tidak boleh nafikan penangan filem klasik Hindustan tahun 1964 lakonan mantap Raj Kapoor, Vyjayanthimala dan Rajendra Kumar. Dan siapa tidak boleh melupakan lagu klasik yang dinyanyikan oleh Vyjayanthimala dan Mukesh, Bol Radha Bol. Penulis bukan mahu bercerita filem Sangam tetapi sejenis kumpulan teks sastera klasik di selatan India yang dikenali dengan nama Teks Sangam.

Sangam atau nama lainnya cankam, chankam atau shangam ialah kumpulan teks sastera terawal yang ditulis dalam Bahasa Tamil, salah satu daripada bahasa utama di selatan India. Koleksi penulisan Tamil ini dikatakan dihasilkan pada abad pertama hingga abad ketiga Masihi.

Tetapi ada juga berpandangan teks-teks ini dihasilkan jauh lebih awal dari tempoh yang dinyatakan iaitu abad ketiga Sebelum Masihi hingga abad ketiga Masihi. Di sebalik teka-teki bila ia dihasilkan, teks Sangam ini memberi peluang kepada pengkaji dan sejarawan menelusuri kehidupan harian penduduk di Tamilakam (sebuah wilayah lama yang dihuni oleh orang Tamil) ketika itu. Teks ini juga merupakan bukti dokumentasi sejarah awal wilayah berkenaan.

Sangam diambil dari terma Bahasa Sanskrit ‘sangha’ yang bermaksud sekumpulan orang atau persatuan. Menariknya, perkataan sangam turut dipetik dalam teks berkenaan yang merujuk kepada kumpulan cendekiawan sastera yang menghasilkan kompilasi teks-teks ini.

Dipercayai terdapat tiga kumpulan cendekiawan sastera yang berbeza menyumbang kepada Teks Sangam pada era dan tempat berbeza. Wujud dakwaan salah satu kumpulan cendekiawan ini dinaungi oleh raja-raja Dinasti Pandyan, salah satu daripada tiga dinasti Tamil yang direkodkan dalam sejarah. Selain Pandyan, dua lagi dinasti Tamil yang wujud ialah Dinasti Chola dan Dinasti Chera.

Rajah 1: Antara nama tokoh Dinasti Pandyan yang disebut dalam Teks Sangam ialah Manikkavacakar, menteri yang berkhidmat semasa era Raja Varagunavarman II.

Sangam pertama dikatakan meletakkan latar tempatnya di Thenmadurai, sebuah kota mitos dan dikatakan dihadiri oleh dewa-dewi dan pendeta-pendeta legenda. Tiada karya yang dihasilkan mengikut Sangam ini yang masih wujud. Sangam kedua pula berkisar tentang sebuah lagi kota mitos bernama Kapatpuram.

Walaupun kumpulan teks ini menghasilkan pelbagai karya yang banyak, hanya Tolkappiyam sahaja yang masih wujud hari ini. Teks ini berkisar tentang tatabahasa dan retorik awal Tamil. Latar tempat Sangam ketiga terletak di Madurai, sebuah bandar moden di Tamil Nadu dan pernah menjadi ibu kota Dinasti Pandyan.

Sangam ketiga ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada keseluruhan teks Sangam yang kita ketahui hari ini. Tetapi ada yang berpandangan daripada semua teks Sangam yang diketahui, sesetengah saja yang dapat dikaitkan kembali dengan Sangam ketiga.

Selain Tolkappiyam, teks-teks awal Tamil yang menjadi sebahagian daripada korpus sastera Sangam ini ialah Ettutogai (Ainkurunuru, Kuruntokai, Narrinai, Akananuru, Kalittokai, Patirruppattu, Purananuru, and Paripatal), antologi 10 idil/sajak (Pattupattu), 18 karya pendek (PadinenkilkanakkuI) dan dua kisah epik (Silappadikaram and Manimekalai).

Kebanyakan Teks Sangam berkisar kepada topik-topik sekular seperti kerajaan dan peperangan sekaligus menjadi tingkap kepada para pembaca mengetahui kehidupan harian manusia di Tamilakam semasa ia dihasilkan. Namun pada masa sama, ada juga teks yang menyentuh tema keagamaan seperti Paripatal yang mengandungi sajak-sajak tentang dewa-dewi. Kumpulan teks ini turut menceritakan topik-topik lain seperti pentadbiran, perdagangan dan masyarakat.

Satu contoh ialah kisah epik Silappadikaram (Kisah Gelang Kaki), sebuah kisah seorang wanita bernama Kannagi yang menjadi dewi selepas menuntut bela kematian suaminya bernama Kovalan yang diperangkap akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Walaupun nama kedua-dua watak epik Silappadikaram merupakan fiksyen, kebanyakan tokoh yang disebut dalam kisah epik itu benar-benar wujud sekaligus memberi lebih banyak gambaran kehidupan di Tamilakam ketika itu.

Rajah 2: Patung Kannagi di Pantai Marina, Chennai. Sumber: https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/sangam-literature-tantalizing-tales-ancient-tamil-life-021936

RUJUKAN

Mingren, Wu. (2018). Sangam Literature: These Tantalizing Tales Offer a Window into Ancient Tamil Life. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/sangam-literature-tantalizing-tales-ancient-tamil-life-021936


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.