Sang Nila Utama: Pentingnya Mitologi Dalam Pembangunan Bangsa Melayu

90

Jadi inilah “Sang Nila Utama” yang didirikan oleh kerajaan Singapura pada Jumaat lepas, dari pandangan dekat. Gagah perkasa sungguh.

Walaupun tahu ini hanya “kosmetik” kerajaan Singapura semata-mata, namun den tetap teruja melihat akhirnya sebuah figura mitos pengasasan bangsa Melayu “dihidupkan” menerusi seni tampak.

Setiap bangsa ada mitos pengasasan (foundation myth). Cina dengan Huangdi (黃帝) dan Yandi (炎帝). Korea dengan Dangun (단군). Jepun dengan Jimmu Tenno (神武天皇). Vietnam dengan Lạc Long Quân. Inggeris dengan King Arthur. Turki dengan Ertuğrul.

Malah al-Quran juga sering merujuk orang Arab sebagai Bani Ismail yakni keturunan Nabi Ismail, dan kebersamaan identiti tersebut merupakan antara faktor perpaduan orang Arab pada zaman Rasulullah.

Foundation myth bangsa Melayu pula tercatat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) iaitu kisah tiga bersaudara yang turun di Bukit Siguntang Mahameru – Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba), Sri Nila Utama dan Sri Krisyna Pandita.

Generasi tik tok mungkin tak tau apa signifikasi nama-nama ini. Mereka ialah pengasas kepada kerajaan-kerajaan Melayu Malayapura (Dharmasraya), Singapura dan Tanjungpura. Sang Nila Utama pengasas Singapura ini ialah putera Sang Sapurba (ada juga versi cerita yang kata Sang Nila Utama ialah Sri Nila Utama).

Cicit Sang Nila Utama iaitu Parameswara ialah pengasas Kesultanan Melaka. Selepas Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, dua putera Sultan Mahmud iaitu Raja Muzaffar Shah dan Raja Alauddin Riayat Shah masing-masing mengasaskan Kesultanan Perak dan Kesultanan Johor pada 1528. The bloodline continues.

Selepas Sultan Mahmud II di Johor mangkat pada 1699, Tun Habib Abdul Majid yang mengasaskan dinasti baharu pun mempunyai susur galur dari bloodline Siguntang-Singapura-Melaka tersebut. Dan keturunan Tun Habib merupakan pengasas kepada kerajaan Johor, Terengganu dan Pahang pada hari ini. Sementara itu DYMM Sultan Perak ialah keturunan langsung dari bloodline tersebut.

Mitos pengasasan yang terdapat dalam Sejarah Melayu ada banyak part yang nampak tak logik. Tapi foundation myth ni bukan pasal soal sohih tak sohih, tepat tak tepat. Kau cuba bagitau orang Jepun bahawasanya Jimmu Tenno tak wujud, tengok dia orang rendam kau dalam Tokyo Bay tak.

Foundation myth bukan untuk difahami secara literal, dalamnya terkandung simbolisme-simbolisme tentang asal usul bangsa. Memperingati foundation myth Melayu adalah untuk orang Melayu faham bahawa mereka ialah bangsa berasal, bukan “ciptaan penjajah” yang suka dijaja oleh ahli akademik hipster.

Memperingati asal usul bangsa akan boleh membantu sesebuah bangsa “survive” dalam saat-saat genting dan goyah dengan bertaut kepada masa silam. Atas sebab itu, Sultan Abdul Malik Mansur Shah pada tahun 1818 enggan menurut tuntutan Siam yang meminta Perak menghantar Bunga Mas. Dalam warkah kepada wakil British di Pulau Pinang, Sultan Abdul Malik bertitah:

“I am a king of the ancient race, I am he who holds the Royal Sword (Cura Si Manja Kini) and the Dragon Beetel Stand (Pontoh Bernaga), and the Shell Fish (Mestika Embun – baginda merujuk kepada alat-alat kebesaran warisan Siguntang) which came out of the sea, which came down from the Hill of Segantang. I am the oldest of all kings of this part. I cannot consent to the desire of Siam, should war even be the consequence.”

Sikap “defiance” Sultan Abdul Malik membawa kepada serangan Siam yang berakhir dengan kejayaan Perak dalam mempertahankan kedaulatannya. Itulah kehebatan foundation myth dalam membangunkan sebuah bangsa.

Jadi wahai Melayu, ingatlah bahawa anda ialah bangsa berasal, jangan terpedaya dengan momokan pihak yang cuba downplay sejarah bangsa dan tamadun Melayu. Know thyself, and you will rise again to greatness.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.