Sampah Mikroplastik Sedang Tercemar Di Udara

348

Mikroplastik bukan sahaja tercemar di lautan, sekarang kita sudah tahu bahawa mikroplastik juga bertebaran melalui udara. Deonie Allen dari EcoLab, Perancis dan Steve Allen dari University of Strathclyde telah menjumpai mikroplastik di kawasan terpencil di pergunungan Pyrenees. Populasi tempatan kawasan tersebut agak kecil, mungkin zarah mikroplastik dihantar melalui udara dari kawasan yang mempunyai populasi tinggi.

Analisis mereka mendapati mikroplastik ini terdampar dengan kadar 365 pps (particles per square) meter sehari. Sumber sebenar mikroplastik ini tidak diketahi, tetapi kemungkinan besar dalangnya adalah plastik pembungkusan seperti polisterin dan PET yang digunakan untuk botol plastik.

Mikroplastik merupakan kepingan kecil daripada sampah plastik termasuk kepingan plastik, filem dan serpihan gentian yang sangat lambat untuk terurai. Sesetengah gentian sependek 10 mikriometer mampu masuk ke dalam tubuh manusia melui pernafasan. Masih belum diketahui kesan mikroplastik kepada tubuh manusia.

Fakta mikroplastik ini mampu bergerak melalui udara sangat membimbangkan.” – kata Steve Allen.

Deonie Allen menyarakan pendekatan global untuk mengurus penggunaan plastik. Jarak maksimum perjalanan mikroplastik ini masih belum jelas tetapi kajian sebelum ini mendapati habuk zarah terbesar dijumpai mampu tersebar sehingga 3,500 km di udara melalui Lautan Atlantik. Kemungkinan besar mikroplastik dapat bergerak sejauh itu.

RUJUKAN:

  1. Allen, S., Allen, D., Phoenix, V. R., Le Roux, G., Jiménez, P. D., Simonneau, A., … & Galop, D. (2019). Atmospheric transport and deposition of microplastics in a remote mountain catchment. Nature Geoscience12(5), 339.
  2. https://www.newscientist.com/article/2199455-pristine-mountains-are-being-littered-with-microplastics-from-the-air/
  3. New Scientist Issue 3226 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.