Sejak manusia menggerakkan usaha penjelajahan ke angkasa lepas, bukan sedikit sampah angkasa lepas ditinggalkan. Sampah seperti satelit yang tamat operasi atau bahagian roket akan terus berlegar di orbit sehinggalah ia mu.sn.ah apabila memasuki atmosfera atau jatuh ke bumi. Tetapi menurut sebuah syarikat di Australia, sampah angkasa lepas boleh dikitar semula sebagai bahan api roket ke angkasa lepas.

Idea ini mungkin dianggap mengarut oleh sesetengah pihak. Tetapi dengan jumlah sampah angkasa lepas di orbit bumi yang semakin banyak di orbit, sebarang solusi untuk isu ini amat dialu-alukan.

Dengan bergerak pada kelajuan 28,000 km sejam, sampah ini menjadi an.ca.man bukan saja kepada satelit telekomunikasi. Malah, ia juga merupakan an.ca.man kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan stesen angkasa lepas China Tiangong. Dengan kelajuan sebegitu rupa, objek sebesar serpihan cat mengundang risiko kepada kemudahan dan angkasawan.

Oleh sebab itulah, kita memahami mengapa negara-negara dunia naik angin selepas Rusia menguji sen.ja.ta anti-satelitnya baru-baru ini. Demonstrasi tersebut memaksa angkasawan-angkasawan yang berada di ISS pergi ke pod penyelamat sebaik serpihan dikesan.

Menurut NASA, angkasawan di ISS kini berdepan risiko lebih tinggi terkena serpihan sampah angkasa lepas kerana ia bergerak berhampiran atau terus ke awan serpihan yang terhasil daripada demonstrasi tersebut.

Sekiranya situasi sampah angkasa lepas tidak diselesaikan dengan segera, ia bakal mengakibatkan orbit tidak lagi dapat diakses. Situasi ini dikenali sebagai Kesan Kessler.

Neumann Space, sebuah syarikat angkasa lepas yang berpangkalan di selatan Australia telah membangunkan sistem pendorongan elektrik di angkasa lepas. Sistem ini boleh digunakan di orbit rendah bumi untuk pelbagai tujuan seperti melanjutkan misi kapal angkasa, menggerakkan satelit atau mengeluarkan ia dari orbit.

Kini, Neumann sedang bekerjasama dengan tiga lagi firma untuk menjadikan sampah angkasa lepas sebagai bahan api sistem berkenaan. Neumann bukan satu-satunya firma yang sibuk mencari solusi kepada sampah angkasa lepas.

Firma baru Jepun, Astroscale telah menunjukkan demonstrasi bagaimana satelit boleh menangkap serpihan di angkasa lepas. Nanorocks (Amerika Syarikat) pula berharap dapat memperkenalkan robot yang lebih maju untuk memo.to.ng serpihan dan menyimpannya semasa ia masih di orbit. Manakala Cislunar (AS) pula membangunkan faundri angkasa lepas untuk mencairkan serpihan dan menukarnya kepada rod-rod besi.

CEO syarikat Herve Astier mengakui merasa skeptik apabila menerima cadangan daripada Cislunar untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan projek mereka. Tetapi selepas melihat demonstrasi prototaip yang dibangunkan oleh mereka dengan bantuan geran NASA, ia dilihat bukan sesuatu yang mustahil.

Sebelum ini, kebanyakan institusi dan syarikat di seluruh dunia melihat solusi sampah angkasa lepas ialah dengan cara menangkap atau memu.sn.ahkannya. Tetapi bagi Astier, kaedah kitar semula dilihat lebih bermanfaat kerana ia dapat membantu usaha penjelajahan angkasa lepas untuk jangka masa datang.

RUJUKAN

Gabbatt, A. (2021, 15 November). US accuses Russia of ‘dan.ge.rous’ behavior after anti-satellite we.ap.ons test. The Guardian.

Shepherd, T. (2021, 20 November). ‘Gas station in space’: new plan to make rocket fuel from junk in Earth’s orbit. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.